12 NEW PHONE

212 10 0
                                    

Matanya lama merenung pada tiga keping gambar yang berada di tangannya itu. Dua per tiga daripada gambar itu adalah gambar seorang gadis berambut coklat. Satu daripadanya pula adalah gambar seorang lelaki sudah berusia yang memakai mahkota di kepalanya. Matanya silih ganti memandang ketiga-ketiga keping gambar itu.

"Kau yakin budak ni anak kepada King Hillary?"

Frose mengangguk dengan pertanyaan bosnya.

"Lagipun, banyak persamaan yang aku dapati pada budak ni dengan King Hillary. Contohnya, muka budak ni seiras dengan muka King Hillary sewaktu masih bayi."

Frose menghulurkan sekeping gambar seorang bayi lelaki dan sekeping gambar seorang bayi perempuan kepada bosnya.

Mata menatap kedua-dua keping gambar yang dihulurkan oleh Frose kepadanya. Memang nampak sangat sama. Tapi, kurang meyakinkan dirinya. Dia perlukan bukti yang lebih kukuh untuk mempercayai gadis itu adalah anak kepada King Hillary.

"Kalau macam tu..aku nak kau cari budak ni dan bawa dia jumpa aku. Kita buat DNA test."

♕◆♕◆♕◆♕◆♕

Pandangannya beralih pada Noven yang teliti memilih sayur-sayuran di situ. Dia melihat ke arah troli yang sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis barang dapur di dalamnya. Hampir setengah jam Heron menemani Noven memilih barang dapur atas permintaan ibu Noven.

Dia teringatkan Puteri Rubyen yang ingin membawanya jalan-jalan pada hari ini. Tapi, minah tu tak cakap pun bila nak ambil dia ataupun bila mahu keluar bersama. Rasa bersalah menjengah dirinya apabila memikirkan semula tentang Puteri Rubyen. Dia takut kalau Puteri Rubyen ketika ini sedang mencarinya. Heron mulai merasa bosan.

Tiba-tiba, satu susuk tubuh seorang gadis berdiri di sebelahnya. Gadis itu tersenyum gembira melihat Heron.

"Eh, Put.."

"Ha! Jumpa pun. Puas saya cari awak dekat rumah tadi. Jom..jom."

Serta-merta lengannya ditarik oleh Puteri Rubyen.

"Ehh, kejap. Saya perlu.."

"Alah jom lah. Nanti abang saya marah pula nanti. Habis saya kena bebel sebab awak tak ada dekat rumah." Luahnya pada Heron.

Heron dibawa pergi oleh Puteri Rubyen tanpa diketahui langsung oleh Noven. Langkah kakinya mengekori Puteri Rubyen yang dijaga ketat oleh tiga orang pengawal disisi gadis itu. Rasa rimas lah pula.

"Inilah kali pertama saya dapat jalan-jalan dengan kawan." Kata Puteri Rubyen memotong kesunyian antara mereka berdua.

"Ohhh, awak tak ada kawan kah sebelum ni?"

"Ada.. itu pun kawan-kawan yang bertaraf diraja. Abang tak benarkan sangat saya berkawan dengan orang luar atas faktor keselamatan diri. Such a paranoid brother."

Heron hanya senyum mendengarkan Puteri Rubyen mengutuk abangnya sendiri. Tak sangka Puteri Rubyen seorang yang humble.

Cara percakapan gadis itu langsung tidak menggunakan bahasa istana. Ya lah, boleh nampak dari segi minah ni bercakap dengan abangnya sendiri. Ber'aku' 'kau'.

"Abang, Ruby dah jumpa dia." Tunjuk Puteri Rubyen kepada abangnya.

Putera Hanz melirik tajam memandang wajah Heron. Muka mamat ni memang iras sangat dengan Noven. Mungkin, ini ramalan kepada wajah Noven ketika marah. Perft, merepek.

"Mana kau jumpa dia?"

"Dekat groceries. Jomlah, kita pergi ke kedai telefon." Desak Puteri Rubyen pada abangnya.

ESPIARTE MAMITA...Where stories live. Discover now