13 I'M SCARED..

228 13 0
                                    

Dagunya disentuh dan dinaikkan sedikit oleh lelaki itu memandang wajah Noven. Mata coklatnya bertembung dengan anak mata hitam pekat milik Noven.

"Mamita, stay here. I'll be back."

Noven keluar daripada perut kereta. Secara automatik kesemua pintu dikunci dari dalam. Degupan jantungnya bertambah laju melihatkan empat orang lelaki tegap itu mendekati Noven.

Lagak mereka berempat seperti orang jahat yang mahu mencari pasal dengan Noven. Dia yang berada di dalam kereta pula merasa lebih takut ibarat dirinya yang sedang bertentangan dengan empat orang penjahat itu.

Tiba-tiba, salah seorang daripada mereka menumbuk wajah Noven. Air mata Heron bertakung melihat situasi yang ngeri itu di depan mata. Aksi tumbuk-menumbuk itu semakin ganas.

KRINGGG

Telefon Noven yang tertinggal di dalam kereta berdering nyaring tanda ada seseorang yang menelefon. Sepantas kilat, dia menjawab panggilan tersebut yang tertera nama Leo.

"Leo! Leo, kau kena datang selamatkan Noven!" Jeritnya kuat ketakutan.

"Aku on the way. Tapi, kau pandai drive kereta?"

Heron bergetar di tempatnya duduk. Degupan jantung semakin laju.

"Yyes. I can."

"Aku nak kau drive keluar daripada situ. Now!" Arah Leo tegas.

Heron berganjak mengambil tempat di tempat duduk pemandu.

Namun, bila difikirkan balik. Dia tidak biasa pandu kereta secanggih ini. Kereta jenama McLaren 720s itu terlampau canggih dan dia langsung tidak boleh berfikir dengan waras ketika itu disebabkan terlalu takut. Apa yang di fikirannya cumalah, takut dan mahu menangis.

Badannya kaku di tempat duduknya sendiri. Sampailah satu tahap pintu kereta disebelah kanannya dipukul kuat dari luar.

BAKKK

BAKKKKK

"Argh!"

Heron menekan pedal minyak membuatkan kereta mencapai pada tahap kelajuan maksimum. Kereta dipandu ke hadapan melanggar dua orang lelaki jahat yang menumbuk Noven tadi. Nasib menyebelahi Noven kerana dia sempat mengelak daripada dilanggar oleh keretanya sendiri.

Heron bukanlah hanya melanggar dua orang lelaki jahat itu tetapi, termasuk melanggar dua buah kereta tersebut. Kepalanya terhantuk pada stereng kereta akibat menerima hentaman kuat melanggar dua buah kereta tersebut. Dahinya mengalirkan darah yang banyak dan kepalanya terasa amat pening.

Noven mendekati kereta miliknya yang hancur remuk di bahagian depan dan tepi kereta.

"Hey.. Hey... you'll fine, mamita." Suara Noven kedengaran amat dekat dengannya.

Pandangan Heron sedikit kabur melihat kelibat Noven yang berada di depannya. Noven masuk ke dalam kereta dan Heron dibawa duduk di atas pangkuannya. Gadis itu kelihatan sangat lemah.

BANG

Mereka mulai menembak dari belakang apabila Noven berjaya mahu melarikan diri. Tanpa berfikir panjang kereta dipandu dengan laju membawa mereka lari daripada situ.

"Erghh, Noven...sakit.." rengek Heron pada Noven.

Darah banyak mengalir. Namun, Heron masih dapat menahannya tanpa membiarkan dirinya pengsan sekalipun.

"Sorry, Mamita. Kau akan okey. Trust me." Bisiknya perlahan pada Heron.

Pipi gadis itu dikucupnya lembut. Memberi kekuatan kepada Heron.

Heron dapat lihat wajah Noven sedikit lebam di bahagian bibir dan mata akibat bertumbuk dengan empat orang penjahat itu tadi. Wajahnya habis dilumuri dengan darah yang pekat.

Kereta dipandu dengan tahap kelajuan yang tinggi. Dapat Noven lihat melalui cermin sisi sebuah kereta hitam mengejar mereka dari belakang dan melepaskan beberapa tembakan ke arah mereka. Pedal minyak ditekan sekuat hati menjauhkan lagi jarak antara keretanya dan kereta yang sedang mengejar dari belakang.

Kereta membelok ke kiri di mana Leo dan yang lain menanti kedatangannya. Seperti yang dijangka, empat buah kereta dan salah seorangnya adalah Leo. Kereta miliknya diberhentikan dan keluar membawa Heron bersamanya.

"What happen, dude?" Tanya Val risau pada Noven.

"No more talking. Leo, I need you to take care of Heron." Arah Noven pada Leo.

Heron yang separuh sedar itu masih dapat melihat wajah Noven yang sedikit kabur. Leo mengangguk dan membawa Heron masuk ke dalam kereta miliknya.

Heron diletakkan pada tempat duduk yang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu. Leo mengoyakkan lengan baju sebelah kanannya lalu dibalutkan pada dahi Heron supaya dapat menghentikan darah tersebut daripada mengalir lebih banyak.

Dia dapat rasakan betapa dekatnya jarak wajah antara dia dan Leo.

"You'll be fine, baby." Kata Leo mengusap lembut pipinya.

Dapat dia rasakan kehangatan bibir Leo bercantum dengannnya.

Llleo..Leo give me a kiss?!

He stole my first kiss!

Namun, apa yang boleh dia buat selain daripada hanya terbaring kaku dan lemah. Mahu melawan, tiada tenaga dengan keadaannya yang separuh sedar itu.

Kereta dipandu laju membelah jalan raya cuba untuk membawa Heron lari daripada situ. Gegendang telinganya dapat menangkap bunyi tayar kereta bergeser dengan jalan tar cuba mencengkam tanah untuk memberhentikan kereta.

Heron terkejut melihatkan Leo yang tiba-tiba sahaja ketawa disebelahnya. Ditangan lelaki itu terdapat pistol dan sebilah pisau lalu keluar daripada kereta.

Entah apa yang berlaku di luar sana, dia pun tidak tahu.

Kepalanya semakin pening dan pandangannya juga semakin kabur. Heron berasa letih tidak mampu menahan lagi kecederaan pada dahinya itu.

Perkara terakhir yang dia lihat adalah, Leo kembali ke dalam kereta dalam keadaan badannya dilumuri dengan darah yang pekat.

Akhirnya, pandangannya gelap.







ESPIARTE MAMITA...Where stories live. Discover now