Mei 2015.. di lapangan terbang.
"Eu vim, Sha-ly!" (Saya datang) bisik saya sendirian di dalam kapal terbang.
Beberapa jam lagi saya akan tiba di New Jersey. Saya tak bagitahu sesiapa tentang kedatangan saya ni. Nak buat surprise konon.
Saya ambil cuti sebulan supaya saya dapat enjoy semula dengan dorang di sana. Eh.. tak sabar pula nak jumpa Sha-ly dengan Brandon. Saya ada bawakan buah tangan sikit nak bagi dua orang kawan baik saya tu.
*****
Beberapa jam kemudian, saya pun tiba di lapangan terbang New Jersey. Fuh.. after 7 years! Now i'm back! Hahah..
Saya rindu dengan udara negara tu. Time saya datang tu musim hujan. Saya plan nak pergi lawat sekolah dulu tapi cuaca tak mengizinkan saya pergi ke sana. Harap-harap esok cuaca akan cerah, bolehlah saya datang sana.
Waktu saya menarik bagasi, saya rasa macam ada seseorang mengekori saya masa tu. Pada mulanya saya tak nak pandang belakang, tapi hati saya kuat mengatakan orang itu ialah..
"No! Saya tak mahu tengok!" Kata saya sendirian.
Saya betul-betul tidak mahu melihat siapakah orang tu. Mungkin orang lain sedang berjalan di belakang saya. Itu dalam fikiran saya sekarang.
Saya berjalan semula dengan perlahan. Suddenly, saya nampak macam seseorang yang saya kenal di sana. Dia sedang duduk sambil menekan-nekan handphone. Berbaju kot kemas.. tapi, dia ke tu? Dia pandang sekeliling.. takkan dia tak perasan saya sedang berdiri pandang arah dia? Hmm.. jantung saya berdegup. Ingin saya menegurnya, tapi saya takut kalau itu bukan dia! Sebab rambut dan cara pemakaian dia tidak sama lagi.
Ah! Biarlah. Mungkin itu orang lain. Lalu saya pun pergi meninggalkan lapangan terbang tu dan menaiki teksi menuju ke apartment Sha-ly.
Oh ya, dulu dia pernah bagitahu alamat tempat tinggal dia sekarang. Sebab tu saya tahu.. hehe. Dia dah tak tinggal dengan keluarganya. She work hard for her own living. Good job!
*****
Tingg.. tingg..
Saya menekan lonceng di depan pintunya. Lamanya dia buka pintu. Takkan dia tak ada di dalam? Saya menekan berulang kali sampailah dia membuka pintu tu.
"Hei! Apasal balik-balik tekan!?" Dia menjerit sambil buka pintu.
"Neco!? Arrrrrrrggghhhhhhhh!!!" Dia jerit macam orang gila kerasukan nampak saya berdiri di depan pintu ahhah!
Perangai dia memang tak berubah dari dulu haha. Saya ketawa terbahak-bahak sambil peluk dia. Kami berlompat-lompat di depan pintu tu. Gembiranya saya dapat berjumpa dengan dia lagi. Aduii..
"Kau ni! Kenapa tak bagitahu nak datang? Boleh saya jemput di air port tadi. Heiii.." katanya sambil tolong tarik bagasi saya masuk ke dalam apartment dia.
"Ala.. bukan susah pun nak cari rumah kau ni. Naik teksi je. Mana tahu kau sibuk, kan menyusahkan saja?" Saya menjawab kata-katanya.
"Eehhh! Pandailah kau sana hahah. Ada kuih?" Mencari kuih pula dia sambil membongkar beg saya tu. Macam dia tahu saja saya suka buat kuih.
Adeh.. Sha-ly ni kelaparan ke? 😂 Saya ketawa tengok perangai lucu dia tu. Lalu saya pun keluarkan sesuatu dari dalam beg.
