*Disuggestkan baca chapter smbil buka instrument kt ats ni ya 👆*
Doktor telah memeriksa keadaan Adelia sepenuhnya. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang stabil dan mula membaik.
" Dalam 2 hari lagi Cik Adelia dah boleh balik.." kata doktor yang bertugas.
Adelia mengangguk kecil.
" Terima kasih doktor..." ucap Fatmah bersyukur.
Adelia hanya mendiamkan diri. Soal dia dah ingat semuanya dia tak beritahu sesiapa pun..
Biarlah hanya dia seorang saja yang tahu. Adelia belum ready nak bagitahu sesiapa pun.Adelia sendiri tak tahu apa yang perlu dia buat ? Dia tak boleh ubah keadaan sekarang. Ya memang dia dah sembuh sepenuhnya namun keadaan sekarang telah berubah. Adelia dah putus tunang dengan Benjamin dan sekarang dia dah jadi tunang Aman.
Dia sendiri confius. Siapa sebenarnya yang dia cinta. Adelia tak dapat nak pastikan yang mana satu pilihan hatinya.
" Adelia..." panggil Aman yang tiba - tiba muncul di hadapan bilik rawatan Adelia.
Adelia melihat ke arah empunya suara.
" Eh Aman..." kata Fatmah.
" Makcik.." kata Aman lalu menyalam tangan Fatmah.
" Hah kamu temankan Adelia kejap ya...makcik nak keluar kejap..." kata Fatmah.
" Baiklah makcik..." kata Aman.
Seketika Fatmah beredar maka tinggallah Aman dan Adelia berdua. Adelia hanya membisu memandang ke arah Aman.
" Awak dah okay ? " tanya Aman lalu mengambil tempat duduk di sisi katil Adelia..
Adelia mengangguk kecil. Seketika Adelia mengubah posisi dengan membaringkan dirinya. Dia rasa pening tiba - tiba.
Aman merenung Adelia.
" Adelia..." panggil Aman.
" Hmmm.." sahut Adelia acuh tak acuh.
" Saya nak ingatkan ni..yang perkahwinan kita tinggal lagi 2 bulan aje..." kata Aman serious.
Adelia terdiam seketika.
" Awak dah ready nak jadi isteri saya ? " soal Aman tiba - tiba setelah Adelia tidak memberi respon.
" Err..saya..."
Aman tersenyum tipis.
" Mesti lah dah kan ? Kalau tak , takkan awak sudi nak bertunang dengan saya kan ? " pintas Aman lagi sambil ketawa kecil seakan - akan menutupi suatu perasaan yang tidak selesa di hatinya.
Hmmmm. Aku dah ready ke ? Aku cintakan Aman ke ?
Kenapa Aman memburukkan nama Benjamin di hadapannya sebelum ini ?
Tidak. Jangan salahkan Aman. Itu semua kehendak Adelia sendiri. Hah ? Apa maksudnya ?
*Flashback*
" Saya dengar awak dah putus tunang dengan Benjamin ? Betul ke ? " soal Aman.
Adelia mengangguk perlahan.
" Hmmm kenapa pulak ? Bukan awak dan Benjamin bahagia ke ? "
Adelia tersenyum tipis.
" Memang kami bahagia tapi kebahagiaan tu hanya untuk sementara.." kata Adelia.
YOU ARE READING
Crush Ke Jodoh ?
Storie d'amoreSeorang gadis di dalam dilema untuk memilih pilihan hidupnya. Ditangan hanya ada 2 pilihan. Sama ada crush atau jodoh ? Pelbagai rintangan,cabaran dan persoalan yang melanda dalam kisah hidup seorang gadis bernama Nurin Adelia. Mampukah dia membuat...