Tangan Adelia tidak lepas - lepas dari genggaman Benjamin sejak dari tadi. Adelia pula masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku sekarang. Para tetamu dah ramai yang beransur balik. Jadi Benjamin dan Adelia hanya tinggal bersalam - salaman dengan para tetamu yang balik..
" Sayang dah penat ke ? " soal Benjamin menghapus lamunan Adelia.
Adelia mendongak memandang Benjamin di sebelahnya. Ya suaminya sekarang ini adalah Benjamin bukan Aman. Pelik bukan ? Dia sendiri pun masih tak faham apa yang tengah berlaku.
" Heyyyy abang tanya ni...dia boleh pandang abang aje ? " ngomel kecil Benjamin.
" Errr hah ? Sorry....hah penat lah jugak..." kata Adelia.
" Sabar ehhh...kejap lagi kita rest.." kata Benjamin.
Adelia mengangguk kecil.
Dalam beberapa minit selepas itu , Adelia dan Benjamin mula berehat. Mereka duduk di suatu sudut. Seketika Aman datang menegur...
" Ben..."
" Eh Aman..."
Adelia hanya menjadi pemerhati dan tidak berkata apa - apa....
" Ermmm aku nak borak kejap dengan Adelia dekat luar boleh ? " pinta Aman.
" Oh boleh..." jawab Ben mengizinkan.
" Jom Adelia ? " kata Aman.
Dua manusia itu masing - masing diam membisu seketika. Selepas beberapa minit , Adelia memulakan bicara.
" Apa yang jadi sebenarnya ni ? Kenapa awak buat macam ni Aman ? " soal Adelia. Jujur ada getaran gugup di setiap ayatnya.
Aman menghembus nafas berat.
" Saya buat semua ni demi kebahagiaan awak Adelia..." ucap Aman tulus.
Aman memandang Adelia di sisi. Begitu juga Adelia.
" Saya tahu dengan satukan awak dan Benjamin ajee yang boleh buat awak bahagia....dan saya tahu yang awak tak bahagia pun kalau tetap terus kahwin dengan saya...So saya buat keputusan untuk panggil Benjamin dan gantikan tempat saya untuk akad nikah hari ni..." jelas Aman tulus.
Mata Adelia mula berkaca. Sungguh Aman berhati mulia.
" Nurin Adelia...saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak sepenuh hati. Namun saya redho dengan ketentuan ilahi bahwa saya bukan berjodoh dengan awak....Jodoh awak dengan Ben..." kata Aman.
Adelia mengangguk kecil sambil ada butir - butir jernih mengalir di pipi mulusnya itu.
" Saya harap lepas ni awak lebih bahagia di samping Benjamin yaa...." kata Aman.
Selepas itu Aman Syazmy ingin beredar dari situ.
" Aman..." panggil Adelia.
Langkah Aman terhenti. Dia menoleh ke arah Adelia.
" Ya ? "
" Terima kasih...terima kasih untuk segalanya..." ucap Adelia.
" Sama - sama kasih..." jawab Aman dengan secebis senyuman.
Seketika Adelia hanya melihat Aman yang mula melangkah pergi...
************
Setelah semuanya telah selesai , para tetamu juga mula beransur pulang. Hanya tinggal saudara mara yang terdekat sahaja yang masih membantu.Adelia dan Benjamin mula berlalu masuk ke dalam bilik pengantin untuk berehat. Penat rasanya tubuh mereka hari ni. Macam - macam benda yang tak disangka berlaku.
YOU ARE READING
Crush Ke Jodoh ?
RomanceSeorang gadis di dalam dilema untuk memilih pilihan hidupnya. Ditangan hanya ada 2 pilihan. Sama ada crush atau jodoh ? Pelbagai rintangan,cabaran dan persoalan yang melanda dalam kisah hidup seorang gadis bernama Nurin Adelia. Mampukah dia membuat...