Adelia berguling - guling di atas katilnya seketika. Dia masih memikirkan tentang apa yang dikatakan Aman." Hmm aku ada kawan nama Benjamin ? Tapi dekat mana dia sekarang ? " ngomel Adelia sendiri.
Ya , Aman mengenalkan Benjamin kepada Adelia adalah hanya sebagai kawan. Sikit pun dia tak bagitahu hal sebenar yang Benjamin itu siapa dalam hidup Adelia.
Seketika Adelia terlentang menghadap syiling biliknya.
" Maybe dia kawan biasa aje kot ? Sebab tu dia tak pernah munculkan diri pun dekat depan aku kan ? " putus Adelia.
Seketika Adelia melirih ke arah jam loceng miliknya yang terletak elok di meja sisi katil. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.Tak silap dia semua orang dalam rumah ni dah tidur sekarang.
" Ermmm nak tengok Aydan lah...rindu pulak..." kata Adelia seraya bangun untuk keluar dari biliknya.
Kelihatan ada anak kecil yang berumuran 2 tahun sedang nyenyak tidur di dalam tempat tidur baby khas di sebuah bilik yang dicat dengan warna biru air.
Adelia mendekati anak kecil itu.
" Aydan..." panggil kecil Adelia. Takut kuat - kuat kang terjaga pulak budak ni.
Adelia mengusap lembut pipi Aydan seketika.
" Hmm nasib baik acu...sempat tengok Aydan lahir..." ucap Adelia tiba-tiba.
Eh ? Siapa Aydan ni sebenarnya ? Act Aydan ni anak menakan Adelia. Anak kepada abang sulungnya. Kan kenduri Adelia tak jadi , lepas tu tak disangka - sangka pulak along Adelia yang kahwin pulak jadinya..
Heee lepas setahun macam tu Adelia dapat lah anak menakan ni. Hee cute aje ! Dah lah nama Aydan pulak tu along dia letak. Hmmm kekadang kan Adelia rasa macam dekat sangat dengan nama Aydan ni.. Tak tahu kenapa.
Tetiba Aydan bergerak - gerak kecil. Adelia sedikit cuak ! Alamak ! Aku nak buat apa ni ? Nanti dia terbangun kang macam mana ?
Tanpa berfikir panjang , Adelia lantas menepuk - nepuk kecil baby Aydan. Lama - kelamaan baby Aydan berhenti bergerak dan tidur dengan nyenyaknya.
" Fuh selamat ! " desis hati Adelia.
***************
Benjamin turun ke bawah untuk sarapan pagi. Setibanya di bawah , kelihatan mama dan papa sudah siap ada di meja makan." Morning maa..pa..." sapa Benjamin seraya mengambil tempat duduk di hadapan mama dan papanya.
" Yes morning dear.." jawab Yasmeen.
Kelihatan roti bakar berserta jem strawberry telah siap di hidangkan.
" Benjamin.." panggil Yusree.
" Yes pa ? "
" Kamu dah fikir dah nak buat apa sekarang bila dah balik Malaysia ?"
" Ermm belum paa..but i think..nak tolong papa dekat syarikat papa.." kata Benjamin.
" Ermm thats good idea but now...papa nak minta tolong kamu something...." kata Yusree.
" Tolong apa pa? " tanya Yusree.
" Papa nak minta tolong kamu untuk uruskan cafe nenek selama sebulan..."
" What ? Uruskan cafe nenek untuk sebulan ?! " kata Benjamin agak terkejut.
Yusree mengangguk. Yasmeen pula hanya mendiamkan diri. Malas nak masuk campur hal dua anak beranak ni.
" Kenapa Benjamin nak kena uruskan cafe nenek pulak ? Nenek mana ? "
YOU ARE READING
Crush Ke Jodoh ?
Roman d'amourSeorang gadis di dalam dilema untuk memilih pilihan hidupnya. Ditangan hanya ada 2 pilihan. Sama ada crush atau jodoh ? Pelbagai rintangan,cabaran dan persoalan yang melanda dalam kisah hidup seorang gadis bernama Nurin Adelia. Mampukah dia membuat...