Chapter 80 : Otot & Dunia Lain

513 59 15
                                    


Sebuah pulau yang asing dan juga di dunia yang asing,Luqman dan Aminudden tersadai kerana memasuki sebuah pintu. Luqman dan Aminudden duduk di atas batu besar,membelakangkan antara satu sama lain.

Suasana tegang dan Aminudden tidak bercakap sedikit pun,Luqman pula menggaru pipinya. Tiba-tiba sahaja gegaran tanah berlaku seperti gempa bumi,Luqman agak terkejut dan Aminudden hanya berlagak biasa.

"Am kau dengar tak?" soal Luqman.

Tiada reaksi daripada Aminudden,Luqman menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau dengar tak aku tanya ni?" soal Luqman lagi.

Ami langsung tidak memberi reaksi apa-apa,Luqman hanya mampu mengeluh sahaja.

Kiookk!!

Luqman menoleh dan terkejut melihat seekor binatang,berlari laju meluru ke arahnya.

"Alamak Am tu.. Ayam? Haa?"

Luqman dan Aminudden terkejut,melihat ayam meluru ke arahnya tetapi bukanlah ayam biasa. Ayam tersebut mempunyai dua kepala,malah sebesar dua kali ganda dari burung unta.

"Wadehek?!" soal Aminudden dengan muka terkejutnya.

"Okay adik aku dah jadi normal semula.." kata Luqman.

Ayam kepala dua meluru dan kedua-dua kepalanya,segera mematuk dan dua beradik itu melompat. Patukan dua paruh dari dua kepala,menghancurkan batu yang tadi mereka duduk.

"Bapak ah! Ayam apa kepala dua?!!" Aminudden menyoal menuding jari ke arah ayam aneh tersebut.

Kiookk!!!

"Bukan setakat muka je pelik! Suara pun cam ayam jantan dewasa tercekik jagung!!" Aminudden berkata lagi.

"Kau perlu ke bagi detail?" soal Luqman.

"Perlu untuk kefahaman pembaca.." jelas Aminudden lagi dan Luqman memandang blur ke arah adiknya.

Kiookk!!

"Elak!!" jerit Aminudden dan Luqman segera mengelak dari terkena tusukan paruh ayam kepala dua.

Luqman dan Aminudden mendarat tidak jauh dari ayam kepala dua,mereka berdua berpandangan kemudian mengangguk dan segera memecut melarikan diri. Ayam kepala dua mengejar mereka sehingga Luqman dan Aminudden,hilang dari pandangannya.

Luqman dan Aminudden berjalan sekitar kawasan,seperti hutan tetapi kemas rata kawasan hutan tersebut. Tidak lama lepas itu perut Aminudden,berbunyi menandakan sudah lapar.

"Kau tak makan apa tadi?" soal Luqman.

"Alia tak ada.. Hikari pula ada urusan lain di negara Sakura dengan Yumi..jadi aku tak sempat nak makan.." jelas Aminudden.

"Oh.. Aku bersimpati.." ujar Luqman sadis.

Aminudden mencebik dengan perangai abangnya,kemudian dia sedar ada cendawan yang tumbuh di situ.

"Aha cendawan.." ujar Aminudden dan Luqman menoleh.

"Weh.. Jangan suka-suka ambil.. Kita tidak tahu ia beracun atau tidak.." jelas Luqman.

Aminudden mencabut yang paling besar,lalu dia panggang dengan api merahnya. Bau yang enak mula naik,Luqman hanya menepuk dahi dan Aminudden terus makan cendawan tanpa banyak soal.

"Oi! Kau dengar ke tak aku cakap?!" soal Luqman geram.

"Sedap oo.. Cam cendawan bakar.. Hmm.. Hmm.. Pergh.. Satu tak cukup.." kata Aminudden dan terus makan sehingga habis.

TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)Where stories live. Discover now