11 HEARTBEAT

228 14 0
                                    

Pagi itu, dia bangun awal seperti hari-hari biasanya. Jam digital yang melekat pada dinding bilik diperhati olehnya lama.

7:15 a.m.

Suasana bilik yang bertemakan warna kelabu biru itu ditenung dengan tanda soal. Matanya tertancap pula pada satu baju gaun berwarna biru yang tergantung cantik di depan almari.

Wait, is that my DRESS?! And..where am I?!

Badannya disentuh dan.. ianya baju tidur. Baju tidur siapa pula yang dia pakai ni?

Dan, bilik siapa ni?

Apa yang jadi semalam eh?

"Hey, what happen to your neck?" Tanya Putera Hanz padanya.

'Ehhh, bukan yang tu. Ishh, Apa benda yang dia lupa pasal semalam?'

Yang pasti semalam dia balik dengan Bella dan yang lain. Nak kata ini bilik dia jauh sungguh dengan sangkaannya.

Kaki diatur menuju ke bilik air. Mukanya dibasuh menghilangkan rasa mengantuk. Wajahnya sudah kembali seperti asal. Tiada tanda-tanda kemerahan dan rasa gatal.

Heron melangkah keluar dari bilik tersebut dan mencari anak tangga menuju ke ruang tamu. Rumah agam itu kelihatan amat sunyi. Seakan-akan hanya dia seorang sahaja yang mendiami rumah tersebut.

Kaki mengatur langkah menuju ke arah dapur. Orang pertama yang dia lihat adalah Leo dan memang hanya Leo seorang yang berada di dapur. Lelaki itu tersengih ke arahnya.

"Come here, baby. Take your breakfast." Ajak Leo lembut padanya.

Heron dapat lihat sepinggan pancake dan air susu segar yang sudah disediakan di atas meja.

Am I still asleep or this is just a dream?

Dengan sekelip mata Heron diangkat oleh Leo dan diletakkan duduk di kerusi yang bersebelahan dengan lelaki itu. Heron tidak berkelip dan langsung tidak membuka mulut. Sarapan pagi yang disediakan itu dipandang kosong.

"Nak aku suapkan kah?" Kata Leo dengan suara serak basahnya itu.

Rasa takut dalam dirinya membuatkan seluruh badan Heron menggigil dan berasa sejuk.

"App..Apa aku buat dekat sini?" Tanya Heron mengawal suaranya yang sedikit menggigil.

"What are you doing here..?"

Leo sengaja mengulang semula pertanyaan gadis di depan matanya itu. Matanya dalam merenung anak mata Heron membuatkan Heron tidak keruan di tempat duduknya.

"Well, aku bawa kau balik rumah aku sebab semalam hujan ribut kuat sangat. Tak boleh nak bawa kau balik apartment."

"Kkk..haha..kau sorang je kah dalam rumah ni?"

"Looks like you can't remember what happened last night."

Sengaja Leo dekatkan jarak wajahnya dengan muka Heron yang semakin kemerahan itu. Leo suka menyakat Heron dengan cara begitu. Heron apabila malu kelihatan sangat.. cantik. Leo dekatkan lagi jarak wajahnya sehingga dia dapat rasakan hembusan nafas hangat daripada Heron.

"Kau buatkan aku rasa macam nak gigi.."

BUKKK

Terkejut Heron dibuatnya. Kepala Leo terteleng ke kanan menerima tumbukkan kuat daripada Claire. Degupan jantung Heron mulai reda.

"Auch, fuck you!" Sumpah Leo sambil mengusap pipi kirinya yang menerima tumbukkan kuat daripada Claire.

"Muka kau ni memang tak boleh dipercayai langsung. Nasib baik aku yang tengok. Kalau Noven?" Sindir Claire sinis pada Leo.

Tidak lama kemudian, wajah Noven yang ceria itu muncul di dapur. Noven menghadiahkan senyuman yang sangat manis. Terutamanya apabila lelaki itu bertemu dengan Heron.

Jauh sungguh perwatakannya dengan Putera Hanz.

