Luqman menyarung sarung tangan,kemudian diregangkan tapak tangannya. Helaan nafas dilepaskan kemudian matanya bersinar keunguan,dia mencapai senjata kecil seperti pisau. Luqman capai bekas yang mengisi alat tempur,jaket disarung dan kasut but sedia dipakai.Aila muncul dengan pakaian misi,muffler dipakai kemas dan ia bukan muffler sembarangan. Ia ciptaan khas Zahari atas permintaan Ikhwan,bajunya serba hitam dan pedang kemas disangkut pada pinggang. Risya,Kasyah dan Zahara mereka minta ibu Luqman menjaga tiga-tiga anak kecil itu.
"Sedia? Semua sudah cukup?" soal Luqman dan Aila tersenyum sahaja.
Aminudden memeriksa sarung tangannya,kemudian dia segera duduk untuk memakai kasutnya. Jaket dicapai sebaik dia bangun,Aminudden hanya mengambil smartphone dan disangkut pada sisi pinggang. Hikari mengikat kemas rambutnya,mekapnya tidak tebal dan bersolek sekadar ringkas yang mungkin. Alia pula menyarung sarung tangan,rambutnya diperiksa sama ada kemas atau tidak.
Intan mengikat kemas rambutnya,baju khas untuk melakukan misi dipakai. Sarung tangan dipakai,lalu dicapai pula senapang yang Ikhwan dan Zahari reka khas untuknya. Kasut boot disarung dan beg khas,yang ada pada area pinggang dipakai dengan kemas.
Akif sudah menunggu di tempat yang ditetapkan oleh Luqman,dia dan Elizabeth serta Stella Hawkins untuk membantu mereka. Siddiq juga ada bersama Layla,sabitnya dipikul belakang badan. Dua pucuk pistol kemas disangkut pada sisi pinggang Akif,manakala dia hanya membawa satu beg briefcase yang agak panjang seperti beg guitar.
"Hey kau nak main muzik ke bro?" soal Siddiq mengusik.
"Kau tidak akan tahu.." bidas Akif tersenyum penuh makna.
"Muka kau menjengkelkan.." balas Siddiq.
"Sama la dengan kau.." kata Akif pula dan Siddiq tersengih urat dahi timbul.
"Sudah terlalu lama,aku lupa yang kau berlidah tajam.." ujar Siddiq.
"Baru berapa lama aku tak sertai misi,kau dah lupakan aku? Adakah sudah tua?" soal Akif sinis.
"Jangan sampai sabit ni sampai di kepala kau..." ujar Siddiq.
"Kita tengok mana yang lebih pantas.. Sabit kau atau peluru aku..." kata Akif dan Elizabeth hanya menghela nafas pendek.
"Cukup.. Kita nak berlawan musuh bukan nak lawan dengan teman sendiri.." Layla menarik telinga Siddiq,Akif hanya memandang Layla dengan muka blur.
Tidak lama lepas itu,Luqman dan Aminudden tiba. Aila dan Alia serta Hikari,menyusul dari belakang dan Akif sekadar memerhatikan mereka. Siddiq pula menghampiri Luqman,Akif menyelenggarakan pistolnya seringkas mungkin lalu disimpan semula senjatanya.
"Semua sudah ada?" soal Luqman dan lain mengangguk.
"Siapa yang akan bawa kita?" soal Siddiq.
Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi enjin pesawat,mendarat di hadapan mereka dan diperhatikan Luqman dengan tersenyum sahaja. Siddiq dan yang lain berpandangan,mereka tidak mengenali pesawat tersebut.
Pintu pesawat terbuka dan muncul Aliff Haikal Al'Azahar melangkah keluar,disusuli dua orang gadis Aurora Mikaela dan Altiera Mikaela.
"Apa? ALIFF?!" soal Siddiq bagai tidak percaya.
Aliff bersama Aurora dan Altiera,berjalan menghampiri Luqman dan yang lain berada. Mereka bersalaman seketika dan Aliff tersengih ke arah Siddiq,manakala Siddiq mula terasa jengkel dengan senyuman saudaranya itu.
"Kau senyum apahal?" soal Siddiq.
"Senyum pun salah ke? Apa punya saudara la kau ni.." bidas Aliff selamba.
YOU ARE READING
TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)
FantasyPada yang baru membaca sila baca TALE OF YOUNG PRINCE (Karangan LuqmanReezal) & TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (karangan Wanzenith) untuk pemahaman ============================= Fallen telah terhapus dan semua menjadi sedia kala,normal tanpa se...