Suasana sunyi dengan keadaan latar belakang merah,semerah darah yang pekat dan puluhan mayat bergelimpangan. Dia memandang kiri dan kanan,matanya meliar dan berhenti. Sebaik melihat seseorang berdiri,Luqman terkejut kerana orang itu ialah diri dia sendiri.Seseorang yang berwajah seiras dengannya,Luqman tersentak apabila melihat orang yang seiras dengan dia sedang menikam Aminudden. Tangannya menembusi tubuh adiknya!
Luqman berdiri di tengah-tengah lautan darah,tangannya terketar-ketar dan sekelip mata dia menjerit.
Nafas termengah-mengah dengan wap keluar dari mulutnya,Luqman menyedari dia berada di atas katil. Peluh membasahi muka dan seluruh tubuhnya,Luqman memandang ke kiri dan ke kanan.
"Mimpi?"
Luqman memandang ke arah jam di atas meja,jam menunjukkan pukul tiga pagi dan menoleh ke sebelah lain. Aila tidur lena di sisinya,Luqman menundukkan wajah memandang ke bawah.
Jam tiga pagi tetapi bulan terang,penuh mengambang bagaikan masih waktu malam. Luqman duduk di atas kerusi panjang,khas untuk orang awam. Air kopi panas diletakkan sebelah kanannya.
"Sial betul.. Mimpi pelik datang,buat aku tak dapat tidur..." ujar Luqman sendirian.
Seseorang berdiri di sebelah tingkap,sambil menyilangkan tangan pada bawah dada. Tidak berkata apa-apa dan hanya pergi dari situ,Aminudden hanya melangkah pergi.
Sebelah paginya..
Luqman dengan muka serabut,kesan hitam pada bawah mata. Dia berjalan dan sebaik sahaja dayang serta kesatria bertembung dengan dia,pasti akan melarikan diri. Luqman mengetap gigi kegeraman,lalu berjalan sehingga ke kawasan kafeteria.
"Hahahaha! Apahal dengan muka kau tu? Macam demon lord!" kata Siddiq terbahak-bahak,Nazryn hanya tersengih sahaja.
Luqman berjalan ke belakang Siddiq lalu dipeluk bahagian perut Siddiq,Nazryn mula rasa tidak sedap hati. Luqman terus lancarkan serangan german supplex,semua yang berada di situ hanya mampu tergamam.
"Wooo! German Supplex!" ujar Aminudden menepuk tapak tangan.
"Bukan sepatutnya kau tolong Siddiq tu?" soal Nazryn tersengih.
"Diamlah kau,nak kena gak ke?" soal Luqman dengan muka menakutkan.
"Kalau kau dapat lepaskan diri dari orang belakang kau..." ujar Aminudden menuding ke satu arah.
Luqman kehairanan dan menoleh ke arah Aminudden tunjuk,Ikhwan dengan muka bengang sambil mengurut penumbuknya kiri dan kanan.
"Ha.. Ha.. Ha... Hi uncle..." ujar Luqman tersenyum kelat.
"Jumpa uncle di pejabat..." Ikhwan memberi arahan dan beredar.
Ikhwan beredar dan Aminudden mengekori bapa saudaranya,Luqman berjalan dan menghampiri kaunter kafeteria.
"Kopi satu... Bungkus cawan..."
Visual Training Room
Intan dan Aqirah berbalas renungan sambil masing-masing tersenyum,Reena juga berada di situ memerhatikan mereka. Intan dan Aqirah sekarang di bawah latihan Reena,atas permintaan mereka sendiri.
"Sedia?" soal Reena dan mereka berdua hanya mengangguk sahaja.
"Boleh mulakan..." ujar Reena memejamkan matanya sambil tersenyum.
KRASSHH!!
Sebaik mendapat isyarat daripada Reena,mereka terus meluru dan bertembung di antara satu sama lain. Mereka mencengkam tangan antara satu sama lain,Intan dan Aqirah berlaga aura yang amat kuat.
YOU ARE READING
TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)
FantasyPada yang baru membaca sila baca TALE OF YOUNG PRINCE (Karangan LuqmanReezal) & TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (karangan Wanzenith) untuk pemahaman ============================= Fallen telah terhapus dan semua menjadi sedia kala,normal tanpa se...