dua puluh ♡

22 2 2
                                    

Waktu menunjukkan pukul sepuluh malam. Dayana, Isyraf, Puan Saleha dan juga anak-anak yatim yang lain sedang dalam perjalanan untuk pergi ke padang terbuka di mana festival bunga api itu diadakan.

"Abang Syaf, ni first time lah Puteri datang festival macam ni, Abang Syaf pernah ke?"tanya Puteri yang mendongakkan kepalanya untuk memandang Isyraf.

"Setiap tahun abang datang, seronok!"

"Memang kena jalan kaki ke, bang? Danish penat ni ya Allah,"kanak-kanak yang bernama Danish itu sudah kepenatan kerana mereka berjalan hampir 10 minit.

"Ha'ah, lagipun kawasan rumah kita ni bukan bandar pun, kecil je. Semua orang yang datang festival tu, semua jalan kaki,"ucap Isyraf.

"Eh, ada jual-jual makanan lah!"ucap Bunga sambil menunjuk teruja booth makanan yang tersedia untuk orang ramai yang datang untuk festival itu.

"Kita dah sampai!"ucap Isyraf sambil mengangkat tangannya ke udara. Ucapannya diiringi dengan sorakan gembira yang datangnya daripada mereka semua.

"Ok dengar sini, jangan pergi jauh-jauh dari Ummi tau, ramai orang ni. Nanti boleh tersesat,"ucap Puan Saleha yang menggelar dirinya sebagai ummi kepada mereka kanak-kanak.

"Baik Ummi!"

"Jom kita beli makanan,"ucap Isyraf pada Dayana.

•••

Tinggal beberapa minit lagi bunga api akan bermula. 2019 juga akan tamat dalam beberapa minit lagi. Mereka semua sudah berkumpul di padang luas tersebut sambil mengisi perut dengan makanan ringin yang dibeli oleh Isyraf dan Dayana tadi.

"Tak sabarnya!!"

"Shuhh shuhh diam diorang dah start kira!"

Sepuluh!

Isyraf memandang Dayana yang sudah fokus pada langit yang hanya dihiasi oleh bintang, tidak sabar untuk menyaksikan bunga api.

Sembilan!

Isyraf tersenyum, masih lagi memandang Dayana tanpa disadari olehnya.

Tiga!

Isyraf mengeluarkan kotak kecil yang disimpan di dalam poket seluarnya.

Dua!

Isyraf kini memandang langit, sebentar lagi bunga api akan diluncurkan.

Satu!

Happy new year!!!

'Puff! Boom!'

(Author's note: pasang media yang disediakan untuk menghayati scene ini)

Langit yang tadinya hanya ada taburan bintang, kini dihiasi oleh berbagai warna bunga api. Sorakan daripada ramai orang memeriahkan lagi acara tersebut.

"Awak suka?"tanya Isyraf disela-sela keriuhan orang ramai.

"Suka sangat-sangat!"ucap Dayana, matanya tidak lepas daripada memandang bunga api yang masih lagi diluncurkan. Selama hidupnya, inilah pertama kalinya dia menyaksikan bunga api sedekat ini.

"Nah, hadiah untuk awak,"Isyraf menghulurkan kotak kecil yang dikeluarkannya tadi kepada Dayana.

Dayan mengalihkan pandangannya pada kotak kecil tersebut. Isyraf dapat melihat kerutan di dahi Dayana, mungkin heran kenapa Isyraf tiba-tiba memberinya hadiah.

Dayana perlahan-lahan mengambil kotak berwarna pastel pink itu dan membukanya.

"Kena--"

"Happy birthday, Dayana,"ucap Isyraf sambil tersenyum.

Mata Dayana berkaca, senyuman lebar terbentuk di wajahnya. Air matanya tidak dapat dibendung, esak tangis Dayana terdengar oleh Isyraf.

"Kenapa awak nangis?"tanya Isyraf, mukanya berubah panik.

"Ter-terima kasih. Terim--terima kasih sangat-sangat,"Dayana mengelap air matanya dengan lengan bajunya. Isyraf ternampak senyuman yang masih terbentuk di wajah Dayana.

"Saya sayang awak, Dayana,"

1 Januari 2020, pukul 12 tengah malam, akhirnya Isyraf Aiman menyuarakan perasaannya kepada Dayana.

---

Kurang daripada 10 chapter, cerita ini akan tamat. Tak sangkanya 🤧🤧🤧

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now