lima belas ♡

26 2 2
                                    

Isyraf memberhentikan keretanya di halaman Rumah Kebajikan Darul Ikhwan, rumah anak yatim yang diusahakan oleh Puan Saleha. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, namun kelibat Dayana belum lagi terlihat.

'tok tok'

Isyraf berpaling ke sebelah kanannya, melihat kelibat yang mengetuk jendela keretanya. Puan Saleha tersenyum lembut ke arahnya sebagai sapaan. Melihat Puan Saleha yang di luar, Isyraf terus keluar dari perut keretanya untuk menyapa wanita yang mungkin seumuran dengan neneknya.

"Assalamualaikum, Aunty,"Isyraf membalas senyuman Puan Saleha.

"Waalaikumussalam, nak jumpa Dayana, kan?"tanya Puan Saleha. Isyraf mengangguk,"masuklah dulu. Tadi Dayana ada telefon Aunty, dia lewat sikit,"jemput Puan Saleha.

"takpe, Aunty. Segan pula dengan budak-budak, hehe,"Isyraf menggaru belakang lehernya sambil tersenyum malu.

"Isyraf ni, kenapa pula segan? budak-budak tu nampak senang bila nampak Isyraf tau. Sekurang-kurangnya, duduklah dulu dekat luar rumah ni. Aunty buatkan teh eh,"

Baru saja Isyraf ingin menolak ajakan Puan Saleha, dia sudah pergi meninggalkan Isyraf untuk membuatkannya teh. Mahu tidak mahu, dia mematikan mesin keretanya dan menunggu Dayana di kerusi yang tersedia di luar rumah itu.

Bukan Isyraf tidak mahu menerima ajakannya, namun dia berasa tidak selesa kerana ada kehadiran Fahmi yang tidak menyukainya. Entah apa yang salah dengannya sehingga Isyraf pun dibencinya.

"nah minuman kau,"seseorang meletakkan cawan dengan kasar di atas meja yang berada di hadapan Isyraf. Dia duduk di hadapan Isyraf sambil menyilangkan kakinya dan melipat tangannya di dada.

panjang umur, baru cakap pasal dia.

"hi,"Isyraf mencuba untuk lebih mesra dengan Fahmi yang berhati batu.

"kau nak apa?"

"Fahmi, aku berniat baik ni. Aku just nak kawan je dengan korang semua, aku bukan nak ambil apa-apa dari korang semua,"jelas Isyraf walaupun Fahmi tidak akan menerima penjelasannya.

"dengan kitorang ke dengan Akak Dee?"

"jujur, dengan korang semua termasuk Dayana. Salah ke?"

Fahmi terdiam.

"kalau aku dapat tahu kau sakitkan hati Akak Dee, aku akan cari kau dan belasah kau sampai separuh nyawa, faham?"tajam mata Fahmi memandang Isyraf yang berada di hadapannya. Nada suara Fahmi sangat serius dan tidak mungkin dia main-main dengan ucapannya.

Halkum Isyraf naik turun. Siapa sangka ancaman sebegitu dapat diucapkan oleh seorang lelaki yang masih berumur 14 tahun? Fahmi benar-benar ingin melindungi Dayana daripada terjatuh kepada orang yang salah.

"Assalamualaikum!"

Pandangan dua orang lelaki ini teralih kepada Dayana yang baru saja datang dengan basikalnya. 

"Waalaikumussalam,"jawab Fahmi dan Isyraf dengan serentak.

"semangatnya korang dah awal datang. Sorrylah saya lewat sikit,"ucap Dayana sambil tersengih sedikit,"borak apa? rancak betul,"Dayana duduk di sebelah Fahmi.

Fahmi hanya diam, begitu juga dengan Isyraf. Masing-masing tidak bersuara. Isyraf sibuk menghirup teh yang dihidangkan oleh Fahmi tadi. Manakala Fahmi hanya memandang lantai sambil menghentak kecil kaki kanannya.

"aik, diam? hmmm, akak datang, diam pulak korang ye,"ucap Dayana sambil memandang Fahmi yang sedang memandangnya juga sambil tersengih dan menggaru belakang kepalanya.

"hehehe,"

Isyraf sempat melirik perilaku Fahmi di hadapan Dayana. Bukan main innocent. Sudah Fahmi ditinggalkan berdua dengan Isyraf, mulalah bangkit syaitan di tubuhnya.

Astaughfirullah, Isyraf. Jangan berkata begitu.

---

hi! im officially back to wattpad, exam dah habis semua so i'll update more frequently than before, inshaaAllah <3!! anw, apa pandangan korang tentang this chapter? i know its kinda short & lame, but i promise next chapter will be more (quite) attractive hehe, bye for now.

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now