"Take care of yourself."
"Bila dah sampai nanti beritahu tau."
"Heron, jangan lupa call family selalu. Tak kira lah ada masalah ataupun tak."
Heron hanya anggukkan sahaja kepala mendengar pesanan daripada keluarganya. Sejak dari dalam kereta lagi mereka tidak henti memberikan nasihat.
Dia tahu bahawa dia akan berjauhan dengan keluarga dan tinggal di negara orang. Itu adalah satu pengalaman baharu bagi Heron. Sejak dulu lagi, dia teringin nak belajar di London.
"Ya, Heron akan beritahu." Jawabnya lembut.
"Barang Heron semua dah cukup?" Tanya ayah kepadanya.
"Sudah. Duit pun cukup. Kalau macam tu...Heron dah nak pergi ni."
Mereka berpelukkan untuk kali terakhir. Ibu dan ayah memberikan ciuman pada dahi dan kepala Heron sebelum melepaskan gadis itu pergi daripada pangkuan mereka.
Semua perasaannya bercampur-baur ketika itu. Tidak tahu mahu sedih ataupun gembira.
Heron melambai ke arah ibu dan ayahnya dari jauh sebelum kelibatnya hilang dari pandangan.
Kaki membuka langkah memasuki kapal terbang. Heron mengambil tempat duduknya yang bersebelahan dengan tingkap kapal terbang.
Kapal terbang semakin ramai dipenuhi dengan manusia. Masing-masing mengambil tempat duduk dan ada juga yang menyimpan beg mereka. Heron membuka beg tangan miliknya dan membuka telefon.
Tiba-tiba, masuk satu nombor yang tidak dikenali membuat panggilan pada telefon miliknya.
'Nombor yang sama. Aku pelik lah dengan empunya nombor ni.' Desisnya dalam hati.
Butang merah ditekan membatalkan panggilan. Heron tidak suka menyambut panggilan daripada nombor yang tiada dalam kenalannya.
Dia takut kalau-kalau nombor itu daripada orang jahat. Tapi, nombor itu selalu membuat panggilan pada telefon Heron.
Sudah banyak kali juga Heron tidak mengangkat panggilan tersebut. Pelik sangat kalau nak dikatakan salah nombor.
Sejak tahun lepas lagi, nombor itu membuat panggilan dan dalam sebulan pasti 2-3 kali nombor itu akan call dia. Heron pun tidak beritahu pasal nombor itu pada keluarganya. Takut pula mereka akan risaukan Heron.
Dia berhenti daripada terus-menerus memikirkan hal itu. Pandangannya di alihkan memandang ke luar tingkap. Dapat dia lihat ada lagi beberapa buah kapal terbang yang masih menunggu masa untuk berlepas.
Tangannya menyelongkar isi di dalam beg tangan mencari earphone miliknya.
"Eh? Apa benda ni?"
Barang yang disentuh olehnya itu dikeluarkan daripada beg tangannya. Ianya sebuah key chain yang tertera mamita.
'Bila masa ayah dan ibu bagi benda ni dekat aku?' Monolognya.
Key chain itu dibelek-belek. Cantik sebab key chain itu diperbuat daripada emas asli dan dihiasi dengan beberapa corak bunga di sisinya.
Mamita?
Heron pernah tengok perkataan itu yang bermaksud mammy, ibu? Daripada bahasa Sepanyol.
Dia bukanlah tahu sangat bahasa Sepanyol. Yang dia tahu, sí(ya), buénos días(selamat pagi), gracias(terima kasih) dan adíos(selamat tinggal/bai).
"Ah, whatever."
Mungkin, ayah yang masukkan ke dalam beg tangan dia masa dia tidak sedar mungkin. Tapi, bila masa ayah pandai bahasa sepanyol?
Mereka bukannya keturunan daripada berbangsa Latin.
Dia masukkan semula key chain tersebut ke dalam beg tangan. Earphone diambil lalu disumbatkan ke dalam telinga. Dia lebih suka mendengar lagu dan berada dalam dunia sendiri.
Tidak lama kemudian, kapal terbang berlepas ke udara. Pemandangan di luar tingkap dipenuhi dengan awan-awan dan dapat Heron lihat keadaan bumi dari langit yang tinggi.
Macam dalam peta.
Bahu Heron ditegur oleh seseorang.
"What?" Tanya Heron dengan nada yang sedaya upaya dikawal.
Perasaan geramnya juga turut dikawal supaya tidak bercakap menggunakan kata-kata yang kasar. Dia paling pantang kalau orang mengganggu dia ketika mendengar lagu.
"Do you want some food?" Tanya pramugari itu padanya.
Heron melihat ke arah pramugari yang membawa troli makanan itu.
"No, thanks. I'm not hungry yet." Senyumnya nipis ke arah pramugari tersebut.
"Sorry for disturbing you miss." Kata pramugari itu sebelum berlalu meninggalkan tempat duduk.mereka.
Kacau betul.
Lebih baik dia tidur. Tak ada lah yang ganggu dia nanti.
YOU ARE READING
ESPIARTE MAMITA...
RandomDia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan dia semenjak pindah ke London. Kata-kata ibu dan ayah berlegar di fikirannya. 'Ibu dengan ayah bukan tak nak kamu sambung belajar di London. Cuma.. rasa keberatan nak lepaskan kamu belajar d...