10

62 5 0
                                    

"Jihyo!"

Jihyo yang sedang mengemas beg sekolahnya untuk pulang ke rumah berhenti setelah seseorang memanggil namanya. Jeongyeon berdiri di pintu kelas A5. 

"Oh, Yeon~ Yes?"

Jihyo memandang Jeongyeon.

"Aku nak cakap tentang Niel," dengar sahaja nama Daniel, riak wajah Jihyo yang sebentar tadi memberi senyuman kepada Jeongyeon, berubah.

"Kenapa dengan Niel?"

Jihyo bertanya. Dia cuba mengawal ekspresi wajahnya.

Jeongyeon berjalan ke arah Jihyo. Dia menarik kerusi yang menjadi milik Jihyo lalu duduk menghadap Jihyo.

"Kau rasa aku nak cakap tentang apa?"

Jeongyeon cuba memancing Jihyo. Tiada lagi panggilan nama sahaja antara mereka berdua.

Jihyo hanya mengangkat bahu.

"No idea,"

Jihyo kembali mengemas beg sekolahnya, memasukkan segala buku yang perlu dibawa pulang.

"Don't you realized that you've changed Jihyo?"

Jeongyeon merenung Jihyo yang seakan-akan cuba memekakkan telinga.

"Since when I've changed?" mata Jihyo masih tidak lepas daripada beg sekolahnya.

"Kau nak aku lempang kau atau apa? Look Jihyo. Aku datang sini bukan nak cari gaduh tapi kau sebenarnya sekarang dah lupa diri. Mana perginya Jihyo yang aku kenal, kawan kepada Niel? Aku tengok kau bukan lagi Jihyo yang dulu. Kau lebih pentingkan kekasih cap ayam kau yang kau baru kenal selama 2 tahun tu berbanding kawan kau yang kau dah kenal lebih dari 10 tahun. Kau nampak je Niel macam okey tapi dekat dalam, kau rasa apa yang dia rasa? He's not him anymore Jihyo."

Jeongyeon terus bangun lalu beredar, meninggalkan Jihyo yang tergamam dengan kata-kata Jeongyeon.

-----

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Jihyo memikirkan tentang kata-kata Jeongyeon.

"Betul ke aku dah lupa diri?" hati Jihyo berdetik.

PIN! PIN!

Hon kereta Audi putih berbunyi.

Jihyo yang sedang mengelamun, terkejut dengan bunyi hon tersebut.

Kereta Audi putih itu berhenti di hadapan Jihyo menyebabkan Jihyo terberhenti berjalan.

"What the..."

Jihyo menahan dirinya sendiri daripada mengeluarkan perkataan kasar.

Pintu kereta di bahagian pemandu terbuka.

Jihyo tertinjau-tertinjau pemandu yang masih tidak keluar daripada jok pemandu.

"Siapa pula yang berhenti mengejut ni?"

REFRAIN || KDN X PJH [✔]Where stories live. Discover now