Chapter 59 : Taktik Zagdrus

520 56 4
                                    


Aminudden masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri,dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangun.

Luqman berdiri di hadapan katil Aminudden,penumbuknya digenggam kuat dan menggigil. Dia mengetap gigi menahan marah,Aila pula menemani di sisinya.

"Tiada tanda-tanda kritikal.. Bacaan tubuhnya normal.. Kini dia seperti sedang tidur.."

Luqman mengingati semula penjelasan Nurul,Luqman pula tidak dapat merasai kehadiran Flare dalam tubuh Aminudden.

"Jika dia selamat.. Kenapa dia tidak mahu bangun..?" soal Luqman.

"Luqman..." Aila menoleh ke arahnya.

"Apa yang mampu aku buat untuk kau sedar?" soal Luqman lagi memandang Aminudden yang seperti sedang lena.

Ikhwan yang sedang berdiri di atas bumbung istana,hanya sekadar memerhatikan keadaan bandar dari jauh. Farhan muncul sebaik pintu tingkat teratas terbuka,dia memandang ke arah Ikhwan yang berdiri membelakangkan dia.

"Apa yang kau fikirkan?" soal Farhan sebaik menghampirinya.

"Aku fikirkan keadaan Aminudden.." jelas Ikhwan.

"Kenapa dengan dia?"

"Aku syak.. Aminudden sedang dalam keadaan reawakened.."

"Reawakened?"

"Aku dapat rasakannya.."

Luqman berjalan laju di kaki lima hospital,Aila pula ingin menemani Alia. Hikari pula sedang menjaga Aminudden yang tidak sedarkan diri.

"Sial.. Aku akan pastikan kau menyesal sentuh keluarga aku.." ujar Luqman menahan marah.

Luqman terus melompat sebaik keluar dari pintu utama hospital,lalu terbang laju meninggalkan Green City. Arjuma yang baru sahaja lepas membeli barang,perasan Luqman terbang laju di ruang udara bandar tersebut.

"Luqman?"

Luqman memecut laju di udara dan berhenti secara mengejut kerana,Theodor berada di hadapannya dengan empat lagi rakannya yang lain.

"Hello my lord.. Looking for someone?" soal Zeke tersenyum sinis.

"I'm not your lord.. And I wanna all of you,die!" Luqman berkata seiring kuasanya dipertingkatkan.

"Oi.. Bukankah bapa saudara kau kata jangan lakukan tindakan yang terburu-buru!?" Avalon memberi peringatan.

"Kau bertenang.. Kita akan cari siapa yang serang adik kau sama-sama.."

Luqman mengingati semula kata-kata Ikhwan,tetapi dia tidak mampu bersabar lagi. Dia akan tewaskan pengikut Zagdrus,dengan kuasanya sendiri.

"Aku akan hapuskan kau.. Selepas itu,giliran Zagdrus pula.." ujar Luqman menuding jarinya ke arah mereka berlima.

"Jangan pandang rendah pada kami! Kau pernah tewas pada aku dulu!" Qutie berkata dengan muka yang marah.

Luqman sekelip mata menujah sepakan,tepat ke dada Qutie dan gadis itu tercampak menghempas ke tanah. Yao menarik tangan dan api ungu yang marak,dilepaskan ke arah Luqman namun sasarannya sudah hilang dari pandangan matanya.

"Huh? Mana dia?" soal Yao dan Luqman muncul di belakangnya.

"Kau cari aku?" Luqman mencekak belakang leher Yao,lalu renjatan kilat dialirkan ke badan Yao.

Yao menjerit kesakitan dek renjatan kilat Luqman,Shayne terus meluru ke arahnya. Namun dia terhenti apabila renungan tajam Luqman,tepat merenung ke arah anak matanya.

TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)Where stories live. Discover now