Chapter 36 : Musuh Baru?

553 63 2
                                    


Luqman dipapah masuk ke dalam kafe,Aminudden dan Akif membantu dia duduk di kerusi. Arjuma,Yusri dan Ikhwan hanya memerhatikan sahaja. Ikhwan menghampiri Luqman yang sedang berehat,kecederaan tidak serius dan Ikhwan menggunakan skill healing untuk menyembuhkan kecederaan Luqman.

Luqman sedikit demi sedikit wajahnya menunjukkan kecederaan dia semakin kurang,Aminudden hanya sekadar mendiamkan diri dan Akif menyiku lengannya.

"Apa?" soal Aminudden.

"Sixth boleh gunakan healing skill?" soal Akif tidak percaya.

"Ya.. Uncle boleh guna berbagai skill dan kelas.." ujar Aminudden mengangguk.

"Aku bagai tak percaya..." Akif menelan air liur.

"Lain kali jangan terperuk dalam makmal sangat." balas Aminudden selamba,Akif menjeling sahaja.

Ikhwan mengangkat tangannya dan menghela nafas lega,Luqman sudah pulih sepenuhnya dan Arjuma serta Yusri pula duduk di kerusi berhampiran. Para pekerja Arjuma hanya mengintai dari jauh,sehingga seseorang menegur mereka.

"Apa yang kamu semua buat? Ada artis ke?" soal seorang pemuda,Razeef Ryan Al'Nazari salah seorang pekerja lama Arjuma Café.

"Ah.. Senior.. Ada muka penting sana tu.." ujar junior mereka.

"Ada apa ni? Kecoh semacam?" soal satu suara,seorang perempuan berambut perang gelap.

"Ah.. Nina.." Razeef berkata sambil tersenyum.

"Ouh.. Tu bukan ke putera Ikhwan.. Kenapa dengan putera Luqman? Putera Yusri dan Putera Aminudden pun sekali ada.." ujar Nina atau nama sebenarnya,Azreena Al'Idruz yang juga pekerja lama Arjuma Café.

"Kau tanya aku? Aku pun baru perasan diorang.." balas Razeef.

"Haih kau.. Jom la pergi tengok apa masalah..." ujar Nina menarik Razeef.

"Oi! Jangan tarik la.." kata Razeef yang ditarik oleh Nina.

Ikhwan memeriksa keadaan Luqman,tiada luka dalaman dan hanya mengangguk sahaja. Aminudden menarik nafas lega,Akif sekadar tersenyum. Yusri tersengih dan Arjuma menghela nafas pendek,Luqman pula hanya tersenyum kelat.

"Kau okay Luq?" soal Ikhwan.

"Uncle dah rawat saya bukan? Okay la ni.." jelas Luqman tersenyum.

"Tapi gadis psaiko tu serius memang kuat.." ujar Akif.

"Betul tu.." kata Aminudden mengangguk berulang-kali.

"Kamu ada apa-apa klu?" soal Ikhwan.

"Dia ada sebut mengenai Zagdrus.." jelas Luqman.

"Zagdrus? Selain tu?" soal Ikhwan lagi.

"Dia mahukan saya mati dan serahkan jasad saya pada Zagdrus..." kata Luqman memberi jawapan.

"Nampaknya seperti pemuja Zagdrus.." ujar Yusri dan Arjuma hanya sebagai pendengar.

"Aku tak rasa gadis itu bergerak sendiri.." kata Ikhwan pula dan Yusri mengangguk setuju.

"Akif bagaimana dengan kamu? Ada apa-apa maklumat mengenai gadis itu?" soal Yusri memandang Akif.

"Tiada.. Saya dah cuba godam mana-mana maklumat.. Tetapi semua sifar.." jelas Akif dan Yusri mengangguk faham.

"Lepas ni gunakan komputer utama.." arah Yusri dan Akif terkejut.

"Tuan putera serius?" soal Akif bagai tidak percaya.

"Untuk keselamatan semua.. Itu perlu..." jelas Yusri kemudian memandang ke arah Arjuma.

"What?" soal Arjuma.

TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)Where stories live. Discover now