Bolinhos de Coco, biskut yang saya buat sendiri di rumah. Sedap tau.. hehe.. Saya buatkan untuk Brandon juga. Harap-harap dia sukakan manisan ni. Sebab dia tak suka makan yang manis-manis.."Wah! Sedappppp! Lain kali kau ajar saya buat. Mana tahu ada handsome boy suka dekat saya hahaha!" Dia memuji konon biskut tu.
"Ha, tu lah. Dulu tak mahu serius dengan Frank.. sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari laki." Saya mengejek dia yang sedang makan biskut.
"Hm! Ramai tau minat dekat saya.. tapi kau tahu lah saya ni kan? Kalau setakat nak main-main, biasalah tu." Jawabnya lagi.
"Eh, jadi Frank di mana sekarang? Kau dah tak nak balik dengan dia ke?" Saya bertanya pula pasal Frank tahi.
"Ah, saya tak tahu dia dimana sekarang. Dah bertahun tak nampak dia. Sibuk nak jadi artis.. cis."
"Hahaha.. adui Sha-ly. You never change." Saya membalas sambil menggaru kepala.
Masa tu Sha-ly pandang saya lain macam.
"Emm.. kau bertambah cantik pula sekarang. Dah pernah ehem dengan lelaki ke?" Jilake punya soalan. Boleh-boleh dia tanya saya soalan macam tu?
"Ish! Apa lah kau ni! Mana ada..!" Saya marah dia tapi dia ketawa sampai terkeluar biskut dari dalam mulutnya.
"Hahaha!" Dia ketawa lagi.
Buk!
Saya humban dia guna kotak bungkusan biskut tadi. Hei.. entah apa lah dalam fikiran dia ni.
"Tapi kan.. takkan kau tak pernah jumpa si Cristiano Ronaldo tu? Ahh kalau saya jadi kau, dah lama saya mengorat dia. Hahah!" Dia tambah pula berloyar buruk dengan saya.
Aduh.. saya tak tahan betul dengan perangai dia ni. Saya hampir hilang suara ketawa.
"Eh, haha.. kalau saya jumpa dia, nanti kau jealous pula." Saya menambah gurauan lagi.
Alangkah seronok kalau betul-betul dapat jumpa si pemain bola sepak tu. 😝
Lepas tu kami berborak sampai lah ke petang. Senang hati saya sikit dengar celoteh si Sha-ly ni.
"Eh, jom panggil Brandon. Dia tentu gembira kalau tahu kau di sini." Kata Sha-ly lalu mencapai handphone dia yang ada di atas meja.
"Okey juga. Saya pun nak dia rasa biskut ni. Hehe.." saya mengalu-alukan Brandon untuk datang.
Sha-ly terus berlari ke dapur untuk ber-calling dengan Brandon. Eleh.. mahu juga sembunyi-sembunyi call. Cis..
Masa tu saya pandang ke arah tingkap sliding. Saya pun menuju ke arah tingkap tu dan melihat pemandangan bandar yang mulai gelap. Hm.. i'm now at New Jersey. Bring back memories..
Dalam fikiran saya, apa khabar Mikey dan Gerard sekarang? Mark okey? Frank dah famous ke macam lagu MCR Famous Last Word tu? Haha.. rindu pula samseng tu semua. Saya teringin nak jumpa dorang. Dan yang paling saya nak tahu.. khabar si dia yang tidak tahu macam mana sekarang.
"Apa khabar awak, Billy?" Ucapku sendirian.
Heii.. kenapa lah saya ni jiwang sangat? 😂 Cinta mati takkan pernah pudar dihatiku ni. Aummmss.. 😂😆
YOU ARE READING
Love Story. season 2 ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sambungan dari cerita School Love Story. 21sx only Language= malay, portugese n english Neco Altamira dan kawan baiknya Sharon Lyna Bell (Sha-ly) kini telah menjadi wanita dewasa. Tetapi Neco masih mengharap...