UNIVERSITYCONGRATULATION! Miss Riverra. You're invited to join Dinner Royal Night. For more information, please meet Professor Green after class.
Heron berhenti seketika menyuap makanan tengahari ke dalam mulutnya. Heron mendapat pesanan daripada pihak universiti mengenai jemputan tersebut. Keluhan berat meniti di bibirnya. Namun,..
"AAaa! Heron, look what i've got."
Bella teruja menunjukkan sesuatu pada Heron. Ianya benda sama yang Heron dapat. Iaitu pesanan mengenai jemputan Dinner Royal Night. Heron ingatkan hanya dia seorang yang dijemput. Rupanya, Bella pun salah seorang daripadanya.
"I'm so excited, now. Ini untuk kali kedua aku dijemput."
"Ohhh, memang setiap tahun benda ni diadakan, kah?"
Kalau boleh, dia memang tak nak datang. Dia malas mahu berada dalam majlis yang ramai orang. Lebih-lebih lagi bersama orang yang mempunyai martabat tinggi.
"Yeah, memang setiap tahun. Tapi, pada universiti yang tertentu dan pada orang yang tertentu. Kau dapat tak?"
Tanpa sebarang kata, Bella terus merampas telefonnya dan melihat pada skrin telefon yang masih memaparkan pesanan tersebut. Bella kembali dengan jeritan nyaringnya.
"Yea, tahun ni kau teman aku! Lepas kelas nanti kita jumpa Prof. Green."
"Hehe.. kalau aku tak nak? Tak boleh kah?"
Bella memandang mukanya dengan pandangan yang masam. Seakan-akan mahu Heron bersamanya datang ke majlis itu.
Tapi, dia tidak mahu. Dia tak suka kalau malamnya diganggu sebab hanya waktu malam sahaja dia boleh berehat.
"Tak, kau mesti ikut aku. Kalau kau kawan baik aku, kau tak akan menolak. Please, it only once a year." Bella memujuk Heron supaya mengikutinya.
Heron berfikir dua tiga kali mahu membuat keputusan. Sebab, hatinya sedikit terkesan dengan ayat terakhir Bella sebentar tadi.
"Errr, okay. I'm in. But, tell me what is Dinner Royal Night?"
Heron kembali menyambung suapan dalam mulutnya sambil menanti Bella mahu menerangkan mengenai majlis tersebut.
"Dinner Royal Night, adalah majlis makan malam bersama keluarga diraja London. Majlis ni terhad kepada orang yang tertentu sahaja. Tapi, tahun ni akau tak tahulah berapa ramai pelajar universiti ni dijemput. Sebab, 2 tahun lepas hanya 5 orang sahaja yang dijemput. 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan."
"Ohhh, lagi.."
"Lagi satu, majlis ni tak ada lah lama sangat. Dalam 2-3 jam bermula dari pukul 8-10 malam."
Tak lama minah ni cakap? Sejam bagi dia pun dah rasa macam bertahun lamanya. Ini pula 2-3 jam.
"Yang paling seronoknya adalah, kau dapat jumpa ramai lelaki kacak."
"Hmmm.. habistu kau nak letak Val dekat mana? Dekat lutut?"
"Eh, Val sentiasa dalam hati aku. Lagipun, Val tetamu VVIP yang selalu dijemput setiap tahun. Jadi, aku tak risaulah kalau tak ada pasangan lelaki dengan aku. Sekali-sekala cuci mata. Hehek."
Gatal juga minah ni rupanya. Macam mana lah perasaan Val kalau tahu kekasih dia gatal dalam diam.
Tidak lama kemudian, satu pengumuman dibuat memanggil Heron dan Bella ke pejabat dekan. Mereka berdua memandang antara satu sama lain.
"Bukankah, kita perlu jumpa Prof. Green lepas kelas?"
"Entahlah, apa pun kita pergi je lah. Aku excited giler, beb!" Jerit Bella sekali lagi.
YOU ARE READING
ESPIARTE MAMITA...
RandomDia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan dia semenjak pindah ke London. Kata-kata ibu dan ayah berlegar di fikirannya. 'Ibu dengan ayah bukan tak nak kamu sambung belajar di London. Cuma.. rasa keberatan nak lepaskan kamu belajar d...