Luqman menghisap rokok di atas menara tinggi,helaan dilepaskan dan memerhatikan keadaan bandar yang sibuk. Sambil menyandar pada dinding,ada dua kesatria yang bertugas sekadar memerhatikan dia sahaja.Peristiwa serangan mengejut dari Valkryie dua hari yang lalu menjadi perbualan,apa tujuan Cpu-Biology itu melakukan serangan mengejut seperti itu. Aminudden pula tidak kelihatan,disebabkan itu Luqman bersendirian di atas menara.
"Jarang nampak kau di sini.." seseorang menegur dan Luqman menoleh,Akif berjalan ke arahnya.
"Kau pula? Jarang keluar dari makmal.. Sampai sini kau jalan..." kata Luqman pula.
"Aku mungkin seorang professor.. Tapi tak ada la sampai berkurung dalam makmal...aku ada anak dan isteri.." kata Akif berhenti di sebelahnya.
Luqman menghisap rokok dan dihelakan asap terbang ke udara,matanya redup memerhatikan keadaan awan yang cerah. Dia menyedari Akif memerhatikannya,Luqman mengerutkan dahi.
"Apa?" soal Luqman.
"Kau masih merokok lagi? Tak boleh berhenti?" soal Akif pula.
"Heh.." Luqman sekadar tergelak.
"Gelak pulak.." ujar Akif mengangkat kening.
"Sejak bila kau pandai berleter ni? Haih..." Luqman berkata sambil memadamkan bara rokok,lalu dijentik masuk ke dalam tong sampah.
"Aku tak berleter setan,aku bertanya.." jelas Akif menggelengkan kepala.
"Apa-apa jelah.. Kau ada projek baru ke?" soal Luqman.
"Maksud kau?" Akif kehairanan.
"Uncle aku ada bawa balik sesuatu kan tempoh hari?" soal Luqman lagi dan Akif mengusap dagu.
Tidak lama dalam lima hari yang lalu,dia sedang membuat kerja kajiannya. Akif dikejutkan dengan kehadiran Ikhwan dan Farhan,membawa masuk seorang wanita yang ditutupi oleh kain hitam.
"Ouh.. Sixth ada bawa balik seorang perempuan.." ujar Akif dan Luqman hanya mendiamkan diri.
"Tapi bukan bawa balik skandal okay.." jelas Akif lagi dan Luqman menghela nafas pendek.
"Kau ingat aku ni Aminudden?" soal Luqman bengang.
"Mana la tahu ada sikit.." ujar Akif tergelak sedikit.
"Jangan sampai aku campak kau dari atas sini.." ugut Luqman menahan bengang.
"Okay.. Okay.. Aku tak pasti pasal wanita itu,uncle kau bawa kepada professor Zahari.." jelas Akif.
"Takkan la kau tak tahu..." ujar Luqman mengerutkan dahi.
"Kau ingat aku boleh masuk campur? Kau nak tahu sangat kau pergilah tanya.." balas Akif pula bengang.
Luqman hanya mencebik sahaja,memandang Akif sambil mengeluarkan lagi sebatang rokok. Akif mengerutkan dahi sekali lagi,melihat tindakan Luqman itu.
"Hisap lagi?" soal Akif..
"Dari layan bertekak dengan kau.." ujar Luqman menyalakan mancis.
TUSSH!!
Namun saat Luqman ingin membakar rokok,satu serangan misteri berlaku dan batang rokok terpacak pada tiang besi. Akif terkejut dan Luqman memandang ke arah rokok yang terpacak,menyedari benda yang memacakkan rokoknya adalah pelepah burung berwarna merah menyala.
Luqman timbul urat dahi dan Akif menyedari seseorang berdiri,di bangunan yang berhadapan menara mereka berada. Sambil tersenyum licik dan menurunkan tangannya,Luqman menoleh ke arahnya dengan perasaan bengang.
YOU ARE READING
TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)
FantasyPada yang baru membaca sila baca TALE OF YOUNG PRINCE (Karangan LuqmanReezal) & TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (karangan Wanzenith) untuk pemahaman ============================= Fallen telah terhapus dan semua menjadi sedia kala,normal tanpa se...