Chapter 58 : Misi Selesai & Berita Buruk.

563 62 0
                                    


Suasana sunyi di dalam kafe hospital,orang awam yang berada di dalam kafe hanya memerhatikan tiga beradik yang duduk di satu tempat.

Aswandy dan Reezal hanya berpandangan,kemudian memandang ke arah Ikhwan yang duduk sambil memejamkan mata.

"Ikhwan? Sampai bila kau nak senyap? Mulakan penjelasan.." ujar Reezal.

"Nama dia Zagdrus seperti yang aku katakan tadi.. Dia adalah moyang keluarga kak Razeedah.. Namun dia telah membuang keluarga dia demi inginkan kuasa.. Sehingga dia jatuh ke dalam kegelapan.." jelas Ikhwan.

Reezal dan Aswandy hanya membesarkan mata,terkejut dengan kenyataan Ikhwan.

"Tapi kakak kau dari puak cahaya.. Bagaimana?" soal Reezal ingin tahu.

"Aku pun tak percaya... Tetapi ini lah memori daripada Iskandar Syah,pengasas negara kita.." ujar Ikhwan dan Aswandy membuka mulut.

"Raja Permulaan.." kata Aswandy dan Ikhwan mengangguk.

"Puak kak Razeedah merupakan puak yang terkuat. Tetapi Zagdrus tamakkan kuasa.. Dia ingin lebih dari itu sehingga cuba membunuh ahli puaknya,sehingga dia dibuang oleh puak cahaya..." jelas Ikhwan.

"Apa kena-mengena dengan Luqman pula?" soal Reezal.

"Luqman mempunyai paras rupa yang seiras dengan Zagdrus.. Boleh dikatakan sebagai kelahiran semula dia.." jelas Ikhwan.

"Apa?!" Reezal dan Aswandy kaget.

"Sekarang ini aku tidak tahu apa rancangan mereka.." jelas Ikhwan dan memandang ke luar tingkap.

"Adakah Luqman akan selamat masa menjalankan misi?" soal Reezal gelisah.

"Bertenang.. Abang Yusri ada bersama mereka.." jelas Ikhwan.

"Aku harap kata-kata kau betul.." kata Reezal masih risau.

Suasana menjadi sunyi dan sepi,hanya kedengaran angin penghawa dingin bertiup. Reezal menundukkan wajah dan Aswandy memandang Ikhwan,dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh Ikhwan.

Pesawat hitam meluncur di atas angin dengan laju,Yusri hanya memeriksa monitor dan telinganya disumbat earphone.

"Tuan? Kita sudah semakin hampir.. Apa arahan seterusnya?" soal pilot pesawat itu,Yusri menanggalkan earphone dan memeriksa keadaan.

"Kamu berhenti di 20 kilometres.. Kami akan pergi sendiri.." arah Yusri.

"Baik tuan.." pilot itu hanya menurut arahan.

Luqman memusingkan belati miliknya,matanya menjeling ke arah tanda 'dilarang merokok' dan dia hanya tersengih sahaja.

"Guys.. Sula ambil perhatian.."

Semua berhenti melakukan aktiviti sendiri,apabila terdengar suara dari alat pendengar suara. Tidak lain tidak Yusri sendiri,Luqman hanya mendiamkan diri.

"Sila bersedia.. Kita akan keluar dari kapal.. Destinasi musuh sudah semakin hampir.."

Luqman meregangkan ototnya dan bangkit,Angelina dan Angelica pula memeriksa senjata masing-masing. Aisha mengatur senjata cakarnya,dia mengangguk tanda berpuas hati.

Pintu kargo terbuka sedikit demi sedikit,angin kuat bertiup memasuki ruang kapal. Luqman sedikit berganjak ke belakang dek tiupan angin yang kuat,kemudian dia kembali melangkah ke hadapan.

"Alright guys.. Stay close.. Don't separate.." Yusri memberi arahan dan Luqman serta lain mengangguk.

"Everybody got it? Now lets go!"

TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)Where stories live. Discover now