satu ♡

101 6 0
                                    

Isyraf sudah duduk di tempat cashier entah untuk berapa lama. Pandangannya kosong menghadap ke hadapan. Hari sudah siang namun tiada satu orang pun yang mengunjungi kedai bunga milik neneknya sejak pagi tadi. Sesekali Isyraf menutup mulutnya yang terbuka luas akibat terlalu mengantuk.

Disekeliling oleh bunga sangat merimaskan bagi orang yang tidak menggemari bunga seperti Isyraf Aiman. Kedai Puan Rokiah sangatlah membosankan pada pandangan Isyraf. Pandangannya disapa oleh warna-warni bunga yang tumbuh mekar yang dijaga dengan teliti oleh Puan Rokiah, nenek Isyraf.

Isyraf jaga bunga?

Jangan harap. Pegang bunga pun haram rasanya.

Terkadang Isyraf terfikir, di usia setengah abad Puan Rokiah, kenapa dia masih memilih untuk membuka usaha kedai bunga? Sedangkan kemewahan Puan Rokiah sudah boleh membeli dua buah rumah mewah dilengkapi dengan beberapa buah kereta mewah. Bahkan bagi Isyraf, Puan Rokiah tidak perlu menyusahkan diri untuk bekerja sedangkan dia boleh bergoyang kaki di rumah menikmati semua kemewahannya.

"Isyraf, janganlah baringkan kepala dekat meja. Nanti costumer fikir kedai ni tutup,"terdengar teguran lembut yang datang dari Puan Rokiah. Isyraf kembali menegakkan tubuhnya dengan matanya yang masih layu.

"Nek, bila costumer nak datang ni? Dari tadi pagi takde orang datang pun,"ucap Isyraf, kembali menguap. Sisi manjanya mula kembali. Isyraf mengusutkan rambutnya sambil membuat muka.

"Macam mana rezeki nak datang kalau orang yang dekat cashier tu asyik terbaring je takde semangat?"sindir Puan Rokiah sambil terkekeh kecil.

"Bosanlah nek duduk dekat sini je,"

"Nanti adalah costumer datang. Nenek pergi belakang dulu,"ucap Puan Rokiah,"jangan tidur ya, Isyraf Aiman!"Puan Rokiah sempat mengingati Isyraf.

Isyraf mengabaikan ucapan neneknya dan kembali membaringkan kepalanya di atas meja berlapiskan lengan kirinya. Isyraf mengeluh kecil, matanya ditutup sebentar.

Kalaulah dulu Isyraf bersetuju untuk ikut dengan ibubapanya ke Singapura, dia tidak akan berakhir duduk di meja cashier kedai bunga neneknya sambil membaringkan kepalanya. Umurnya sudah mencecah 19 tahun, bermakna sudah dua tahun ibubapanya meninggalkannya pada Puan Rokiah.

Ibubapanya pergi ke Singapura untuk mengurus bisnis cafè keluarga mereka dan berniat untuk membawa Isyraf bersama mereka, membiarkan Isyraf untuk menyambung pelajaran di luar negara, namun ditolak oleh Isyraf. Isyraf beralasan bahwa dia lebih selesa berada di dalam negara kelahirannya.

Isyraf mengeluh sekali lagi.

Banyak-banyak bisnis, kenapa neneknya memilih bisnis menjual bunga sedangkan dia boleh saja meluaskan lagi bisnis cafe keluarga ke luar negara?

Isyraf mencapai telefon bimbitnya yang berjenama iPhone X. Tiada notifikasi yang diterima dari rakannya. Hanya ada notifikasi dari aplikasi Muslim Pro.

Zhuhur prayer in Kuala Lumpur.

Isyraf menghembus nafasnya perlahan. Rakan kuliahnya yang lain berlayar ke luar negara semasa cuti semester mereka, sedangkan Isyraf? Hanya duduk termenung mengenang nasib diri.

Sudahlah Isyraf. Baik lagi kau tidur, bukan ada costumer pun.

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now