empat ♡

47 6 6
                                    

Tidak seperti biasanya, Isyraf kini berjalan mundar-mandir di hadapan kaunter pembayaran. Jari-jemarinya sengaja digigit. Hatinya berdegup tak tentu rasa. Sesekali jam tangannya dikerling. Sudah pukul lima petang.

Dan dia belum datang.

"Isyraf, tolong kunci pintu tu. Kita dah nak tutup ni,"ucap Puan Rokiah sambil menyusun beberapa pasu bunga supaya kelihatan lebih kemas. Wanita separuh abad ini benar-benar menyukai bunga.

Isyraf tidak mengendahkan ucapan neneknya. Matanya liar memandang manusia yang lalu-lalang di hadapan kedai mereka. Isyraf masih menunggunya sejak pagi tadi, namun kelibatnya masih belum muncul.

"Isyraf?"Puan Rokiah menepuk perlahan bahu Isyraf, membuat bahu Isyraf ternaik kerana terkejut,"kenapa termenung ni?"tanyanya sambil tersenyum.

Isyraf hanya menggeleng,"dah nak tutup, kan?"Isyraf terus melangkah ke arah pintu dan menguncinya. Tangannya perlahan menarik tirai jendela, menandakan mereka sudah tutup. Namun, hati Isyraf masih ingin menunggu kedatangannya.

Kini tirai ditarik sepenuhnya. Kedai bunga milik Puan Rokiah sudah ditutup untuk hari ini. Isyraf mengeluh kecewa. Sejak hari minggu yang lalu, dia menunggu kedatangan gadis yang bernama Dee, namun dia masih tidak memunculkan diri sehingga hari ini.

Sudah genap satu minggu Isyraf menunggunya, tapi dia tidak kembali.

Oh, mungkin dia tidak akan kembali lagi.

"Isyraf nak makan dekat kedai makan depan tu?"tanya Puan Rokiah. Isyraf hanya mengangguk. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa ekpresi. Emotionless. Expressionless.

Deretan kedai menyapa pandangan Isyraf dan Puan Rokiah. Di sebelah kiri dan kanan kedai Puan Rokiah ialah kedai hadiah dan juga kedai runcit. Kaki mereka melangkah ke kedai yang terletak di hadapan kedai mereka, kedai makan.

Mereka mengambil tempat duduk yang sedikit terasing dari keramaian. Puan Rokiah memandang cucu kesayangannya yang duduk di hadapannya. Jari-jemari Isyraf dimainkan sesama sendiri, wajahnya nampak kesal.

"Spill the tea,"

Isyraf tersentak.

"Apa nek?"

"Nenek tahu ada benda yang Isyraf fikirkan. Dah seminggu nenek tengok Isyraf jalan mundar-mandir. Biasa tidur je,"Puan Rokiah mengecilkan matanya, pandangannya dikunci pada Isyraf.

Isyraf menelan air liurnya. Sedrastik itukah perubahannya sampai Puan Rokiah menyedarinya?

"Ergh, just...pasal perempuan,"ucap Isyraf, kini memberanikan diri untuk memandang Puan Rokiah,"nothing serious happen,"ucap Isyraf, mengukir senyuman. Namun fikirannya melayang memikirkan gadis berlesung pipit itu.

Apa khabarnya?

"Perempuan?"

"Nenek nak order apa?"ucap Isyraf mengalihkan topik perbualan mereka.

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now