dua dua ♡

33 2 3
                                    

Fahmi berjalan seiringan dengan sahabatnya, Haziq. Mereka menuju keluar kawasan sekolah. Waktu persekolahan baru saja tamat beberapa minit yang lalu. Nasib baik hari ini tidak ada kelas tambahan, kalau tidak, memang Fahmi akan tidur di dalam kelas kerana tidak cukup tidur.

"weh, aku chaw dululah,"ucap Haziq sambil bersalaman secara lelaki dengan Fahmi. Pada masa yang sama, Haziq menepuk bahu Fahmi,"jangan risau pasal Akak Dee kau, dia dah selamat dekat rumah makcik dia,"

"terima kasih,"ucap Fahmi, senyuman kecil diukir.

Haziq berlalu pergi. Namun, sebelum Hziq benar-benar hilang dari pandangan Fahmi, Fahmi sempat berteriak,"Jangan lupa kerja rumah kau!"

Haziq hanya melambai pada Fahmi sebagai responnya.

"awas kau kalau tiru homework aku esok,"bisik Fahmi, hanya didengari oleh dirinya saja walaupun ucapaannya itu ditujukan untuk Haziq.

Baru saja Fahmi ingin melangkah untuk pulang, tiba-tiba seseorang yang memandu kereta BMW memanggil namanya, lantas saja Fahmi membalikkan badannya untuk melihat empunya suara.

"yo hi,"ucap Isyraf. Sengihan ditunjukkannya. Cermin di sebelah pemandu dibuka untuk memanggil Fahmi.

"apa kau buat dekat sini?"Fahmi menghampiri Isyraf yang masih di dalam kereta.

"jemput kaulah bongok. Aku dah bagitau Auntie tadi, so jangan risau. Aku tak culik kau pun,"ucap Isyraf,"masuklah,"

"kau ni aku baru je nak kuruskan badan,"keluh Fahmi sambil membuka pintu kereta Isyraf. Jelingan dihadiahkan pada Isyraf yang menayangkan wajah tidak bersalah.

"kau tu kurus. Nanti kau sakit, siapa nak tolong?"ucap Isyraf. Isyraf mula memandu,"hah seatbelt tu, kau biar je macam tu? Tak nak pakai?"ucap Isyraf dengan nada sarkastiknya.

Fahmi memuncungkan mulutnya sambil menggunakan seatbelt,"kau kalau tak cari pasal dengan aku, tak sah eh. Sakit hati aku lama-lama dengan kau ni, hish,"

Isyraf terkekeh mendengar ucapan Fahmi,"aku gurau je. Bukan selalu aku ada masa dengan kau,"Isyraf tersenyum kecil tanpa memandang Fahmi.

"Yelaaaaa, kalau bukan pasal kau ni kawan Akak Dee, memang aku sepak kau,"dengus Fahmi, geram melihat perilaku Isyraf yang suka menyakatnya.

"Janganlah marah, Fahmi yang comel. Ok, aku belanja kau KFC ok?"Isyraf memberi signal ke kanan sebelum keretanya membelok ke kanan, di mana pusat membeli-belah terletak.

"Suka hati kaulah,"

••••

"Hah, dah kenyang?"

"Aku nak pergi tandaslah, kau tunggu jap eh,"ucap Fahmi sambil memegang perutnya. Mungkin Fahmi terlalu banyak makan sehingga perutnya sakit.

"Yela, aku masuk kedai tu dulu eh, aku nak beli makanan untuk korang dek--,"

"Yela yela!"

Belum sempat Isyraf menghabiskan ucapannya, Fahmi sudah terlebih dahulu menjawabnya dan terus meninggalkan Isyraf di tengah-tengah keramaian pusat membeli-belah tersebut.

"Haih, budak tu,"Isyraf terus bergerak untuk pergi ke kedai yang di maksudkannya.

Isyraf memasukkan ke dua tangannya ke dapat poket seluarnya, pandangannya liar melihat suasana pusat membeli-belah. Tiba-tiba sebuah kedai buku menarik perhatiannya.

Isyraf mendekati kedai buku tersebut. Isyraf memerhatikan buku keluaran tempatan yang sengaja dipamerkan berdekatan dengan pintu masuk kedai buku tersebut.

"Senyum" ditulis oleh Dayana.

"Dayana?"Isyraf berbisik pada dirinya sendiri. Seakan-akan tidak percaya dia menemui hasil karya perempuan idamannya. Sekian lama ia mencari buku tersebut, akhirnya jumpa juga.

Isyraf melangkah untuk masuk ke kedai buku tersebut.

Dayana, aku harap kau baik-baik di sana.


---

hi yall!! ive received my o level result & ALHAMDULILLAH result tak teruk sangat hehe. will sambung form 6 after this :3

sorry for the late update, sibuk dah tak terkata. this chapter pun quite merepek :(. saja bagitau, few more chapters tamatlah cerita ni :")

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now