dua ♡

58 6 7
                                    

Seperti biasanya, Isyraf menunggu kedatangan pelanggan yang tidak kunjung-kunjung datang. Jam tangan dikerling, masih pukul 9 pagi. Kenapa neneknya membuka kedai ini terlalu awal?

Sekali lagi, Isyraf menyalahkan nenek kesayangannnya.

Di luar kedai, terlihat orang-orang berbagai bangsa lalu-lalang di hadapan kedai mereka, namun tiada satu pun yang sudi singgah. Mungkin, mereka tidak memerlukan sejambak bunga untuk kekasih mereka? Entahlah.

Sejak kedai ini dibuka dua bulan lalu, pengunjung kedai ini boleh dikira dengan jari. Padahal kedai ini dekat dengan kedai lain yang sering dikunjungi oleh orang lain. Entahlah, mungkin kedai lain lebih menarik dari kedai nenek Isyraf.

'Ting kring'

Isyraf terus duduk tegak apabila terdengar lonceng pintu yang menandakan ada orang yang memasuki kedai mereka. Mata Isyraf yang pada mulanya layu, kini kembali segar.

Sudah lama lonceng itu tidak terdengar bunyinya.

Isyraf berdiri dari duduknya, menghampiri seorang perempuan yang sedang meneliti bunga matahari yang terletak kemas di atas meja yang dikhaskan.

"Hi, ada yang boleh saya bantu?"tanya Isyraf, senyuman terhias di wajahnya. Neneknya selalu berkata untuk memberikan pelanggan senyuman kerana itu adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh penjual.

Perempuan itu memutarkan tubuhnya, memandang Isyraf. Senyumannya dibalas. Isyraf menyedari lesung pipit yang terletak di pipi sebelah kirinya.

Comel.

"Erm. Ada bunga baby-breath tak? Warna putih,"ucapnya. Lembut saja suaranya, membuat Isyraf terpaksa menajamkan lagi pendengarannya untuk mendengarkan ucapan perempuan lesung pipit itu.

"Yeah, ada. Kejap ye, saya ambilkan,"ucap Isyraf sambil menapak ke arah penyimpanan bunga baby-breath tersebut. Perempuan itu hanya mengangguk.

"Terima kasih,"perempuan lesung pipit itu menerima bunga tersebut, tidak lupa dengan senyuman serta lesung pipitnya yang kecil, hampir tidak terlihat.

Mereka berdua melangkah menuju cashier, membuat pembayaran.

Isyraf diam-diam memerhatikan perempuan yang sedang mengeluarkan beg duitnya dari beg sandangnya. Lesung pipit di pipi kiri dan bulu mata yang lentik serta senyuman comel yang selalu terhias di wajahnya.

Siapa perempuan ni? Tak pernah terlihat.

"Kedai ni baru buka ke?"tanyanya. Isyraf tersentak, kantoilah dia usha perempuan di hadapannya ini.

Isyraf berdehem,"dah dua bulan dah. Tapi tulah, jarang orang datang,"ucap Isyraf sambil mengambil duit milik perempuan itu yang sengaja diletakkan di atas meja cashier.

"Kedai ni cantik. Hiasannya pun lawa. Suka tengok banyak bunga macam ni. Awak ke yang design sendiri?"tanyanya. Matanya liar memandang semua sudut ruangan kedai tersebut.

"Nenek saya yang susun semua ni. Ni kedai dia, saya jaga je,"Isyraf terkekeh. To be specific, Isyraf bukan jaga kedai, tapi jaga cashier je.

Perempuan itu mengambil jambak bunganya setelah selesai pembayaran. Senyuman dihadiahkan sebelum melangkah keluar dari kedai tersebut.

Isyraf memerhatikan perempuan itu sehingga hilang ditelan oleh keramaian di luar sana. Baju yang digunakannya panjang hingga ke lututnya, di belakangnya tertulis sebuah nama;

Dee.

Dee, aku harap kau datang lagi ke sini.

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now