"Jihyo.."
Jeongyeon menepuk bahu Jihyo lembut.
Waktu rehat sudah lama habis namun Jihyo masih lagi duduk di taman TOS High.
"Nae?" sayu sahaja suara Jihyo kedengaran.
Jeongyeon tidak lagi menyimpan perasaan marah bercampur geram kepada Jihyo kerana dia tahu, Jihyo sudah berubah menjadi Jihyo yang dia kenal.
Cuma yang berbeza sekarang ini, Jihyo yang berada di hadapan matanya kesunyian."Jihyo tak nak masuk kelas?"
Jeongyeon bertanya.
Dia perlahan-lahan duduk di sebelah Jihyo.
Jihyo sedikit pun tidak memandang Jeongyeon. Dia hanya menunduk.
"Jeongyeon.. Jihyo ni kejam ke?"
Jihyo membuka bicara.
Jeongyeon yang mendengarnya, terdiam, tidak tahu hendak berkata apa.
"Jihyo sedar selama ni Jihyo banyak buat salah. Jihyo pentingkan diri Jihyo. Makin nak habis sekolah, makin besarlah ego Jihyo. Tapi, lepas apa yang terjadi dalam tempoh sebulan ni, Jihyo rasa ada yang kosong dalam hidup Jihyo." panjang lebar luahan Jihyo kepada Jeongyeon.
"You miss Niel right?"
Jeongyeon mengusap kepala Jihyo.
Entah kenapa, mendengarkan nama Niel, hati Jihyo sebak. Seakan-akan rasa bersalah yang menggunung membebankan Jihyo untuk menanggungnya.
"I.. I.. Mollayo,"
Jihyo menafikan pertanyaan Jeongyeon.
"Mulut boleh tipu. Hati tak. Jeongyeon tahu Jihyo rindukan dia. One day, you'll find out the truth. Trust me~"
Jeongyeon berlalu pergi.
Jihyo yang mendengar percakapan Jeongyeon, menghadam kata-kata Jeongyeon secara perlahan-lahan.
Ya. Hati kita siapa yang tahu isinya. Hanya kita dan Tuhan Yang Esa yang tahu.
-----
"Sehun~"
Irene mencuit bahu Sehun yang sedang membaca majalah di perpustakaan sekolah itu.
Sehun yang sedang leka, mengendahkan kehadiran Irene.
"Apa yang Sehun tengah baca?"
Irene dengan sambil lewa duduk di kerusi kosong, bersebelahan dengan Sehun.
"Sudah terang lagi mahu bersuluh," jawapan sarkastik Sehun keluar.
Irene tersentak.
"I know it's a magazine but what was it about?"
Irene terasa kekok seketika namun dia cuba mengawal keadaan itu.
"Cars. Ladies won't get interested."
Sehun membelek muka surat yang baharu.
Irene mengangguk perlahan.
![](https://img.wattpad.com/cover/166765406-288-k337583.jpg)
YOU ARE READING
REFRAIN || KDN X PJH [✔]
FanfictionRefrain bermaksud tahan diri daripada melakukan sesuatu. Itulah Kang Daniel. Akibat suka akan kawan baiknya sendiri, Daniel menahan dirinya daripada meluahkan perasaan sebenar kepada si dia. Daniel tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang su...