Satu kawasan pedalaman di tengah-tengah hutan buatan,kedengaran bunyi seperti lagaan pedang. Apabila diamati ada dua orang pemuda,sedang berlatih bermain pedang dan berlaga dengan kuat.Haikal Al'Jazreen,sedang melakukan latihan bermain pedang dan Farhan sebagai teman latihan. Farhan hanya menggunakan pedang biasa,Haikal ditolak ke belakang sehingga menyeret jauh.
Farhan memusingkan pedangnya dan Haikal bersiap-sedia,kemudian Farhan menghayunkan pedangnya dan berpuluh libasan menyerang Haikal.
"Heh! Ceh,kacang je ni!!" ujar Haikal mengelak dengan senyuman bangga.
"Kacang huh? Okay..." kata Farhan menambahkan kelajuan libasannya.
"Erkk? Makin banyak?!" soal Haikal.
"Ha.. Elak la.." ujar Farhan tersenyum sinis.
Haikal hanya tersengih dan jeritan dia bergema dalam kawasan hutan,Farhan menyarung semula pedang dan dilenyapkan. Haikal terbaring di atas tanah dengan peluh memasahi muka,Farhan sekadar tersenyum sahaja memandang anak didiknya.
"Cukup untuk hari ini..." ujar Farhan dan Haikal tersentak,kemudian bangun dan berdiri lalu tunduk hormat.
"Terima kasih guru!" Haikal memberi tunduk hormat dan Farhan mengangguk lalu beredar.
Haikal menghela nafas pendek,kemudian menggeliat seketika dan seseorang menerpa ke arahnya. Echidna memeluknya dengan tiba-tiba,Haikal hanya mengeluh sahaja.
"Hai awak,latihan dah tamat?" soal Echidna.
"Kau tak ada aktiviti lain ke hari ni?" soal Haikal.
"Hmm... Tak ada!" ujar Echidna memeluk lengan Haikal.
"Hey guys.. Kita ada misi untuk diselesaikan... Huh?" Merlin keluar dari satu tempat,bersama Gawayne.
"Apa?" soal Haikal melihat Merlin dengan muka blur memandangnya.
"Nak beromen tempat lain boleh tak? Agak-agak la..." ujar Merlin selamba.
"BILA MASA KAMI BEROMEN?!" Haikal berkata bengang dan urat timbul di dahinya.
"Merlin.. Kita kejar masa.." ujar Gawayne dengan muka tanpa emosi,Merlin pula mendecih dan menyerahkan tablet pada Haikal.
Haikal membaca setiap isi kandungan misi yang ditetapkan,tablet diserahkan semula pada Merlin dan Haikal mengambil jaketnya yang disangkut pada dahan pokok. Sebaik disarungkan dia menyangkutkan pedangnya di belakang badan,sarung tangan dipakai kemas.
"Alright... Let's move!" ujar Haikal.
Selepas perlawanan antara Ikhwan dan Luiz,Merlin dan Gawayne diletakkan satu kumpulan dengan Haikal. Farhan pula sebagai pemerhati kumpulan tersebut,dia risau juga jika Merlin dan Gawanye berpaling tadah. Manakala Armin selepas dirawat,dia menawarkan diri untuk berkhidmat bawah Mentari.
"Kenapa serius sangat muka tu?" soal Fara merenung muka suaminya.
"Tiada apa.. Muka abang memang macam ni..." ujar Farhan berdalih.
"Risaukan pasal Haikal dengan lain?" Fara menduga dengan senyuman,Farhan pula hanya menghela nafas.
"Jangan risau... Haikal bukan budak kecil lagi,lagipun bukankah dia sudah banyak peningkatan? Abang sendiri yang cerita?" soal Fara dan Farhan hanya menghela nafas pendek.
"Tapi tetap risau.. Merlin bukan sembarangan wizard.." jelas Farhan.
"Abang jangan lupa Idna ada bersama dia.." kata Fara dan Idna adalah panggilan Echidna oleh Fara.
"Tapi..." Farhan tetap risau dan tangannya disentuh Fara.
"Percayakan mereka,percayakan Haikal.. Dia pelajar terbaik abang kan?" Fara memujuk dan Farhan hanya tersenyum kelat.
