empat belas ♡

34 1 0
                                    

"H-hai Isyraf,"Isyraf mendengar suara Dayana yang terketar-ketar ketika menjawab panggilannya. Isyraf tersenyum. Tidak sampai sehari tidak mendengar suara gadis berlesung pipit itu, dia mula rindu.

"Hai, tengah buat apa tu?"tanya Isyraf. Sengaja bertanya soalan, hanya untuk berbasa-basi dengan perempuan yang disukainya.

Tubuhnya dibaringkan di katilnya, lengan kanannya dijadikan bantal untuk kepalanya. Pandangannya lurus menghadap langit-langit biliknya. 

"Isyraf...,"Suara Dayana terhenti. Terdengar esak tangis Dayana di seberang sana. Isyraf lantas bangkit dari pembaringannya sebaik saja mendengar tangisan Dayana. Wajah yang tadi tersenyum kini berubah menjadi risau.

"kenapa ni? Kenapa menangis?"tanya Isyraf dengan nada yang risau. Namun Dayana hanya meresponnya dengan tangisannya. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya,"ok ok, awak narik nafas dalam-dalam dan hembus, ya? Kalau awak dah tenang, baru awak cakap dengan saya, ok?"

Isyraf masih setia menunggu respon Dayana. Lama kelamaan, esak tangis Dayana berunsur hilang. Dayana menyapa Isyraf dengan suara yang serak dan lemah.

"ehm, hai. Sorry,"

"why should you be sorry?"ucap Isyraf, mencoba untuk menenangkan Dayana,"saya dah cakap, kalau awak ada masalah, awak boleh cari saya,"ucap Isyraf dengan lembut. Dia mengukir senyuman nipis walaupun Dayana tidak dapat melihatnya.

"hmm,"pendek respon yang diberikan oleh Dayana.

"awak nak keluar sama-sama esok?"Isyraf mencuba untuk menukar topik, mungkin Dayana belum mahu menceritakan tentang masalahnya sekarang,"saya bawa kereta,"

"pergi mana?"

"ikut awak, hehe,"sempat Isyraf terkekeh.

"mmm boleh. Tapi saya bawa Fahmi eh, takpe en?"ucap Dayana.

Alamak, budak yang tu pulak ikut. Kalau budak yang lain takpelah, ni budak yang tak suka aku.

Mahu tidak mahu, Isyraf terpaksa bersetuju dengan permintaan Dayana. Hmmm nasib baik aku suka perempuan ni.

"Boleh je,"

"Hmm jumpa awak di rumah anak yatim esok pagi, ya?,"ucap Dayana dari seberang sana.

"Alright! Ada apa-apa request lagi? Saya siap menunaikan permintaan anda,"Isyraf terkekeh dengan cara bicaranya. Sengaja dia buat begitu supaya Dayana terhibur.

"Kenapa cara awak cakap macam tu?"Dayana terkekeh,"hmmm tempat saya bagitau esok eh,"

"Okay!!"ucap Isyraf,"hmm awak belum tidur? Dah larut ni,"ucap Isyraf. Nampaknya mood Dayana semakin membaik, Isyraf tersenyum lega.

"Nak tidur dah, tapi ada orang tu yang call tu tak jadi pulak,"ucap Dayana dengan nada yang sengaja menyindir Isyraf.

"Hmm saya ke?"tanya Isyraf sengaja menyakat Dayana yang menyindirnya. Suka benar Isyraf menyakat gadis berlesung pipit itu.

"Eishh siapa lagi?"ucap Dayana dengan nada yang kesal,"siapa yang nak call saya pukul 11 malam macam ni?"

"Heheh alamak sorry lah. Awak tidur lah dulu, nanti muka macam panda pula esok,"Isyraf terkekeh lagi. Sekali Dayana mengamuk baru kau tahu.

"Isyraf!!!"semakin bertambah rasa kesalnya pada Isyraf,"kalau awak sakat saya lagi, saya tak nak jalan dengan awak esok!"tegas Dayana.

"Ehhhhh!! Janganlah macam tu,"ucap Isyraf sambil menjuirkan bibirnya walaupun hakikatnya Dayana tidak berada di hadapannya,"ok ok saya tak sakat awak lagi, ok? Awak tidurlah dulu, esok kita jumpa,"ucap Isyraf, tidak berani menyakat Dayana berlebihan.

Nanti kalau Dayana tidak mahu keluar dengannya esok, macam mana? Hahh kau sakatlah lagi, baru tau.

"Yelah, thank you eh call saya,"ucap Dayana, manis suaranya di pendengaran Isyraf.

"Takde hal pun. Jangan sedih-sedih ok? Sweet dream, Dayana,"ucap Isyraf dengan lembut.

"Bai,"Dayana terus memutuskan panggilan mereka. Isyraf mendekatkan telefonnya yang berjenama iPhone ke dadanya. Senyuman terukir di bibirnya. Pipinya terasa memerah. SUKANYA CALL DENGAN CRUSH NII.

Harap kau dapat jumpa aku dalam mimpi kau.

Isyraf menggelengkan kepalanya. Dia menampar pipinya berkali-kali dengan lembut. Gediknya kau ni Isyraf, belum kawin pun dah gatal eh.

Isyraf memandang almari bajunya.

Mesti cari baju untuk esok sekarang juga! Isyraf tidak mahu mencarinya esok pagi kerana takut terlambat untuk kencannya.

Kencan? Kepala bapak kau, Isyraf.

---

Hi surprise yall!!!!

Dekat sini hujan so...wifi kena tutup jadi i decided untuk sambung cerita ni. Dah berhabuk ya. Exam aku belum habis lagi, tinggal 4 papers. & i will sit for my next exam hari selasa, so apa salahnya kita update buku ni kan 👀👀

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now