Love Story s.2 (part. 11)

377 26 2
                                    

~~~
Perasaan kecewa, sakit hati dan sedih menyerang tubuh badan saya masa tu. Tangisan saya sudah pun surut. Tetapi saya menangis di dalam hati. Badan saya menggigil..

Kenapa semua berita tentang dia, berita yang menyakitkan hati?

Hujan turun dengan lebat semasa saya berjalan menuju ke arah kereta Sha-ly. Saya sungguh lemah, hinggakan saya tidak lagi merasa setiap titik-titik hujan yang menitis di kulit dan rambutku.

Semasa di dalam kereta Sha-ly, fikiran saya kosong sehingga saya terlelap tidur di dalam.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan di tingkap menyedarkan saya dari tidur. Rupanya Sha-ly sedang berdiri di luar pintu kereta sambil memandang saya di dalam dengan penuh perasaan risau. Lalu saya membuka pintu kereta.

"Eh? Kau belum balik rupanya? Hari dah petang ni. Saya ingatkan kau dah balik dari melawat kedai Mark pagi tadi?" Sha-ly berasa hairan dengan saya yang tertidur di dalam kereta.

"Saya tak larat nak pandu kereta. Saya pening tadi, sebab tu saya tertidur." Saya cuba menipu kawan baik saya tu.

Dia memandang saya dengan perasaan curiga, lalu masuk ke dalam kereta. Waktu tu, hujan dah berhenti.

"Kau okey ke ni?" Soalnya kerana risau terhadap saya.

"Eh, saya okeylah. Kenapa?" Jawabku.

"Hm.. pasal Billy lagi ke?" Dia menyebut pula nama orang tu.

Saya diam tidak menjawab.

"Sudahlah. Jangan lagi fikir pasal dia. Sampai bila kau nak jadi begini? Sampai tua? Kau tahu tak, saya tak suka tengok kau begini? Kau datang sini nak bergembira atau bersedih Neco?" Panjang lebar dia menasihatkan saya. Dia tahu saya sedang bersedih tentang Billy.

Dari cara dia bercakap, saya tahu dia sedang marah dengan diri saya yang bodoh ni. Tiba-tiba air mata saya menitis dihadapannya.

"Hei.. janganlah nangis. Buruklah muka kau ni. Hahah!" Dia cuba bergurau dengan saya. Tetapi saya tetap menangis..

Gelak tawanya hilang melihat keadaan saya tu. Lalu dipeluknya badan saya supaya saya tenang.

"Saya kenal sangat dengan kau, Neco. Terima saja kenyataan. Lupakan dia.. buang segala kenangan kau dengan dia. Dia boleh lupakan kau, tapi kenapa kau tak boleh?" Bisiknya di telinga saya sambil mengusap-usap bahuku perlahan.

"Help me to forget him.." ucapku perlahan.

"Oh.. gitu ye? Okay, jom kita pergi lupakan si tahi tu." Katanya lalu melepaskan pelukan mesranya dan pandu kereta.

Saya yang masih bersedih, mengikut saja di mana dia nak bawa saya tanpa membantah.

******
Kami pun tiba di sebuah kelab malam yang baru memulakan operasi pada petang tu. Saya langsung tak menolak ajakan Sha-ly masuk ke dalam.

"Ha.. jom kita bergembira..!" Jeritnya ketika berada di dalam kelab yang penuh warna warni tu.

Bunyi dentuman dari lagu rancak menyebabkan saya tak lagi dapat berfikir tentang Billy. Kami pun duduk dihadapan bar dan Sha-ly memesan bir dua gelas besar.

"Mulai hari ni, saya tak mahu tengok kau nangis-nangis. Kalau kau nangis juga, bagus kau balik Portugal cari si Cristiano Ronaldo tu. Dia lebih hensem daripada si tahi tu!" Sha-ly bagi nasihat tapi dalam masa yang sama sempat juga dia bergurau dengan saya. Hei..

Saya tergelak dengan kata-katanya lalu saya meneguk bir yang tersedia di atas meja bar tanpa henti.

"Yes! Jom minum!" Saya menyahut kata-kata Sha-ly dan kami terus memesan lagi minuman keras dengan bartender.

Love Story. season 2 ✔✔Where stories live. Discover now