"Have a faith with them..." Ikhwan menegur sebaik muncul keluar dari portal bersama Alisa.
"Hi Fara..." sapa Alisa.
"Ouh hey,sis..." jawab Fara.
"And now here come annoying cousin.." ujar Farhan pula mengeluh.
"Auww.. You miss me that much,cousin?" bidas Ikhwan tersenyum poker face.
Pada masa yang sama juga,Luqman dan Aminudden berada di tepian pantai. Luqman menyalakan api pada rokok dan disedut kemudian menghela nafas,asap keluar berkepul ke atas udara. Aminudden duduk berdekatan,tidak terlalu jauh atau dekat.
"Apa pandangan kau?" soal Aminudden.
"Mengenai apa?" soal Luqman pula kehairanan.
"Mengenai Cpu-Biology yang datang tempoh hari.." kata Aminudden memandang ke arah Luqman.
"Ouh..." itu sahaja yang Luqman katakan kemudian mengangguk faham.
"Jangan 'ouh' tak guna,kau ingat ini perkara main-main?" soal Aminudden.
"Kau ni risau sangat.. Chill la okay.." Luqman berkata dengan tersenyum.
"Mereka bukan musuh sembarangan abang Luqman,jadi berhenti berlagak macam kau tu uncle Ikhwan..." ujar Aminudden dan bangun dari terus duduk.
"Yang kau risau gelabah sangat kenapa?" Luqman mula bengang.
"Sebab masalah pada kuasa kau tidak selesai lagi!!" Aminudden membentak dan Luqman terdiam,Aminudden menarik nafas panjang kemudian dihelakan.
"Maaf bang,tapi kuasa kegelapan kau bukan sembarangan,jika kau tersilap langkah dan semuanya akan berakhir.. Aku tidak mahu semua itu berlaku,walau satu silap pun.." ujar Aminudden dan Luqman tidak membidas.
"Kau abang aku... Aku sayangkan abang aku.. Jadi tolonglah...jangan biarkan kegelapan menguasai kau,dan kau kena kuasa kegelapan tu.. Aku percayakan kau,aku percayakan abang aku.." tambah Aminudden dan beredar dari situ.
Luqman hanya memerhatikan Aminudden pergi meninggalkan dia,Luqman menghela nafas pendek kemudian mendongak ke arah langit. Mengingati semula perbualan dia dengan Zagdrus,apakah dia akan lenyap jika Zagdrus menguasai tubuhnya.
"Masih terlalu awal untuk kau berputus asa kawan..." Avalon bersuara dengan tiba-tiba.
"Kau ada kawan-kawan.. Mereka pasti akan sokong kau..." tambah naga ungu itu menguap kemudiannya.
Luqman tidak membidas dan hanya mendiamkan diri,Avalon sekadar menghela nafas pendek. Matanya dipejamkan lalu dia kembali tidur,Luqman menghela nafas sekali lagi dan menumpukan kuasanya. Matanya dipejam dan kuasanya ditumpukan,sedikit demi sedikit kilat terhasil dan itu adalah kilat kegelapan.
Kilat hitam terhasil kemudian kembali padam,Luqman agak terkejut kemudian dia tersengih dan tahu dia akan kuasai kilat hitam jika dia berlatih bagaimana mengawalnya. Ikhwan yang berbual dengan Farhan,menoleh ke satu arah dan seolah-olah merasai apa yang Luqman lakukan. Qatariz yang berada di luar kawasan negara Mentari,turut memandang ke satu arah kerana merasai sesuatu.
"Qatariz?" soal Mirana yang ada bersamanya,Qatariz sekadar memandang ke arahnya kemudian mengusap kepalanya lalu menyambung langkahnya.
============================
Luqman berjaya menguasai kilat hitam?
Belum lagi,tidak semudah itu kawan
Nak tahu bagaimana?
Teruskan setia bersama TALE OF BROTHERHOOD
Sertakan komen dan vote
Thanks!
Ciao
YOU ARE READING
TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)
FantasiPada yang baru membaca sila baca TALE OF YOUNG PRINCE (Karangan LuqmanReezal) & TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (karangan Wanzenith) untuk pemahaman ============================= Fallen telah terhapus dan semua menjadi sedia kala,normal tanpa se...