dua satu ♡

16 2 4
                                    

"Maaf, nombor yang anda hubungi--,"

"Argh!"Isyraf melemparkan telefonnya ke sofa. Rambutnya kusut-masai. Wajahnya pula masam semacam. Langkahnya mundar-mandir di ruang tamu. Perasaannya tidak menentu.

"Isyraf,"Puan Rokiah menyapa cucu kesayangannya. Senyuman kecil diukir, mungkin sedikit sebanyak akan menenangkan hati cucunya.

"Nenek,"Isyraf hampir menangis, matanya sudah berair. Laju langkahnya menuju ke arah neneknya yang berdiri di pintu ruang tamu.

"Kalau Isyraf risau sangat, kenapa Isyraf tak pergi rumah Dayana je?"Puan Rokiah menepuk lembut belakang Isyraf yang memeluknya sambil menangis.

"Isyraf tak tahu rumah Dayana,"Isyraf melepaskan pelukannya. Belakang telapak tangannya digunakan untuk mengelap air matanya.

"Tak nak call Fahmi? Dah dah, janganlah nangis. Macam perempuan betul lah,"Puan Rokiah terkekeh lembut sambil mengusap kepala Isyraf.

Isyraf orangnya lembut dan manja. Namun sisi personalitinya yang begitu tidak pernah ditunjukkan pada sesiapa, hanya pada neneknya. Bahkan bukan keluarganya sendiri.

"Ok, Isyraf call Fahmi dulu,"Isyraf mengambil telefonnya dan tangannya lagi mencari nombor telefon Fahmi, kemudian didailnya.

"Fahmi, kau tau tak rumah Dayana?"tanya Isyraf sebaik saja talian mereka tersambung.

"Amboi kau...Call aku malam buta ni nak tanya rumah Dayana je ke?"tanya Fahmi, nada suaranya terdengar sedikit bengang.

"Weh sorry Fahmi, tapi ni urgent sangat. Aku tadi call Dayana tapi tiba-tiba dengar dia jerit dan terus putus talian,"ucap Isyraf dengan tergesa-gesa.

"Weh biar betul?"

"Yeee betullah kau ni, ya Allahhh. Aku nak bawa kau jap, kita pergi rumah Dayana. Bagitau Aunty Saleha aku yang bawa, jangan risau,"

•••••

"Dayana nampaknya penting sangat dalam hidup kau,"ucap Isyraf pada Fahmi. Pandangannya fokus pada jalan raya malam.

Jam menunjukkan pukul 12. Esok Fahmi perlu ke sekolah kerana cuti sekolah baru saja tamat beberapa hari yang lalu. Walau bagaimana pun, Fahmi sanggup mengorbankan waktu tidurnya demi menemani Isyraf untuk pergi ke rumah Dayana.

"Lebih daripada penting,"Fahmi menjawab dengan nada yang rendah,"dia banyak tolong aku,"

Belum sempat Isyraf bertanya soalan yang lain, Fahmi terlebih dahulu menegur keadaan rumah Dayana.

"Apahal pintu rumah diorang terbuka ni?"Fahmi terus keluar tanpa menunggu respon Isyraf.

"Weh weh tunggu,"Isyraf mematikan enjin keretanya kemudian menyusul Fahmi yang masuk ke rumah Dayana.

Sebaik saja Isyraf masuk ke dalam rumah, riak wajahnya terus berubah. Lampu ruang tamu masih lagi menyala, namun bukan itu yang membuat Isyraf terkaku,

Keadaan rumah Dayana bersepah.

Lebih dari bersepah.

Televisi layar lebar mereka yang nipis retak di atas lantai. Segala perhiasan pasu berselerakan kacanya, berkemungkinan dipecahkan oleh seseorang. Meja dan kerusi di ruang tamu mereka tidak tersusun, bahkan ada yang tertunggang.

"Apa jadi ni, ya Allah,"Isyraf meliarkan matanya ke sekeliling. Boleh dikatakan 98% daripada benda di ruang tamu rumah Dayana hancur.

Seperti dipecah masuk.

Isyraf baru teringat tujuannya ke sini.

"DAYANA! DAYANA!"

Isyraf berteriak sekuat hatinya. Dia membuka semua pintu bilik yang dijumpainya, berkemungkinan Dayana berada di dalamnya. Namun nihil, tiada kelibat Dayana.

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now