14

81 6 0
                                    

Pita rakaman diberhentikan.

Jihyo mencabut earphone itu. Dia tidak sanggup lagi untuk mendengarnya.

Air mata mengalir dengan laju.

Beberapa pelajar yang berada di situ memandang Jihyo pelik.

"Okay everyone! It's time to reveal the results for our King & Queen of Prom~"

Riuh suara para pelajar apabila mendengarkan pengumuman itu.

Jeongyeon yang hilang sebentar tadi, muncul semula bersama Sakura dan Chaeyeon.

"Jihyo.. What's wrong?"

Sakura dan Chaeyeon panik apabila melihatkan Jihyo menangis.

Jihyo mengesat air matanya. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"We're sorry Jihyo. Actually, aku tak maksudkan pun percakapan aku tempoh hari. Kau masih lagi kawan kiteorang,"

Chaeyeon memegang tangan Jihyo.

"Yeah~ You're our friend, our best friend, our very best friend,"

Sakura mengusap rambut Jihyo.

"Speaking of friend. Irene tu tikam belakang kau. Bukan kau je tapi kiteorang juga,"

Chaeyeon mendengus geram.

Sakura mengangguk, mengiyakan kata-kata Chaeyeon.

"I know.. I can see that,"

Jihyo memberikan senyuman kecil.

Dia melihat Sehun sedang berpelukan dengan Irene, menanti keputusan pencalonan itu.

"Jom. Kita gerak ke depan pentas sikit,"

Jeongyeon terus menarik Jihyo, Sakura dan Chaeyeon.

-----

"So now.. The Queen of Prom for this year are-"

Ada yang bersorak nama Jihyo dan ada yang bersorak nama Irene.

Irene membetulkan dress miliknya, bersedia untuk naik ke atas pentas.

"Ong Jihyo!"

MC itu mengumumkan nama Queen of Prom.

Irene menjerit, tidak puas hati.

Jihyo pula terlopong, tidak sangka dia berjaya ditabalkan.

"Aku yang berhak dapat gelaran tu. Bukan dia!"

Irene menjerit dari bawah pentas.

Semua yang berada di situ memandang Irene.

"Relax babe."

Sehun cuba menenangkan Irene.

"No! Nanti you akan jadi partner dia! No way!"

Irene menjerit lagi.

-----

"Okay. Moving on. The King of Prom for this year are Kang Daniel,"

Semua terdiam.

Tidak menyangka Daniel yang akan menjadi King of Prom.

Pencalonan King & Queen of Prom dilakukan oleh pelajar senior dan junior jadi undian dicampur bersama.

Wajarlah Daniel menang kerana Daniel amat popular dalam kalangan pelajar junior.

Entah kenapa pelajar junior tergila-gilakan Daniel.

-----

Jihyo yang sudah dipakaikan tiara terkejut dengan pengumuman MC itu.

"Niel bukannya ada dekat sini,"

Jihyo menggumam perlahan.

Suara para pelajar mula riuh apabila Daniel muncul dari arah belakang pentas.

Tentunya kali ini bertambah-tambah kejutan yang Jihyo terima bagaikan direnjat elektrik 100Voltan.

Jeongyeon yang berada di bawah pentas senyum.

Daniel sudah memberitahunya bahawa keputusan King & Queen of Prom diketahui oleh dirinya secara tidak sengaja.

Oleh itu, Jeongyeon sudah tahu siapakah calon-calonnya.

-----

"Niel,"

Jihyo terus menerpa laju ke arah Daniel.

Daniel mendepakan tangannya untuk memeluk Jihyo.

Ya. Jihyo berada dalam dakapan Daniel sekarang disaksikan oleh 300 pelajar yang hadir pada majlis prom itu.

Jeongyeon menunjukkan ibu jari, tanda perasaan bangganya kepada Daniel.

Jihyo masih tidak meleraikan pelukan itu.

Perlahan-lahan Daniel mengeluarkan pita rakaman yang Jihyo tinggalkan di atas lantai dewan itu.

Mikrofon yang dipegang oleh MC diberi kepada Daniel memandangkan Daniel sudah memintanya dari arah belakang pentas lagi. Mikrofon itu didekatkan kepada pita rakaman dan pita rakaman itu dimainkan.

Suara Daniel bergema seisi dewan.

"Jihyo, jeongmal saranghae,"

Jihyo meleraikan pelukan tersebut perlahan-lahan.

Matanya kali ini fokus kepada wajah Daniel.

"I want you to say it. Not that tape recorder,"

Jihyo memeluk tubuhnya.

Gayanya seakan-akan merajuk.

Drama di atas pentas.

-----

"Cakap jelah Niel. Jangan tunggu lagi!"

Jeongyeon menjerit dari bawah pentas. Jeritan Jeongyeon disokong oleh Sakura dan Chaeyeon. Lama-kelamaan, makin ramai yang menyokong jeritan Jeongyeon. Namun tidak Irene, Sehun, Naeun, Namjoo dan Hayoung.

"Jihyo~"

Daniel mendekatkan mikrofon tersebut ke mulutnya.

"Will you be mine? Like for real and for always,"

Daniel memandang Jihyo.

Cahaya lampu yang menyuluh ke arah pentas tidak dapat menyembunyikan wajah Jihyo yang memerah.

Jihyo mengangguk akhirnya.

Semua bersorak riang.

"Kisseu! Kisseu!"

Serta-merta Niel mengucup pipi Jihyo.

Jihyo senyum.

-----

Irene menjerit amarah.

Sehun menyesal yang teramat.

Sakura dan Chaeyeon berada dalam mood imaginasi bahagia mereka.

Naeun, Namjoo dan Hayoung memandang antara satu sama lain, tidak mengagak perkara sebegitu bakal berlaku.

Jeongyeon mengeluh lega kerana akhirnya, semuanya kembali seperti sedia kala.

Tamat

REFRAIN || KDN X PJH [✔]Where stories live. Discover now