sembilan belas ♡

25 2 0
                                    

Isyraf berada di dalam biliknya, sudah bersedia untuk tidur. Namun pandangannya masih tertacap pada skrin telefonnya, meneliti hari bulan hari itu.

27 desember 2019

Sudah hampir seminggu dia tidak berhubung dengan Dayana. Bukan Isyraf langsung tidak menghubungi Dayana, namun setiap kali dia berbuat demikian, tiada sambutan yang diterimanya. Telefon tidak diangkat, text whatsapp pula hanya satu tick.

Rindunya sudah di tahap maksimum, rindu akan senyuman manis Dayana itu.

Polaroid yang di tampal di dinding ditenung. Terdapat tiga polaroid kesemuanya. Semuanya diberikan oleh Dayana tempoh hari, ketika mereka berkunjung ke kubur Daniel.

Polaroid yang pertama menunjukkan Isyraf yang sedang mengusutkan rambut Fahmi. Polaroid ke dua pula gambar Isyraf dan Fahmi sedang menikmati makanan yang mereka pesan dan yang terakhir, gambar mereka bertiga yang tersenyum.

Isyraf tekad.

Dia akan menelefon Dayana lagi. Dia tidak akan berputus asa. Isyraf sudah merancang untuk mengajak Dayana unuk pergi ke festival bunga api sempena tahun baru ini.

Nombor Dayana ditaip. Talian sudah tersambung, namun masih belum dijawab.

"Maaf, nombor yang anda hubungi--"

Tut

Isyraf mematikannya. Haih, sia-sia. Masih saja tidak dijawab.

Baru saja Isyraf merancang untuk tidur, telefonnya bergentar menandakan dia menerima telefon dari seseorang. Dengan pantas Isyraf terus mengangkatnya.

"Hello Dayana,"

"Assalamualaikum Isyraf. Maaf saya baru on telefon hari ini. Maaf sangat-sangat--"

"Waalaikumussalam. Takpe Dayana. Sekurang-kurangnya sekarang awak ada call saya balik. Saya fikir awak dalam masalah, risau tau,"ucap Isyraf. Bibirnya otomatik mengukir senyuman. Akhirnya rindunya terubat mendengar suara Dayana.

"Saya ada berita gembira. Bunga sudah menjalankan kemoterapinya dan dia sudah bebas daripada kanser! Novel saya pun sudah diterima dan mereka dah bayar saya sebagai awal bayaran! Alhamdulillah, saya happy sangat tau!!"Dayana terdengar sangat teruja dari nada suaranya di talian.

"Alhamdulillah!! Saya pun turut gembira!"mata Isyraf kini bersinar, seakan-akan dia yang mengalami semua hal baik yang dialami oleh Dayana.

"Terima kasih Isyraf sebab tak putus asa nak hubungi saya,"ucap Dayana, kini nada suaranya merendah.

"Saya tak akan pernah putus asa,"ucap Isyraf sambil tersenyum walaupun Dayana tidak dapat melihat senyumannya.

"Saya hargai sangat-sangat,"

Saya rindu awak Dayana.

Kata-kata itu tidak mampu diungkapkan oleh Isyraf, hanya tersimpan di dalam hati. Mungkin ini belum waktunya.

"Hujung bulan ni awak free tak? Saya nak ajak awak dengan dorang Fahmi untuk pergi festival bunga api,"ucap Isyraf.

"Boleh,"

Sebaik saja mendengar jawapan Dayana, Isyraf terus bersorak riang di dalam hati. Dia sudah berencana untuk memberitahu perasaannya terhadap Dayana pada malam itu.

---

Helo saya ada semangat nak update hehe. Next chapter dah siap, should i update esok juga?

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now