Kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang disewa olehnya. Apartment itulah yang akan menjadi rumah baharunya di London. Bilik yang disewa olehnya cukup luas dan cantik kerana sudah mempunyai dekorasi sedia ada.
Pintu ditolak ke tepi dan melangkah ke arah balkoni. Terserlah pemandangan kota London dari tingkat atas. Bangunan-bangunan yang unik dan mempunyai pelbagai bentuk serta ketinggian.
Ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ke London. Betapa dia teruja melihat bandar raya yang indah dan dipenuhi dengan kenderaan. Banyak-banyak kenderaan yang paling dia suka lihat adalah bas bertingkat 2 berwarna merah itu.
Entah kenapa, baginya bas itu adalah satu-satunya bas yang paling unik walaupun sebelum ini dia sudah banyak kali melihat bas bertingkat.
Heron membuka kamera di dalam telefonnya dan mengambil dua keping gambar bandar London. Gambar itu akan dihantar olehnya kepada ibu dan ayah.
"Done."
Selesai menghantar pesanan kepada ibu dan ayah, dia menuju ke arah dapur. Dapur juga kelihatan luas dan sudah disediakan peralatan memasak serta dekorasi dapur yang lainnya.
Tidak sia-sia dia menyewa bilik di apartment ni. Semuanya sudah disediakan dan hanya perlu bawa diri saja.
KRUKK~~~
Perutnya mendendangkan gendang yang kuat menandakan dia kelaparan.
"Erggh, I didn't buy any ingredients yet." Keluhnya seorang diri.
Kalau bahan pun dia belum beli, apatah lagi makanan ringan yang lainnya.
"Aku tak tahu lah selok-belok tempat ni."
Heron menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Hmm, apa susah. Guna lah google map. Kan senang. Zaman canggih, benda boleh cari, buat apa jadi kuno.
Baru sahaja dia ingin membuat carian dalam Google, loceng biliknya ditekan dari luar.
"Ishh, siapa pula yang ganggu ketenangan aku ni?" Rungutnya seorang diri.
Heron meletakkan telefonnya di atas sofa dan menuju ke arah pintu utama. Dia membuka pintu dan ianya kosong. Kepalanya ditolehkan ke kiri dan kanan.
Dia pandang bawah dan ada sebuah bakul yang dipenuhi dengan makanan seperti coklat, roti, jem coklat dan pelbagai lagi.
'Is there someone stalking me?' Bisiknya dalam hati.
Bakul itu dibawa ke dalam tangannya. Terdapat sekeping surat yang dilipat dua. Surat itu dibuka lalu dibaca olehnya.
Here some food for you, Mamita. Bon appetíte.
Dahinya berkerut membaca surat tersebut. Pelik.
Sekali lagi Heron jumpa perkataan Mamita.
Mungkin, memang bahasa sopan yang selalu dipakai oleh orang berbangsa Latin agaknga. Heron malas mahu memikirkan siapa yang menghantar sebakul makanan itu kepadanya.
Yang penting sekarang ini, dia sudah dapat makanan dan tidak perlulah bazir tenaga untuk turun beli makanan. Surat itu dia lekatkan pada papan putih yang sedia tergantung pada dinding yag bersebelahan dengan dapur.
Ting!
Ting!
Telefonnya berdering menandakan ada pesanan masuk. Heron membuka telefonnya dan melihat siapa yang menghantar pesanan kepadanya.
Family group
Unknown ***
Dia membaca terlebih dahulu pesanan daripada Family group. Selesai berbalas mesej di dalam Family Group, Heron membuka pula pesanan yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu.
Dan, ianya nombor yang selalu membuat panggilan pada telefonnya. Kali ini nombor misteri itu berani menghantar pesanan kepadanya.
Perasaan seram sejuk menyelubungi dirinya. Dia paling takut kalau-kalau ada orang yang memantau gerak-gerinya.
Unknown
How was the food, Mamita?
Heron membalas dengan hanya mengucapkan terima kasih. Dia malas mahu balas mesej tersebut berlebihan.
Nak kata dia ada kawan di London, memang lah ada, Jenica. Tapi, Jenica yang asal London tinggal di New York. Bukannya tinggal di London.
Lagi satu, dia ada simpan nombor Jenica dan Jenica tak akan guna bahasa sebegitu bila bercakap ataupun mesej. Tambahan pula, Jenica bukannya kawan rapat dia. Buat apa nak mesej bagai.
Heron tidak menghiraukan nombor misteri itu. Telefonnya yang hampir kehabisan bateri itu dicas.
Selepas mengisi perut dengan makanan yang ada, Heron menuju ke bilik air. Masa untuk dia membersihkan diri!
Pakaiannya dibuka dan dimasukkan ke dalam bakul. Heron membuka paip air panas di dalam tub mandi. Hari ni, dia nak berendam puas-puas sebab esok pasti jadi hari yang memenatkan lagi kerana esok bermulanya hari pertama dia belajar di univerisiti.
Heron membelek wajahnya di hadapan cermin yang besar itu. Ada sesuatu yang pelik pada rambutnya.
"Pendek sebelah? Bila masa aku gunting?"
Rambut yang kelihatan lebih pendek daripada rambutnya yang lain itu dipandang pelik.
"Eee, takkan lah salah gunting."
Tapi, kalau penggunting kedai gunting salah gunting, pasti Heron sudah mengetahuinya lebih awal.
"Ah, lantaklah. Nasib baik tak terlalu ketara."
YOU ARE READING
ESPIARTE MAMITA...
RandomDia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan dia semenjak pindah ke London. Kata-kata ibu dan ayah berlegar di fikirannya. 'Ibu dengan ayah bukan tak nak kamu sambung belajar di London. Cuma.. rasa keberatan nak lepaskan kamu belajar d...