" Boleh saya nak order ? "
" Ye boleh..." jawab Adelia seraya menoleh ke arah empunya suara.
Adelia tersentak !
Aman Syazmy tersenyum manis kepada Adelia.
" Err ehh Aman ? Nak order apa ? " tanya Adelia gugup.
Hmmm kenapa dia ni tiba-tiba muncul dekat cafe ni ? Mana dia tau aku kerja sini ?
" Saya nak order tuan order ice cream boleh ? " kata Aman selamba.
Adelia sedikit terpinga. Hah ?
" Oh tuan order ice cream dah berpunya..so tak boleh lah nak order.." mencelah Kak Anis.
Aman Syazmy hanya mempamerkan senyuman hambar. Mungkin sedikit kurang senang dengan kata-kata Kak Anis.
" Saya gurau aje...Ermm buatkan saya ice cream mint satu ea.." kata Aman akhirnya.
Adelia mengangguk. Aman mula beredar mencari tempat duduknya.
Beberapa minit kemudian Adelia membawa pesanan Aman. Adelia cuba berlagak tenang untuk berhadapan dengan Aman Syzamy. Ini merupakan pertemuan kali ke 2 setelah hampir 5 tahun tidak berjumpa.
Hmm kenapa mamat ni asyik muncul aje ? Ni kalau Benjamin tengok confirm merajuk teruk dengan aku.
Setelah pesanan Aman selamat mendarat dihadapannya. Adelia cepat-cepat ingin melangkah pergi. Tidak betah dia di situ lama-lama.
" Adelia.." nama Adelia diseru Aman.
Langkah Adelia terhenti. Dia menoleh ke arah Aman..
" Boleh Adelia temankan Aman kejap makan ice cream ni ? "
Adelia sedikit tercengang. Dia melihat kiri dan kanan.
" Errr tapi..."
" Please ? Aman nak berbual kejap dengan Adelia...dah lama kita tak borak panjang kan ? "
" Ermmm yelah..." Adelia mengalah.
Dia mengambil tempat duduk berhadapan Aman. Tak nak dia duduk sebelah Aman. Adelia mendiamkan diri seketika. Aman mula merasa ice creamnya. Selepas beberapa suapan dia mula berbicara.
" So Adelia dah bertunang dengan Benjamin ke ? "
Adelia mengangguk laju. Aman sedikit terkilan.
" Congrat..."
" Thanks...ermmm Aman pulak macam mana ? Relay dengan budak junior dulu tu ? " tanya Adelia. Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang itu.
" Aman ea? Macam ni aje lah...still single.."
" Hah ? Single ? So how about..."
" About what ? About Lynda Aryna ? " soal Aman.
" Ermmm yaaa..."
Aman Syazmy menghembus nafasnya terlebih dahulu.
" Hmmm Lynda Aryna is my past...Adelia nak tahu tak cinta Aman bertepuk sebelah tangan waktu tu..."
Adelia tersentak !
" Adelia still ingatkan waktu last day kita paper Spm yang Aman cakap nak luahkan perasaan tu , actually Lynda tak pernah pun sukakan Aman. Dia hanya anggap Aman macam abang dia sendiri and masa tu you know what ? Aman kecewa gila but ni maybe balasan untuk Aman sebab Aman sendiri yang bagi fake hope dan tak pernah nampak kehadiran someone special tu dalam hidup Aman..." jelas Aman panjang lebar.
" Someone ? Siapa pulak ? " tanya Adelia gugup.
Jangan cakap someone tu aku sudah lah !
" Siapa someone tu ? Serious Adelia tak tahu ? " kata Aman cuba berteka teki dengan Adelia.
YOU ARE READING
Crush Ke Jodoh ?
RomanceSeorang gadis di dalam dilema untuk memilih pilihan hidupnya. Ditangan hanya ada 2 pilihan. Sama ada crush atau jodoh ? Pelbagai rintangan,cabaran dan persoalan yang melanda dalam kisah hidup seorang gadis bernama Nurin Adelia. Mampukah dia membuat...