sebelas ♡

49 5 5
                                    

Isyraf berhenti di depan rumah yang dikenalinya sebagai rumah anak yatim. Dipandangnya sekilas tasik yang tidak berjauhan dari situ, teringat kembali peristiwa kemarin yang membuat Isyraf kembali tersenyum.

"Assalamualaikum, kawan Dayana, kan? Isyraf,"Isyraf mengalihkan pandangannya pada Puan Saleha yang tersenyum ramah padanya. Terkejut juga Isyraf olehnya sebab baru kemarin mereka berjumpa dan Puan Saleha sudah mengingati namanya.

"Waalaikumussalam. ya, saya,"Isyraf menunduk hormat pada Puan Saleha sebelum kembali bertutur,"saya ada bawa pakaian lama saya, nak bagi budak-budak dekat sini. Harap diorang suka,"ucap Isyraf sambil membuka pintu keretanya.

Isyraf mengangkat beberapa kotak yang berisi dengan pakaiannya, dibantu oleh Puan Saleha dan pemandu peribadi Isyraf. Kotak-kotak tersebut diletakkan di depan pintu anak yatim tersebut.

"banyaknya Isyraf,"ucap Puan Saleha melihat kembali kotak-kotak yang diangkat oleh mereka.

"hehe betullah Aunty. Baju-baju ni memang semua baju lama saya, dah tak muat,"ucap Isyraf. matanya melilau melihat kawasan rumah anak yatim tersebut,"uhm, Dayana ada tak?"tanya Isyraf.

"oh, Dayana balik ke rumah kejap tadi. Tak lama lagi dia datanglah tu, dia nak beli makanan untuk budak-budak ni,"ucap Puan Saleha.

Isyraf melihat beberapa orang kanak-kanak yang sedang menyiram bunga, ada pula yang membuang rumput liar yang tumbuh di kawasan kebun bunga mereka yang kecil. sekali lagi, Isyraf ternampak kanak-kanak berkerusi roda yang dilihatnya kemarin di tasik, Bunga.

"budak-budak ni tengah buat apa Aunty?"

"oh, harini diorang buat aktiviti membersihkan kawasan rumah. Maklumlah, kan dah cuti sekolah ni. Biarlah diorang isi masa dengan perkara yang bermanfaat,"ucap Puan Saleha, sesekali pandangannya dibuang pada kanak-kanak tersebut.

Isyraf berfikir sejenak,"kalau saya ikut join, boleh?"

"eh, boleh je! lagi seronok kalau ramai yang join,"ucap Puan Saleha dengan terjua.

Isyraf mendekati Pakcik Amran, pemandu peribadinya,"pakcik, saya stay dekat sini ya. kalau saya nak balik, saya call pakcik. kalau saya balik lewat petang, ambil nenek dulu, baru ambil saya,"ucap Isyraf pada Pakcik Amran.

"baik tuan,"

"pakcik, tak payahlah panggil tuan,"Isyraf terkekeh melihat pemandunya yang selalu bersifat formal padanya.

"eh, baik Isyraf,"ucap Pakcik Amran sambil meletakkan tangannya pada dahinya, seperti seorang askar yang menghormati ketuanya.

"okay, saya pergi dulu,"ucap Isyraf.

Isyraf mencari kelibat Puan Saleha namun tidak dijumpainya. Maka, Isyraf memutuskan untuk mendekati Bunga yang masih bersendirian dari tadi. Bunga sedang memegang pasu kecil yang ditumbuhi oleh bunga matahari yang subur. Bunga hanya memandangnya kosong.

"Hi, Bunga, kan?"sapa Isyraf dengan ramah. Isyraf melutut untuk menyamai tingginya dengan Bunga yang duduk di kerusi roda.

"ya,"jawab Bunga dengan ringkas,"abang ni yang kemarin tu kan? yang join kitorang picnic tu?"tanya Bunga.

"Hehe ya tu abang. Kelmarin abang borak dengan kawan-kawan Bunga je, belum pernah borak dengan Bunga lagi,"ucap Isyraf,"kenapa Bunga tak join diorang?"

