7 THE TRUTH IS..

252 14 0
                                    

Seorang lelaki berkot hitam berjalan mendekati rakan karibnya, Razhel.

"Bro, aku dah dapat maklumat yang kau nakkan tu."

Razhel membuka tablet miliknya yang terpapar profil seseorang pada skrin tablet. Razhel menjelaskan tentang maklumat yang dia dapati itu.

"Apa yang aku dapati, dia berkemungkinan merupakan keturunan Raja England. Pernah suatu masa dahulu, keluarga diraja diburu oleh orang suruhan King Harry atas sebab perebutan takhta. Mereka sedaya upaya untuk hapuskan keturunan Raja England supaya mereka dapat mewarisi England. Namun, salah seorang daripada ahli keluarga Raja England selamat dibawa lari oleh pembantu diraja." Jelas Razhel panjang lebar.

"And then?"

Mereka berbual sambil menikmati makanan tengahari yang sudah terhidang di depan mata. Razhel menerang satu per satu maklumat yang didapati olehnya selama bertahun lamanya.

Mereka berdua dikehendaki mengendalikan pencarian anak diraja itu atas arahan polis diraja. Sudah bertahun lamanya, pihak polis diraja membuat pencarian dan kini, sedikit demi sedikit maklumat itu sudah Razhel dapati.

Baginya, bukan senang mencari maklumat sebegini tanpa kemahiran yang tinggi.

"Mereka tak boleh mewarisi kerajaan England disebabkan 2 per 3 mahkota keluarga Raja England yang ke-8 belum lengkap."

"Maksud kau?"

"It means, the crown wasn't complete yet. Didapati satu daripada mahkota mereka hilang dibawa lari bersama anak Raja England. Jadi, sekarang ni mahkota yang ada cumalah mahkota milik Raja dan Permasuri England. Tanpa mahkota ketiga, iaitu mahkota milik anak mereka berdua, kerajaan England tak akan diperintah oleh sesiapa. Walaupun, ada orang yang ingin merebut kerajaan England. Disebabkan itulah, sampai sekarang pihak kerajaan England percaya yang akan ada anak kepada Raja dan Permasuri England mewarisi takhta mereka. "

"So, the child of the King and the Queen still out there."

"Yes! Sampai sekarang anak kepada Raja England masih diburu, Bro. Cuma, pihak kerajaan tak boleh mengenalpasti kedudukan anak Raja England. Ianya disebabkan ada orang yang menyorok lokasi anak mereka."

"Dan..orang itu pasti daripada utusan diraja juga."

"Yeah, brilliant! Tapi, maklumat belum mencukupi, Bro. Aku masih perlukan masa untuk mengesahkan bahawa dia memang asal-usul daripada keturunan diraja."

"Okay, take your time Raz. Take your time..."

♕•♕•♕•♕

Heron melabuhkan punggungnya pada sofa empuk yang berada di ruang tamu. Akhirnya, dia dibawa pulang juga oleh Bella. Rasa letih amat terasa pada tubuh badannya. Namun, fikirannya tidak pernah penat daripada memikirkan tentang Noven.

"Hola, mamita. My name is Noven Kingston."

Banyak benda yang dia lalui pada hari ni. Pengakuan daripada Bella masih belum menjawab persoalan yang berlegar dalam mindanya.

Kenapa Noven mahu cari dia?

Kenapa dia perlu terlibat dengan lelaki bernama Noven itu?

Lelaki yang ganggu dia selama ni dalam talian dan pesanan ringkas.

Kenapa Noven perlu buat semua benda ni?

"I'm very sorry. Aku buat semua benda ni atas arahan Noven. Aku tak boleh langgar arahan dia dan dedahkan semuanya."

Pengakuan Bella sedikit mengguris hatinya. Bella tipu dia yang Bella tak pernah berkawan sebelum ni. Tapi, bila Heron diperkenalkan dengan Claire dan Leo membuatkan hati dia rasa tidak puas hati.

Claire, dia tidak kisah kalau Bella pernah berkawan dengan Claire. Tapi, Leo.. ergh..

Leo adalah lelaki gila yang ganggu dia di apartment beberapa hari lepas. Lelaki yang dibelasah teruk sampai pengsan oleh Claire. 

Semuanya tipu daya atas arahan entah apa-apa tu. Ah!

TING!

BELLA

Hey, i know its hard for you to accept this. Please, forgive me, my bff. I just doing my job to help Noven.

Heron membiarkan pesanan Bella tanpa balasan.









Brcmbh idea dlm Otak aku. Cuma, aku msih mls nak menaip sbb trlmpau penat nk perah Otak '-'. And, mggu dpan mybe, last aku updte sbb lpsni aku mmg bz GILER thp HANTU.. trial mkin dkat.

So, ada ssiapa nk aku smbg tak mggu dpan? (*-*) vote, 4 Yes..

ESPIARTE MAMITA...Where stories live. Discover now