Chapter 6 : Serang Hendap

750 68 4
                                    


Motorsikal berkuasa tinggi meluncur laju keluar dari Kota Hijau/Green City,Luqman dengan topi keledar penuh dan lengkap berjaket kulit. Sarung tangan turut dipakai memulas minyak,motorsikal semakin laju dan tiada tanda ingin perlahan.

 Sarung tangan turut dipakai memulas minyak,motorsikal semakin laju dan tiada tanda ingin perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Motorsikal yang digunakan oleh Luqman)

Luqman menghembus nafas dingin,musim sejuk belum tiba tetapi sudah mula terasa kedinginan. Felicia dan Recca lengkap berbaju tebal,namun mereka dapat bergerak bebas. Sut yang digunakan adalah ciptaan khas,kerjasama antara Zahari,Zharief dan Akif.

VROOMM!!!

Luqman membanting selekoh tajam,sedikit bergeser namun tayar motorsikal cengkam melekat pada jalan tar yang kering. Angin bertiup kuat dek kelajuan pecutan motorsikal Luqman,dua Hunimal itu berlari pantas mengekori dari belakang tanpa dikesan oleh sesiapa.

Pada masa yang sama juga,Aminudden terkejut dan seperti terbeku dek ais. Mulut dia asalnya ternganga dan topi keledar terjatuh di lantai,kemudian menyeringai mengetap gigi.

"MANA MOTOR AKU?!!"

Luqman terbersin dan menghela nafas,dia tiba di satu simpang dan memperlahankan kelajuan. Luqman membelok dan masuk ke dalam simpang,Felicia dan Recca mendarat di atas dahan pokok berdekatan. Mereka berdua berbalas pandangan,Recca mengeluarkan smartphone dan Felicia hanya memerhatikan Luqman.

"Alamak... Tak ada sambungan di sini.." ujar Recca.

"Tak ada pilihan... Kita kena ekori putera Luqman... Kalau tak kita akan kehilangan jejak..." Felicia berkata panjang dan Recca mengangguk faham.

Ikhwan yang duduk di sebuah pondok bersama Risya,sambil bercerita perkara yang menarik pada Risya menyedari Aminudden berjalan laju dengan muka marah. Ikhwan hanya memandang sehingga Aminudden berhenti,kemudian memandang ke arah Ikhwan.

"Uncle! Nampak abang saya?!" soal Aminudden.

"Dia keluar.. Kenapa?" soal Ikhwan pula.

"Dia curi motor saya!!" Aminudden kembali melangkah pergi dan Ikhwan serta Risya terkebil-kebil.

"Nasib baik aku ada pasang GPS.. Siap kau bang..." ujar Aminudden dan berlari ke halaman istana,kemudian terbang keluar meninggalkan istana.

Solleh yang sedang bersenam dengan kung fu tai chi,terhenti aktivitinya melihat Aminudden terbang umpama roket. Rumina juga ada bersama turut perasan,pasangan itu berpandangan kemudian menyambung aktiviti mereka.

Luqman memberhentikan motorsikal di satu tempat,Felicia dan Recca mendarat di sebatang dahan pokok dengan senyap. Mereka mendapati ada sebuah Sacred Place,simbol misteri terukir di pintu masuk. Luqman hanya terkebil-kebil sahaja,dia memandang ke sekeliling kawasan.

TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)Where stories live. Discover now