dua tiga ♡

33 1 0
                                    

[terdapat carutan dalam chapter ni.]

Isyraf duduk di tangga universitinya. Kelasnya untuk hari ini sudah tamat, untunglah kelasnya yang terakhir dibatalkan, dapat Isyraf pulang lebih awal ke asramanya.

Telefon yang berada di tangannya tiba-tiba di rampas.

"WOI!"Isyraf sempat menarik kolar baju orang yang merampas telefonnya.

"Wei wei chill ni akulah bodo,"Haqim mengangkat ke dua tangannya separas dengan bahunya. Wajahnya nampak panik. Silap hari bulan Isyraf memukul wajahnya sampai lebam.

"Tahi betullah kau ni. Aku fikir pencuri tau tak?"Isyraf kembali duduk di tangga. Telefonnya masih lagi di dalam genggaman Haqim.

Haqim memandang skrin telefon Isyraf yang berjenama iPhone X, wajahnya berkerut,"siapa mereka berdua ni?"Haqim menunjukkan skrin telefon Isyraf padanya. Terdapat gambar Fahmi, Dayana dan Isyraf dijadikan sebagai screen wallpaper Isyraf.

Tanpa sebarang perkataan, Isyraf terus merampas kembali telefonnya,"jangan sibuklah,"telefonnya dimasukkan ke dalam poketnya. Nah, sekarang lebih selamat.

"Kau tak pernah cerita pun pasal perempuan?"kini Haqim duduk di sisi Isyraf. Pandangannya tepat pada wajah Isyraf yang menunduk,"sejak habis cuti semester haritu kau macam tak open dengan kitoranglah. Kau ada masalah ke?"Tangan kiri Haqim diletakkan di atas bahu kanan Isyraf.

"Hmm, taklah. Takde masalah pun, oke je,"ucap Isyraf. Matanya memandang langit yang cerah, namun hari-hari tidak sama lagi seperti beberapa bulan yang lalu.

Isyraf tidak menipu apabila dia mengatakan dia tidak menghadapi sebarang masalah. Memang itu realitinya. Cuma...Dayana.

Sudah hampir 3 bulan dia tidak menemui Dayana. Kali terakhir dia ke rumah anak yatim pun, beberapa bulan yang lalu, semasa dia menghantar Fahmi pulang dari sekolah sehari selepas tragedi pecah masuk rumah Dayana.

Isyraf hanya mampu bertanya khabar pada Fahmi melalui whatsapp. Tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya terlalu banyak sehingga dia tidak dapat meluangkan waktu di rumah anak yatim.

"Cantik perempuan dekat wallpaper kau tu,"ucap Haqim sambil tersengih memandang Isyraf. Tajam matanya melirik Haqim yang selamba.

"Aku punya,"ucap Isyraf pendek.

"Weii bongokkkkkkkk dah ada awek siaaaaaaaaaa,"panjang ucapan Haqim. Wajahnya pula tidak dapat digambarkan bagaimana rasa terkejutnya apabila mendengar ucapan Isyraf,"weh sekolah mana? Gila kau patutlah tak lepak dengan kitorang cuti semester hari tu, ada awek rupanya. Setan punya kawan,"

"Dia ambil result SPM tak lama lagi,"

"Gila---,"

"Weh weh weh Isyraf,"seorang rakan sekuliah Isyraf mengambil Isyraf dan Haqim. Salah seorang dari mereka sudah kelelahan berlari.

"Kenapa ni?"

"Aku baca dekat thread twitter, ada perempuan ni hilang,"dia berhenti berbicara beberapa saat, ingin mengambil oksigen yang hampir habis. Peluh mengalir di dahinya.

"Apa kena-mengena dengan kitorang?"tanya Haqim hairan.

"Syaf, kau tengok ni,"Qimi, atau nama panggilannya Dempol kerana tubuhnya yang berisi, menunjukkan skrin telefonnya,"aku haritu tak sengaja nampak gambar polaroid dekat meja belajar kau, aku rasa ni kawan kau yang dalam polaroid tu lah,"

Isyraf merampas telefon kepunyaan Qimi. Matanya membulat. Terdapat wajah Dayana menggunakan pakaian sekolah bersama seorang pelajar perempuan lagi
Isyraf yakin orang yang memuat naik bebenang twitter itu adalah rakan Dayana.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now