"Hola, mamita." Tegur Noven lembut pada Heron.

Lelaki itu terus mengambil duduk di sebelah Heron. Sekali lagi dia duduk diantara dua orang jejaka.

"Your blushing, mamita."

"Errmm..Claire, asal kau tak bawa aku balik terus ke apartment?"

Heron abaikan teguran daripada Noven. Dia rasa sangat-sangat kurang selesa ketika ini. Duduk bersebelahan dengan Leo sudaa cukup menbuatkan dia berdebar, apatah lagi kalau ditambah dengan Noven. Rasa macam nak pecah je jantung dia mengepam oksigen keluar masuk.

"Semalam hujan ribut. Jadi, kitorang bawa lah kau balik ke rumah mamat gila ni, memandangkan Bella dan Val nak spend their night together."

"And..who's change my.." Heron menunjukkam ke arah tubuh badannya yang masih bersarung baju tidur itu.

"Ohh, that's my pajamas. Aku yang tukarkan. Semalam kau penat sangat sampai tertidur. Takkan aku nak biarkan kau tidur dengan dress tu. Rosak pula baju mahal tu nanti."

Nafas lega dihembus keluar. Heron rasa bersyukur sangat masih ada Claire yang bantu dia kalau Leo menggila.

"Kau ada apa-apakan dia kah Leo?" Tanya Noven tegas pada rakannya itu.

"Nope. Aku tak apa-apakan dia pun. Sudahlah, aku nak pergi kerja." Jawab Leo dingin.

"Anyway, ni aku bawakan pakaian untuk kau pakai. Aku nak pergi kelas dulu. Bai."

Claire meletakkan beg kertas yang berisi pakaian itu di atas meja meninggalkan Heron dan Noven berduaan di dapur. Keadaan kembali sunyi.

Noven senyum ke arah Heron memerhati gadis itu menyuapkan sarapan ke dalam mulutnya.

"Why you ignore me?"

Heron diam. Tangan kanannya mencapai gelas yang berisi susu segar itu lalu diteguknya sedikit. Noven masih menanti jawapan di sisinya bersama senyuman nipis yang tidak pernah lekang dari bibir lelaki itu.

Memang sangat jauh beza dengan Putera Hanz yang dia kenal semalam.

"I didn't mean to act like that. It feels awkward when you talk to me."

Noven angguk tanda faham. Heron kembali menjamah sarapan paginya yang sudah separuh habis itu.

"We need to know each other. So, you'll not feeling awkward when we talk like this." Bisik Noven padanya.

Suara garau milik lelaki itu jelas kedengaran pada telinga kanannya. Membuatkan bulu romanya naik kegelian.

"Hehe.. tak perlulah sampai macam tu. Cukup setakat kenal macam kawan baik selalu buat."

"Okay, mamita."

Noven menyentuh belakang tangan Heron lalu mengusapnya lembut. Heron tarik perlahan-lahan kerana rasa kurang selesa diperlakukan sebegitu.

"Noven...can I ask you something?"

"Ofcourse."

"Kau ada adik?"

Noven memandang wajah Heron bersama sebelah keningnya terangkat tinggi.

"Adik? Aku tak ada adik-beradik. It just me, mamita. Aku anak tunggal." Senyum Noven menjawab soalan Heron.

"Ohh..okay."

"Why?"

"Ermm, nothing. It just... your face same with Prince Hanz."

"Pri..What? Prince Hanz? From Spain?"

"Yeah."

"Ohhh, biasalah. Muka aku hensem sangat sampaikan Putera Hanz copy muka aku yang hensem ni."

"Hahaha, pandai kau melawak."

Heron layankan sahaja perangai happy go lucky Noven itu. Mungkin, memang betullah pelanduk dua serupa. Tak mungkin Noven seorang Putera.

Kalau Noven memang seorang Putera, sudah pasti dia tidak akan berkawan dengan Claire, Leo, Val dan Bella yang berperwatakan liar itu.

VOTE AND ENJOY *^O^**^O^**^O^*

ESPIARTE MAMITA...Where stories live. Discover now