Bab 10

2.4K 218 35
                                    

Senyuman tidak lengkang daripada bibir Adelia. Mana tak happy bila semua yang terpendam selama ini telah terlerai.

Kini Adelia dan Benjamin telah menjadi pasangan kekasih dengan rasminya. Benjamin juga terasa amat bahagia, kerana usahanya selama ini mendapat hasil dan tidak sia -sia lagi.

" Amboi tersenyum sampai ke telinga..Lama - lama boleh jadi joker dah ni..." tegur Ammara.

" Ehh nenek..." kata Adelia gugup.

" Macam mana ? Dah settle hal Adelia dengan Benjamin ? " tanya Ammara.

" Errrr dah heee.."

Ya Adelia tahu yang nenek Ammara pasti dah tahu akan hal dirinya dengan Benjamin.

" Bagus lah...nenek harap kamua dengan Benjamin akan kekal sampai ke jinjang pelamin ya..." kata Ammara bahagia.

Adelia terdiam seketika. Hmmm harap sangat lah macam tu. Tetiba dia rasa risau akan penjodohan dirinya dengan abang conan.

" In shaa Allah nekk..."

" Okay lah buat lah kerja kamu...nenek masuk dalam dulu ya..."

Setelah Ammara berlalu. Adelia terduduk seketika di sebuah bangku di situ. Dia menghembus nafas berat.

" Macam mana aku nak explain dekat mama ea soal hubungan aku dengan Benjamin ? " desis hati Adelia.

" Bahhhhhhh ! " sergah Benjamin pulak tiba-tiba.

Namun Adelia tidak memberi respon. Dia tak fokus langsung pada sergahan Benjamin. Dia mengelamun jauh saat itu. Seketika Benjamin mengambil tempat duduk di hadapan Adelia. Dia menatap wajah kekasih hatinya itu.

Adelia masih sama. Termenung jauh aje.

" Heyyyy....sayang.." panggil Benjamin seraya menyentuh pergelangan tangan Adelia yang berlapik baju.

Adelia sedikit tersentak !

" Ehhh awak...sorry..."

" Amboii termenung jauhnya..sampai saya sergah pun tak terkejut...kenapa ni ? Ada masalah apa lagi ? " tanya Benjamin.

Adelia diam seketika sambil mengamati setiap inci wajah milik Benjamin. Lelaki yang betul-betul terpahat dan menetap di hatinya saat ini.

" Tak ada apa lah...saya cuma sedih sikit aje..." kata Adelia.

" Sedih kenapa ni ? "

" Hmmm yelah lepas ni awak dah tak kerja dekat sini lagi dah....rindu lah saya macam ni....." kata Adelia sengaja tidak mahu beritahu hal yang sebenar.

" Alalala...itu rupanya yang dia fikirkan..." kata Benjamin.

Adelia acah buat muka sedih. Benjamin tenung wajah Adelia sedalam-dalamnya. Seketika dia tersenyum kecil.

" Its okay..kalau saya balik kerja awal  saya datang jumpa awak dekat kedai nenek ea ? " kata Benjamin.

Adelia mengangguk laju lalu tersenyum lebar.

Jam menunjukkan pukul 5 , Adelia dah siap-siap nak balik.

" Sayang...jom biy hantar balik...." teriak Benjamin tiba-tiba acah sweet.

Adelia menoleh sedikit terkejut. Apa lah Benjamin ni jerit kuat- kuat panggil " biy sayang " pulak tu...Malu lah wehhh.

" Amboi sweet sangat lah ! Sampai nak termuntah kak Anis dengar ni..." perli Anis yang juga ingin bergerak balik.

Dekat kafe hanya tinggal mereka bertiga sahaja. Yang lain dah balik terlebih dahulu.

" Hahahah mana ada lah kak Anis. Kak Anis tak payah nak layan sangat si Ben ni...dia ni kan betul sangat..." kata Adelia.

Crush Ke Jodoh ? Where stories live. Discover now