lapan ♡

66 7 13
                                    

"Dayana, kenapa tak bawa kawan Dayana makan sekali?"

Dayana mendongak melihat Puan Saleha, di sebelahnya ada Isyraf yang berdiri sambil menggaru belakang lehernya sambil tersenyum sipu malu.

Dayana lantas berdiri, matany bulat sambil mulutnya terlopong. Dayana benar-benar terlupa akan kehadiran lelaki florist itu, sama sekali dia tidak terfikir tentang Isyraf ketika menyusun makanan yang diletakkan di atas karpet piknik.

"Astaughfirullah awak! Sorry, saya betul-betul lupa!"

Isyraf hanya terkekeh mendengar ucapan Dayana. Mungkin terkekeh kerana ekspresi wajah Dayanabl yang baginya 'over reaction'.

"Isyraf joinlah sekali eh. Dayana, pergi panggil budak-budak tu,"ucap Puan Saleha. Dayana mengangguk dan terus melangkah menuju kanak-kanak yang sedang bermain lari-lari.

Semasa melangkah, Dayana terasa seperti seseorang sedang berjalan di sebelahnya. Dayana menoleh ke sampingnya dan sosok Isyraf sedang tersengih kambing padanya.

"Awak ni buat kejutlah,"

"Hehe,"Isyraf terkekeh kecil,"mereka ni semua adik-adik awak ke?"tanya Isyraf. Pertanyaan Isyraf membuat Dayana menghamburkan tawanya.

"Awak ni biar betul?"ketawa Dayana masih tersisa, terhibur sangat dengan soalan Isyraf,"mereka semua ni anak yatim. Aunty Saleha yang jaga mereka semua ni,"

Isyraf mengangguk paham. Apakah jadahnya sampai Isyraf fikir mereka semua ni adik Dayana.

"Akakk!!"seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arah Dayana dan terus memeluknya. Langkahnya diikuti oleh beberapa orang kanak-kanak lagi.

"Boyfriend akak ke?"tanya Fahmi. Soalan yang dilontarkan oleh lelaki berumur 14 tahun itu terus mengundang jelingan maut Dayana. Isyraf pula berpura-pura tidak mendengar soalan itu.

"Handsomenya!!"

"Tak pernah pun akak bawa lelaki jumpa kitorang. Dulu akak pernah cakap kalau akak bawa lelaki jumpa kitorang, maknanya tu boyfriend akak,"sambung Fahmi.

Dayana menepuk dahinya,"engkau ni Fahmi...geram akak nak tolak Fahmi terus masuk tasik tu,"ucap Dayana. Fahmi hanya tersegih mendengar ucapan Dayana,"ni Isyraf, akak selalu beli bunga dekat kedai nenek dia,"terang Dayana.

Isyraf yang mendengar namanya disebut, terus tersenyum memandang kanak-kanak yang memerhatikannya. Isyraf melambai kecil mereka semua sambil menyapa ramah.

"Em, hai semua,"ucap Isyraf mencuba untuk menjadi ramah walaupun agak kekok. Namun sambutan kanak-kanak itu membuat Isyraf selesa kerana semuanya tersenyum menyapanya.

"Hai abang Syaf. Saya Fahmi, yang paling tua dekat sini,"Fahmi berjabat tangan dengan Isyraf sambil memberikan Isyraf senyuman lebar.

"Hai Fahmi,"

"Saya pula Qisya! Kak Dee paling sayang dengan Qisya!!"terdengar suara comel yang muncul di antara mereka. Terlihat tangan kecil kanak-kanak yang di angkat ke udara. Qisya melompat-lompat untuk mendapat perhatian Isyraf.

"Mana ada! Kak Dee paling sayang Man lah!"

Dari situ, keriuhan mula terjadi. Masing-masing mengaku Dayana paling menyayangi salah satu antara mereka. Dayana hanya menggeleng dan berusaha untuk menenangkan mereka.

"Shh shh..akak sayang korang semua sama ratalah. Mana ada pilih kasih,"

"Akak akak! Akak cakap akak beli bunga dekat kedai Abang Syaf. Akak beli untuk kitorang semua ke?"tanya salah seorang dari kanak-kanak itu.

"Yup!! Tu, akak ada simpan dekat sana,"Dayana menunjuk jambakan bunga yang dibawa oleh Isyraf dan Dayana tadi,"tu semua untuk korang ya,"

"Wahh cantiknya!!"

"Amir nak yang warna tu!!"

Mereka semua berlari ke arah jambakan bunga tersebut, meninggalkan Isyraf dan Dayana berdua. Dayana tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka. Nafas dihirup dan dihela, menikmati udara yang bersih.

"Suka betul budak-budak tu dekat awak ya,"ucap Isyraf sambil memandang Dayana.

"Dah lama dah berkawan dengan diorang. Sebab tu biasa,"balas Dayana,"budak-budak tu pun nampak macam suka awak, friendly je dengan awak,"

"Comel je diorang tu,"ucap Isyraf sambil memandang sekumpulan kanak-kanak itu mengambil bunga yang dibawa mereka tadi,"diorang memang suka bunga ke?"

Dayana tersenyum sebelum menjawab soalan Isyraf,"awak nampak kanak-kanak yang berkerusi roda tu?"

Isyraf mengangguk sebagai respon.

"Namanya Bunga. Dia menghidap kanser otak, sekarang masih dalam rawatan. Bunga ni, dia suka sangat dengan bunga. Sebab tu kitorang pun suka bunga, sebagai tanda kitorang selalu ada untuk dia, walaupun dia sakit macam tu,"

Isyraf terdiam mendengar jawapan dari Dayana. Patutlah Bunga botak, kurus dan juga berwajah pucat. Rupanya dia menghidap penyakit kanser otak.

"Sedih juga tengok Bunga selalu sorang-sorang macamtu. Minggu depan, dia akan jalankan rawatan terapi radiasi. InshaaAllah, semoga dia cepat pulih,"suara Dayana kedengaran serak.

Isyraf memandang Dayana, hendak dipeluk, haram. Hendak tepuk bahu pun, nanti kena cop gatal. Isyraf memutuskan untuk memujuk Dayana dengan kata-kata.

"Hmm janganlah sedih. Kenalan saya pun, adik dia pernah hidap kanser, dan Alhamdulillah dah sehat. So, awak janganlah risau ya, doa je banyak-banyak,"

"Awak pun doakan ya,"ucap Dayana sambil mengelap air matanya yang mengalir sedikit,"jomlah, jangan sedih je. Diorang tunggu kita tu,"ucap Dayana.

Isyraf mengikuti langkah Dayana. Sungguh, terasa seperti mimpi dapat berkelah dengan crush ni.

••••

Panjang sangat ni. Alhamdulillah harini ada mood dan idea lebih so kite nak update. Hehe.

bunga, pen & kertasWhere stories live. Discover now