Chapter 97 : Misi, Sparring & Lepak?

635 59 32
                                    


Luqman menahan hayunan daripada seorang pemuda,lalu dikilasnya bahu dah dijatuhkan sehingga meniarap. Kilat diaktifkan lalu Luqman melakukan sedikit renjatan pada pemuda itu sehingga pengsan,dia memandang ke belakang dan memerhatikan Angelina serta Angelica mengikat beberapa orang.

Aisha duduk di atas timbunan beberapa orang,Luqman dan skuadnya baru sahaja selesai menumpaskan sekumpulan penjenayah yang bersembunyi di sebuah tempat terbiar.

"Alright mister leader.. Come with me will ya?"

Awan yang gelap diperhatikan oleh Angelica,bunyi dentuman guruh dan petir silih berganti. Ketua penjenayah dan juga pengikutnya,disumbat ke dalam ruang tahanan yang disediakan dalam pesawat.

"Itu yang terakhir.." ujar Aisha memandang ke arah Luqman.

"Baiklah.. Hmm?" Luqman mendengar bunyi guruh semakin kuat.

Pesawat yang kemas berada di atas darat,kemudian hujan yang amat lebat turun dan membasahi pesawat hitam milik Luqman.

"Hujan? Kita tak boleh berlepas sekarang ni.. Lebat juga ni.." ujar Luqman.

"Rasanya kena tunggu sampai dah teduh la.." Avalon mencelah.

"Hmm.." Luqman memerhatikan kedua-dua tapak tangan.

"Luqman?" soal Avalon.

"Kenapa nak tunggu kalau boleh teleport?" Luqman berkata sinis.

"Ha?" Avalon terkejut dengan kata-kata Luqman.

Kapal pesawat hitam itu yang ditimpa hujan lebat,sekelip mata terus lenyap dengan tiba-tiba.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Hujan turun dengan lebat,rata hujannya membasahi bumi Mithgar. Bunyi air berlaga pada bumbung rumah,kedengaran kuat oleh para manusia yang sedang berteduh.

Aminudden hanya memerhatikan sahaja hujan yang lebat,dia memandang ke arah awan yang gelap dan hitam. Matanya terkebil-kebil sahaja,mulutnya ternganga agak lama sebelum ditolak naik oleh Ikhwan.

"Uncle?" soal Aminudden.

"Tutup mulut.. Lalat masuk tambah bodohnya nanti.." kata Ikhwan.

Aminudden terus mengherotkan mulutnya bengang dek kata-kata bapa saudaranya,mujurlah bapa saudara kalau tidak mesti sudah sepak terajang. Itupun kalau dia dapat,ataupun dia yang tergolek dok.

"Am.." ujar Ikhwan lagi dan Aminudden menoleh ke arahnya.

"Jom sparring.. No magis.. Hand to hand combat.." jelas Ikhwan dan Aminudden tersengih.

"Itu baru adil! Sebelum ni uncle tak adil!" ujar Aminudden menaikkan ibu jari.

"Eh? Ada ke? Haah.. Ada la.." kata Ikhwan berfikir sejenak dan Aminudden dengan muka cemberut.

Ikhwan memetik jarinya dan mereka berdua,kini berada di satu dimensi kosong tanpa penghuni. Aminudden segera meletupkan Jari-jemarinya,dia tersengih dan aura kemerahan mula membara di tubuhnya.

"Wow semangat kau.." kata Ikhwan tersengih.

"Sudah tentu.. Sudah lama saya tak sparring dengan uncle.." Aminudden membalas lalu meningkatkan kuasanya.

Ikhwan pula menarik nafas panjang,kemudian dia helakan dan letusan di sekeliling berlaku dengan tiba-tiba.

"Ah! Tipu! Kata tanpa magis!!" ujar Aminudden menuding jari ke arah bapa saudaranya.

"Meningkatkan kekuatan tubuh badan bukan kuasa magis.. Ia cuma kuatkan ketahanan badan kita sahaja.." jelas Ikhwan dan Aminudden terdiam.

"Err.. Ye ke?" soal Aminudden menggaru kepalanya.

TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)Where stories live. Discover now