enam belas ♡

19 3 0
                                    

Isyraf menyandarkan belakang tubuhnya di badan keretanya. Tangannya dilipat di dada sambil memandang Dayana dan Fahmi yang masih dalam kawasan perkuburan islam Ar-Ridhwan. Isyraf menghembus nafas perlahan.

Isyraf baru mengetahui bahwa Dayana mempunyai adik lelaki yang sudah meninggal dunia. Dayana tidak pernah bercerita tentangnya sehinggalah mereka sampai di perkuburan tersebut.

"Assalamualaikum Daniel, ni akak dah datang dengan Fahmi ni. Akak bawa kawan baru akak, Isyraf namanya. Maaf, baru sekarang akak nak jenguk Daniel dekat sini,"

Sumpah, saat Isyraf mendengarkan ucapan dari mulut Dayana, lidah Isyraf kelu tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

Selepas saja selesai membaca Yassin tadi, Isyraf meminta diri dan mengambil keputusan untuk menunggu mereka di kawasan letak kereta saja, tidak ingin mengganggu emosi Dayana.

Walaupun Dayana tidak menangis teresak-esak di hadapannya, namun dia nampak Dayana mengelap air matanya yang mengalir semasa membaca Yassin tadi.

Sebab apa adik Dayana meninggal? Isyraf tidak tahu dan tidak berani menanyakan hal tersebut pada Dayana mahupun Fahmi. Bagi Isyraf, pertanyaan itu terlalu sensitif untuk dibicarakan.

"Jauh kau termenung,"suara Fahmi mematikan lamunan Isyraf. Isyraf menaikkan sebelah kirainya apabila memandang Fahmi yang menyapanya sendirian.

"Mana Dayana?"

"Tuuu,"Fahmi menunjukkan ke arah Dayana dengan bibirnya. Dayana masih lagi setia duduk di sebelah kubur Daniel, adik satu-satunya.

Isyraf hanya mengangguk.

"Sebab tu aku tak nak kau sakitkan Akak Dee. Once dia attached dengan someone, dia akan sayang orang tu sehabis baik, she will never let them go,"ucap Fahmi tanpa memandang Isyraf,"kau betul-betul sayangkan Akak Dee ke?"

Isyraf terkejut dengan pertanyaan Fahmi yang menurutnya tiba-tiba itu,"erm--,"

"Ye, kau sayang Akak Dee. Aku dah nampak macam mana kau tengok akak selama ni. Aku tengok muka kau merah je bila bercakap dengan akak, walaupun kau tu tak seputih mana pun,"ucapan Fahmi diakhiri dengan mengangkat bahunya sesaat.

Budak ni macamlah dia tu putih sangat.

"Jangan mengutuk, aku bakal adik ipar kau k,"

"Kau tak benci aku ke?"tanya Isyraf, tubuhnya menghadap Fahmi. Rasanya seakan-akan mimpi apabila mendengar Fahmi berkata begitu.

"Aku tengah cuba ok, kau jangan happy sangat,"ucap Fahmi sambil melipat lengannya di dada dan membuang pandangan ke arah langit,"dah aku fikirkan, kau ni nampak baik, tapi...it takes time untuk terima kau, jadi...kau faham, kan?"

Isyraf melingkarkan tangannya di bahu Fahmi yang hampir sama tinggi dengannya,"takpe, aku faham. Aku harap satu hari kau beri aku sepenuh kepercayaan kau dekat aku,"ucap Isyraf sambil mengukir senyuman kecil.

"Yep, bukan senang nak masukkan orang asing dalam hidup aku. Tambahan lagi, Akak Dee tak pernah pun kenalkan kitorang dengan mana-mana lelaki, walaupun kawan dia,"ucap Fahmi, kini dia memandang Isyraf.

"Terasa istimewa pulak heheheheheh,"panjang kekehan Isyraf.

'Pak'

Isyraf memegang perlahan pipi kanannya yang ditampar lembut oleh Fahmi. Sesekali Isyraf mengaduh kesakitan.

"Jangan nak melebih ok,"Fahmi berwajah serius, namun beberapa saat kemudian dia akhirnya terkekeh melihat ekspresi Isyraf yang kesakitan,"aku tak tampar kau kuat pun bongok,"

Isyraf hanya tersengih pada Fahmi. Sekurang-kurangnya Fahmi mencoba untuk menerimanya dalam kehidupan mereka dan tidak membencinya seperti awal-awal pertemuan mereka.

----

Oh, hi!! Dah lama rupanya aku tak update 🤚😳 nah, heres the new chapter. Chapter lebih menunjukkan Isyraf & Fahmi moments ya. Soon i will do Isyraf & Dayana moment ya. Takkan moment diorang dua je memanjang dalam cerita ni 😂😂 anw, as always; apa komen korang dengan chapter ni?

Next chapter; 2 votes for this chapter 🔒🌟

Thank you!! ♡♡

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now