Bab 15

2K 223 14
                                    

Diperhati dari dalam tingkap grab car pemandangan pantai yang terbentang di sepanjang perjalanan menuju ke hotel Bayu Emas. Indahnya pantai dekat sini. Dah lama tak rasa angin dan air pantai Malaysia.

Benjamin tersandar seketika di seat penumpang. Akhirnya ada kekuatan juga dia balik ke Malaysia ni setelah 3 tahun menetap di London..

Eh ? Apa yang jadi lepas putus tunang tempoh hari ?

Selepas aje pertemuan Benjamin dan Adelia yang terakhir kali di hadapan rumah tersebut. Benjamin memang dah putus harapan gila. Dia murung dan mengurung diri di dalam bilik selama seminggu. Benjamin betul-betul terpukul dengan keputusan Adelia yang memutuskan pertunangan ini. Benjamin betul - betul tak boleh terima kenyataan. Dia terlalu sayangkan Adelia. Sejak dari sekolah menengah lagi. Bukan mudah untuk dia lupakan semua tentang Adelia.

Selepas seminggu macam tu tetiba Benjamin bangkit semula dan mula membuat keputusan untuk ke luar negara dan membawa diri. Dia tidak boleh stay dekat Malaysia ni. Terlalu banyak kenangan Benjamin bersama Adelia yang selalu menghantui hari - harinya.

Kini setelah 3 tahun , dia mula ada kekuatan untuk balik semula ke Malaysia.

" Encik...kita dah sampai ni.." kata pemandu grab car mematikan lamunan Benjamin.

" Hah ? Ohh okay..."

Seketika ditinggallah pemandu grab car tersebut Benjamin di hadapan hotel Bayu Emas yang telah ditempah.

Hotel Bayu Emas ni betul - betul dekat dengan pantai.Memang menghadap pantai lah jawabnya.

Eh ? Benjamin tak balik rumah dia terus ke ?

Tak. Dia tak balik rumah mamanya pun. Lagipun dia bagitahu mamanya yang flight untuk dia balik ke Malaysia pada minggu depan. Sengaja Benjamin berhenti holiday terlebih dahulu di Penang ini.

Benjamin mula menapak untuk check in hotel yang ditempahnya melalui online beberapa hari yang lalu.Dalam beberapa minit kemudian, Benjamin mula masuk ke biliknya.

Hiasan bilik hotel tersebut sangatlah cantik. Dah tu ada balkoni yang menghadap pantai pulak tu. Nice view kot !

Benjamin keluar dan berdiri di balkoni kejap. Dia memerhati sekeliling. Dia memejamkan matanya seketika cuba menghayati tiupan angin yang sepoi sepoi bahasa.

" Hmm segarnyaa..." gumam kecil Benjamin.

Mata dibuka semula. Kejap lagi dia nak pergi pantai lah. Jalan - jalan dekat sana pastu ambik gambar pemandangan. Mesti cantik kan ?

Ya sejak Benjamin tinggal di London, dia gemar mengambil gambar menggunakan camera canonnya yang pernah dia beli dekat sana tu.

By the way , Benjamin duduk London kerja or study ? Ermmm Benjamin dia duduk dekat sana, dia ada lah buat kerja sikit sambil tu dia ada juga sambung study sikit - sikit untuk mengisi masa terluang dekat sana.

Okay lupakan kisah hidupnya di London.Kini hidup barunya semula di tanah air iaitu Malaysia.

Tetiba kedengaran bunyi call ringtone phone milik Benjamin. Benjamin berjalan menuju ke tempat letaknya phone tersebut. Dilihat nama yang terpapar di screen phone lalu di angkatnya

" Hello bro? "

" Hello...woii kau kat mana? Cakap flight balik hri ni ? " tanya Al- Haziq.Well kawan baik Benjamin lahhh.

" Aku ada kat penang..Kau jangan bagitahu sesiapa pulak ea. Family aku pun tak tahu aku dah  balik Malaysia..."

" Penang ? Buat apa ? Oh hah orite boss..."

Crush Ke Jodoh ? Where stories live. Discover now