Wanna One last hari ini 😭
Sedihnya...
Let's support each one of Wanna One members today, tomorrow and always, okay?
Sayang semua~
-----
"Hey Jihyo,"
Sehun menyapa setelah melihatkan Jihyo bersama Daniel berjalan di hadapannya.
Jihyo berhenti berjalan. Begitu juga Daniel. Sehun terus mendekatkan dirinya kepada Jihyo.
"Yes Sehun?"
Jihyo bertanya, membuat riak wajah yang penuh dengan tanda soal.
"Petang ni free tak?"
Sehun bertanya.
Daniel yang berada di sebelah Jihyo bagaikan tidak wujud buat seketika.
"Mamat ni kalau tak buat aku meluat dalam sehari tak sah agaknya?"
Daniel menggumam sendirian.
"Free je. Waeyo?"
Jihyo menyoal kembali.
"Date kkaja?" sejurus sahaja Sehun mengungkapkan perkataan itu, mata Jihyo membesar. Begitu juga Daniel yang mendengarnya.
"Wow. Kau dah melebih ni Sehun,"
Daniel mencelah setelah lama berdiam diri. Perasaan cemburu menerjah ruang hati Daniel.
"Apa yang melebihnya? Kau bukannya ada apa-apa dengan Jihyo pun!" nada suara Sehun kedengaran seperti separuh menjerit.
Pelajar yang lalu-lalang di koridor kelas bahagian Grade 3 mula memerhatikan mereka bertiga.
"Eh, ada pelajar bergaduhlah,"
"Tu Jihyo kan?"
"Wah, untungnya jadi dia! Ada pelajar rebutkan dia,"
"She's damn lucky,"Begitulah bisikan suara-suara diantara pelajar-pelajar yang lain. Ramai pelajar mula memenuhi ruang koridor itu.
"Niel. Sehun. Hajima! People are watching us,"
Jihyo mula berasa tidak selesa.
Silap hari bulan, terpampang pula wajahnya, wajah Daniel dan wajah Sehun di media sosial gara-gara masalah ini sahaja. Bukannya Jihyo tidak tahu, berita sebegini memang akan menjadi topik hangat para pelajar TOS High.
-----
"Kenapa kau setuju keluar dengan dia?"
Daniel bernada tidak puas hati. Dia merenung tajam ke arah Jihyo.
Baru sahaja sebentar tadi mereka berdua berbaik, kini sudah bergaduh semula. Apalah hendak jadi.
Sejurus Jihyo memberi jawapan ya kepada Sehun, Daniel terus menarik tangan Jihyo, membawanya ke atas bumbung sekolah.
Sekarang ini, mereka berdua sedang menghadap satu sama lain, bersaksikan langit yang cerah.

ANDA SEDANG MEMBACA
REFRAIN || KDN X PJH [✔]
Fiksi PenggemarRefrain bermaksud tahan diri daripada melakukan sesuatu. Itulah Kang Daniel. Akibat suka akan kawan baiknya sendiri, Daniel menahan dirinya daripada meluahkan perasaan sebenar kepada si dia. Daniel tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang su...