Chapter 87 : Latihan Lawan & Memasak

625 70 4
                                    


Ikhwan memusingkan pedangnya sambil tersenyum,Aizel sekadar ketawa sahaja dan menghela nafas pendek.

"Bagaimana Aizel?" soal Ikhwan.

"Well, boss besar dah ajak. Aku sebagai orang bawahan tak boleh tolak. Terpaksalah.." Kata Aizel tersenyum.

Sebilah pedang hitam muncul di genggaman Aizel,pemuda itu terus merendahkan badannya serta tersenyum.

"You can start.."

Ikhwan juga tersenyum kemudian mula melangkah,Aizel segera bersiap-sedia dan Ikhwan terus meluru laju ke arah Aizel.

KTANG!!!

ZUOOSSHH!!

Pedang Ikhwan dan Aizel berlaga,menghasilkan impak bunyi dan kesan yang amat kuat.

"I see.. You grew stronger since we last met.." ujar Ikhwan.

"Hehe.. Thanks.. Hmph!" Aizel menolak Ikhwan kembali ke belakang.

Aizel memusingkan pedangnya dan melepaskan libasan hitam,Ikhwan hanya tersengih dan melakukan libasan keemasan.

TUSSH!!

TUSSH!!

Ikhwan dan Aizel terus kembali meluru ke arah antara satu sama lain,mereka berlaga senjata dengan dahsyat. Alisa dan Emily hanya memerhatikan sahaja,Akif pula mula tertanya siapa mereka berdua ni?

Luqman dan Aminudden sedar sesuatu,mereka berpandangan dengan terkejut.

"Kuasa ni..." ujar Luqman.

"Uncle!" Aminudden berkata dan terus terbang pergi.

Luqman mengekorinya dari belakang,mereka ingin kembali semula ke istana.

TANG!!

KRAANG!!

KTANG!!

Aizel menumpukan kuasanya dan menghayunkan libasan,Ikhwan pula mengelak dan dia pula menghayunkan libasan.

"Ruler Judgement!"

ZRASSH!!

ZRASSH!!

ZRASSH!

Aizel terkejut dan segera mengelak serangannya,dia mengaktifkan kuasanya dan Ikhwan merasakan kuasa tekanan gravity.

ZROOOMMMMM!!!

Ikhwan tersengih merasai tekanan gravity,Aizel mendarat dan tersengih kerana dia sudah dapat mengagak.

"Of course if it's you.. It's doesn't work.." ujar Aizel kerana Ikhwan berdiri tegak selamba.

"Is that all?" soal Ikhwan dan menghalakan sepucuk revolver berwarna hitam berjalur emas.

Ikhwan melepaskan beberapa kali das tembakan,Aizel segera menangkis peluru dan Ikhwan tersenyum kemudian pistol dia bersinar seketika.

"Enchantment?" soal Aizel dan Ikhwan menarik picu,satu tembakan peluru cahaya merah meluru laju ke arah Aizel.

Tanpa buang masa Aizel terus membelah cahaya merah,sebaik dua cahaya itu mengenai area tanah maka berlakulah letupan yang begitu kuat di belakang Aizel.

"Oi! Kau nak mock battle ke killing battle?!" soal Aizel sambil menggaru-garu kepalanya.

"Ala bukan kau tak boleh tanganinya pun kan.." Ikhwan membidas dengan muka bersahaja.

Aizel tersengih sahaja kerana sikap Ikhwan,manakala Ikhwan pula tersenyum gembira. Emily hairan sikap Ikhwan,kenapa Ikhwan teruja berlawan dengan Aizel?

TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)Where stories live. Discover now