enam ♡

53 6 1
                                    

Hari minggu seterusnya.

Kini Isyraf kembali seperti Isyraf yang biasa, meletakkan lengannya di atas meja kaunter dan menjadinya sebagai bantal untuk kepalanya. Dalam waktu dua minggu, hanya ada beberapa orang pelanggan yang datang. Ada yang datang membeli bunga, ada yang datang hanya untuk melihat-lihat.

Oh, nothing new.

Dalam beberapa orang pelanggan yang datang itu, orang yang dicari oleh Isyraf tidak ada. Yup, Dee. Isyraf sudah penat untuk berharap pada kehadirannya.

Sudah penat untuk berharap pada sesuatu yang tidak pasti.

"Kalau betul dia ditakdirkan untuk bersama dengan Isyraf, dia akan kembali, tak kisah macam mana. Dan tak kisah, berapa lama Isyraf tunggu dia,"

Terngiang kembali ucapan Puan Rokiah minggu lepas, semasa mereka makan di kedai hadapan. Jam sudah menunjukkan pukul empat petang. Jika Dee tidak datang hari ini, maka genap dua minggu dia tidak ke sini.

Kau masih harapkan dia Isyraf? Perempuan yang kau tak kenal dia siapa, hanya tahu namanya.

'Kring ting'

Isyraf memandang pintu kedai yang dimasuki oleh seseorang.

Dia datang lagi.

Tanpa disedari, Isyraf mengukir senyuman yang lebar. Bahkan inilah senyumannya yang paling lebar. Senyuman itu terukir hanya kerana kehadiran Dee. Ya, perempuan yang ditunggunya selama dua minggu, kini kembali.

"Baby-breath?"

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now