Benjamin berpusing-pusing dengan kerusi roda di office nenek Ammara.Itu kesukaannya tiap kali masuk ke dalam office nenek Ammara.
" Macam mana? Dah dapat tawan hati si dia ?" tanya Ammara.
Benjamin berhenti berpusing.Dia menoleh tepat ke arah nenek Ammara.
" Hmmm belum.." jawab Benjamin.
Eh ? Siapa sebenarnya nenek Ammara kepada Benjamin ? Lagaknya Benjamin hanya bersahaja dengan nenek Ammara. Bukan tingkah laku di antara pekerja dengan bossnya ?
Actually Benjamin ni merupakan cucu kandung nenek Ammara.Benda yang dia rahsiakan dari Adelia ni lah. Tentang status dia dengan nenek Ammara.Semua pekerja The Milkcow memang tahu akan statusnya kecuali Adelia.Entah lah Benjamin belum ready lagi nak Adelia tahu tentang ini. Biar setakat ini dia hanya tahu yang dirinya hanya lah seorang pekerja biasa sahaja.
Satu lagi. Kenapa nenek Ammara tanya akan soalan menawan hati si " Dia " ?
Ya nenek Ammara tahu akan misi Benjamin yang ingin menawan hati Nurin Adelia.Nenek Ammara memang menyokong Benjamin dari belakang sebab dia juga amat suka kan Adelia. Budaknya baik.Hormat orang tua.Lihat sahaja tempoh hari waktu Adelia menolong dirinya. Memang Ammara kagum dengan sikap Adelia.
" Kenapa belum ? " tanya Ammara.
" Hmm dia jual mahal sangat lah nek.." kata Benjamin.
" Ala biasa lah tu...perempuan mesti lah kena jual mahal.." kata Ammara.
" Hmm dia tak pernah nampak Ben pun..." luah Benjamin sedih sedikit.
Ammara memandang ke arah Benjamin.
" Dari zaman sekolah lagi dia tak pernah nampak kehadiran Ben.." sambung Benjamin.
What ? Zaman sekolah ? What do you mean Benjamin ?
Tetiba Benjamin tersenyum sinis.
" But ! Ben takkan mengalah ! Untuk buat dia nampak kehadiran Ben..Ni Benjamin Aydan lah..Takkan mengalah untuk dapatkan apa yang dia nak..." kata Benjamin serious..
Ammara tersenyum akhirnya.Cucu satu-satunya ini memang ada semangat yang tinggi.Dia juga amat rapat dengan Benjamin memandangkan Benjamin memang satu-satunya cucu yang dia ada.Semua kisah suka dan duka Benjamin, Ammara tahu. Sebab apa ? Sebab Benjamin memang suka luah dekat dia kalau ada apa-apa.
" Macam tu lah cucu nenek..Dah kamu pergi keluar sana..nanti kantoi dengan Adelia baru kamu tahu.." kata Ammara.
Seketika Benjamin bangun lalu mula beredar keluar dari ruang office neneknya.
**********
Jari diketuk-ketuk di atas meja milik KFC.Otak juga ligat memikirkan sesuatu.
" Hmm siapa ea agak-agaknya yang bagi kau bunga tu ? Aku jadi curious lah..." kata Naura.
" Hmmm entah.." jawab Adelia sambil mulut mengunyah burger ayam KFC.
Ish minah ni ajak aku lepak KFC malam-malam tapi sibuk nak fikir dan bahaskan soal si pengirim bunga yang acah-acah misteri tu.
" Kau tak rasa ke kalau si pengirim bunga tu crush lama kau ? " kata Naura lagi.
" Hmm ? Crush lama ? What do you means ?"
" Yes crush kau..Aman ? Aman Syazmy right ? " kata Naura.
Terhenti kunyahan Adelia seketika. Aman Syazmy ? Dah lama dia tak bersua muka dengan pemilik nama itu.Hmm last jumpa waktu last paper SPM.Lepastu masa ambik result Adelia tak pergi pun. Tak nak jumpa Aman punya pasal lah..
YOU ARE READING
Crush Ke Jodoh ?
RomanceSeorang gadis di dalam dilema untuk memilih pilihan hidupnya. Ditangan hanya ada 2 pilihan. Sama ada crush atau jodoh ? Pelbagai rintangan,cabaran dan persoalan yang melanda dalam kisah hidup seorang gadis bernama Nurin Adelia. Mampukah dia membuat...