3

83 4 0
                                    

"Jihyo. Kau okey tak tadi?"

Irene menghampiri Jihyo yang baru sahaja masuk ke dalam kelas A3. Sakura dan Chaeyeon juga berada bersama Irene.

"Okey je. Nothing bad happen."

Jihyo mengukir senyuman kecil.

"Ya ke kau okey ni?"

Chaeyeon menjungkitkan keningnya. Dia curiga.

"Yeah, I'm okay!"

Jihyo menepuk-nepuk bahu Chaeyeon.

"Betul? Kau tak tipu kiteorang?"

Sakura pula bertanya.

"Ya ampun. Kawan-kawan kesayangan aku, janganlah risau sangat. I'm fine,"

Jihyo mengusutkan rambutnya. Pening pula dengan telatah kawan-kawannya.

"Tak adalah~ Tadi kan aku, Chaeyeon dengan Sakura tak dapat nak tolong kau hadap Naeun, Namjoo dan Hayoung. So, who knows if they've hurt you,"

Irene menunjukkan riak wajah risau.

"Sayang juga korang dekat aku kan?"

Jihyo menyengih. Dia terus memeluk tiga kawannya itu dengan erat.

"Gomawo chingu,"

Jihyo berkata dengan nada terharu.

"Nae. Nae,"

Sakura mengangguk perlahan.

"We've promise to be friends forever right? So we need to take care of each other no matter what,"

Chaeyeon bersuara. Nadanya kedengaran sebak.

"Janganlah nangis, Chae. Nanti aku pun nak nangis,"

Irene meleraikan pelukan berkumpulan itu. Dia terus mengetuk kepala Chaeyeon perlahan. Chaeyeon senyum.

Jauh di sudut hati Jihyo, dia gembira dengan kehadiran kawan-kawannya yang berada di depan matanya sekarang. Sakura, Chaeyeon dan Irene memang merupakan sahabat sejati bagi Jihyo.

-----

Sehun membelek isi telefonnya sendiri. Nombor telefon Jihyo yang disimpan olehnya, ditatap lama.

Kalau hendak diikutkan, mana ada pelajar perempuan yang meminta-minta nombor telefon Sehun. Kalau ada pun, Sehun tidak memberinya kepada mereka.
Akan tetapi, apabila dia terlanggar Jihyo secara tidak sengaja, idea jahat mula menerjah ruang minda Sehun.

Sewaktu di kantin, apabila Sehun dikerumuni dengan pelajar-pelajar perempuan kelas B3, Sehun terlihat akan Daniel yang sedang berlari anak menuju ke arah dua orang pelajar sekolah itu. Seorang kelihatan seperti tua setahun daripadanya manakala lagi seorang kelihatan seperti sebaya dengannya. Sehun terdengar bahawa Daniel memanggil nama salah seorang pelajar perempuan itu sebagai Jihyo. Dari situlah idea jahat Sehun tercipta.

"Aku akan kacau kawan kau Daniel. Kau tengoklah nanti," hati Sehun berdetik.

Perlahan-lahan senyuman sinis terukir. Daniel yang berada di sebelah Sehun, mengerutkan dahinya.

REFRAIN || KDN X PJH [✔]Where stories live. Discover now