"Bunga nak je join, tapi diorang tak suruh. Bunga duduk dekat kerusi roda, diorang cakap nanti Bunga susah nak buat kerja. Tak nak susahkan Bunga, sebab tu diorang suruh Bunga dekat sini je,"ucap Bunga, terselit keluhan pada bicaranya.

"Okay okay macam ni. Bunga nak buat apa? Abang tolong,"

Mata Bunga seperti terpancar cahaya keterjuaan,"betul? Betul abang tolong?"

"Yup! Cakap je, Abang Syaf akan turuti semua permintaan tuan puteri,"ucap Isyraf sambil menunduk hormat di depan Bunga sambil tangan kanannya disimpan di bahagian perutnya, seperti seorang persuruh kerajaan yang sedang menghadap ratu.

Bunga tekekeh kecil sambil menutup mulutnya dengan tangan kecilnya,"Bunga nak alihkan bunga matahari ni ke pasu yang lebih besar sebab bunga ni dah besar, tak muat lagi pakai pasu ni,"ucap Bunga.

"Baiklah. Abang akan turuti permintaan tuan puteri untuk mengalihkan bunga ni ke pasu yang baru,"Isyraf berdiri untuk mencari pasu yang baru.

"Abang Syaf!"Isyraf berpaling pada suara yang memanggil namanya.

"Eh, Fahmi, kan?"Isyraf tersenyum pada Fahmi yang sedang mendekatinya.

"Hi,"sapa Fahmi,"boleh kita borak kejap?"tanya Fahmi.

"Eh boleh je. Kenapa?"

Fahmi memandang sekilas Bunga yang juga berada di situ,"Bunga, Abang Fahmi pinjam Abang Syaf kejap ya. Tak lama pun,"ucap Fahmi.

"Okei,"jawab Bunga dengan ringkas.

Fahmi menarik lengan Isyraf supaya Isyraf mengikuti langkah Fahmi. Dia membawa Isyraf ke tempat yang agak sunyi, jauh dari keramaian. Terdapat bangku yang terletak di kawasan belakang rumah tersebut dan Fahmi mengajak Isyraf untuk duduk di sana.

"Ada apa, Fahmi?"tanya Isyraf. Isyraf sedikit hairan dengan perilaku Fahmi yang seperti ingin memberitahu sesuatu yang penting padanya.

"Aku tak tahu apa yang kau rencanakan tapi tolong mengaku sekarang,"tegas Fahmi, air mukanya berubah serius.

"Hah?"Isyraf terkejut dengan ungkapan Fahmi yang tiba-tiba. Fahmi seperti menuduhnya sesuatu yang memang tidak dilakukan oleh Isyraf,"mengaku apa?"

"Kau tiba-tiba saja datang kemarin, sedangkan Kak Dee tak pernah cerita sedikit pun pasal lelaki yang bernama Isyraf. Kau nak apa?"

"Okay okay, first thing first, aku tak niat apa-apa pun. Kemarin aku just nak tolong Dayana bawa bunga tu je,"

"Kenapa ku datang sini lagi harini kalau kemarin niat kau just nak tolong Kak Dee kemarin?"tanya Fahmi lagi, seakan-akan tidak berpuas hati dengan Isyraf.

"Harini aku just nak bagi korang baju, aku banyak baju--,"

"Kalau niat kau betul macam tu, aku syukur. Tapi, kalau niat kau just nak dekat dengan Kak Dee, aku warn awal-awal, jangan berani nak sakitkan Kak Dee,"Fahmi berdiri dan meninggalkan Isyraf tanpa ucapan lagi.

Isyraf melihat pemergian Fahmi. Dia tidak sangka Fahmi menganggapnya sebegitu rupa. Bahasa pula menggunakan kosa kata "kau-aku". Ah, lupa. Mungkin dia berfikiran begitu kerana Isyraf adalah orang yang baru dikenalinya, wajar saja jika dia bersikap begitu.

•••••

Another long chap. Akhir akhir ni aku suka update lewat malam pula, dahlah harini sekolah.

Oke chaw, taknak cakap banyak. Nanti kantoi dengan mak aku belum tidur lagi.

1.13 am

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now