Bab 23

2.3K 217 24
                                    

“ Benjamin Aydan ! I miss you !” teriak Adelia kuat sehinggakan tidak mempedulikan orang lain yang ada di situ.

Langkah Benjamin terhenti. Dia tersentak apabila mendengarkan kata-kata itu dari mulut Adelia. Adelia dah ingat ? Dia dah ingat siapa aku ?

Perlahan - lahan Benjamin menoleh semula ke arah Adelia.

" Adelia ? "

Kelihatan Adelia tengah menangis teresak - esak jadinya. Ya Adelia tak kuat macam mana orang lain sangka. Adelia rindu. Dia terlalu rindukan Benjamin.

Adelia tak dapat nak tipu akan dirinya bahawa dia masih sayang dan cintakan Benjamin. Biar orang anggap dia kejam terhadap perasaan Aman. Tapi itu lah perasaan yang sebenar dia rasa.

Dua pasangan itu duduk di satu tempat menghadap tasik. Orang juga makin ramai di dataran tersebut. Lampu - lampu di tasik tersebut kelihatan sangat indah dan meriah seperti 3 tahun yang lalu.

" Awak..." panggil Adelia..

" Hmmm ya.." sahut Benjamin. Mata masih memandang ke arah tasik.

" Saya rindukan awak...terlalu rindukan awak..." jujur Adelia.

Malam ni dia nak sejujur - jujurnya dengan Benjamin.

Benjamin menghembus nafas berat.

" Awak tak rindukan saya ke ? " soal Adelia.

Benjamin diam seketika sebelum berbicara.

" Saya pun rindukan awak Adelia..."

Adelia mula senyum mendengarkan kata-kata itu terlafaz dari mulut Benjamin. Itu yang dia nak dengar sebenarnya.

" Tapi...semua tu hanya satu kesalahan..."

Adelia sedikit tersentak lalu memandang ke arah Benjamin. Pada ketika itu juga Benjamin sedang memandang ke arah Adelia.

" Awak tunang Aman Adelia...saya tak patut pun lafazkan rindu ni dekat tunang orang.." kata Benjamin serious.

Baru Adelia tersedar akan status sebenar dirinya.

" Semuanya dah berubah...kita bukan lagi tunang...kita hanya lah orang asing..." kata Benjamin sambil memandang tepat ke dalam anak mata Adelia.

Jujur sakit hati lelakinya apabila mengatakan itu semua.Tak sangka semuanya akan jadi begini.

Adelia hanya mendiamkan diri dan membalas renungan mata Benjamin dengan mata yang mula berkaca. Dia memberi laluan untuk Benjamin berkata - kata.

" Maafkan saya Adelia..sebab tak ada dengan awak dulu...maafkan saya sebab saya tak berjuang langsung untuk hubungan kita...Hmm saya hanya tinggalkan awak macam tu aje tanpa cari tahu sebab yang kukuh kenapa awak  putuskan pertunangan kita dulu..." kata Benjamin.

Gugur akhirnya air mata Adelia.

" Jangan menangis sayang...awak kena kuat...hadap semua ni...saya redho yang awak bukan lagi milik saya...saya harap awak dapat bahagia dengan Aman..saya tahu Aman adalah lelaki yang terbaik untuk awak..." kata Benjamin perit.

Dia harus merelakan segalanya. Tidak baik jika dia merampas kebahagian orang. Tidak baik lah jika dia menganggu hubungan Aman yang dah lama Aman  jaga ni...

Air mata Adelia menitis satu persatu sambil itu dia juga menggeleng kecil seakan - akan menidakkan kata - kata Benjamin.

Seketika Benjamin merampas gelang lampu milik Adelia di tangan Adelia.

Adelia tersentak dengan tindakan Benjamin.

" Apa awak nak buat ni Benjamin ? " tanya Adelia gugup.

Crush Ke Jodoh ? Where stories live. Discover now