10 REAL OR NOT?

228 11 0
                                    

"Thank you."

Sekali lagi, dewan bergema dengan tepukkan tetamu yang hadir kecuali Heron yang masih memikirkan tentang Putera Hanz. Muka mamat tu sama dengan muka Noven.

Noven is a bad guy.

Prince Hanz is a Prince.

They looks alike.

Noven is Prince Hanz.

Prince Hanz is a bad guy?

Noven is a Prince?

"Woi! Apa yang kau fikirkan sangat tu?" Suara garau milik Leo menyentak lamunannya.

Val, Bella, Claire termasuk Leo memandang ke arahnya. Mereka semua memaparkan riak wajah yang pelik. Heron pandang meja yang sudah dipenuhi dengan makanan mewah daripada pelbagai hidangan.

"Hehehe..tak ada. Aku tak fikirkan apa-ap.."

"Mesti kau tengah fikir pasal makanan kan? Aku kenal sangat dengan budak ni." Sampuk Bella pantas memotong percakapannya.

"Haaa, betul. Bella memang betul. Perut..aku..lapar. hehe.." katanya sambil acah-acah mengusap perut sendiri.

Garfu dan sudu yang bersaiz sederhana diambil olehnya. Mereka semua mengangguk faham lalu sibuk dengan suapan di mulut masing-masing. Suasana dewan sunyi dan tenang. Bunyi sudu dan garfu berdenting dengan pinggan kaca menemani kesunyian dewan tersebut. Masing-masing khusyuk dengan hidangan yang tersedia untuk mereka.

Kali ini, Heron memang dapat rasakan yang perutnya memang lapar seperti laparnya kantung perut ibu harimau. Semua benda yang ada di depan mata dia ambil dan suap ke dalam mulut.

Oh, god! I'm starving, now.

Tangannya menggaru pada bahagian lehernya yang tiba-tiba sahaja terasa gatal. Heron teruskan dengan menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Ergh, nikmatnya rasa makanan mahal ni.

Sekali lagi lehernya terasa gatal. Namun, bukan setakat pada leher tapi pada bahagian pipinya juga. Digaru olehnya tanpa mengendahkan orang sekeliling.

"Ermm, Heron. Asal leher dan..pipi kau kemerahan?" Tegur Val yang berada disisinya.

"Hah?"

"Leher dan pipi kau kemerahan." Sampuk Claire mengulang kata-kata Val sebentar tadi.

Tak..tak mungkin.

Cermin diambil olehnya yang berada di dalam beg tangan. Heron pandang wajah dan lehernya. Yaa..Ia nampak sangat ketara kemerahannya. Dia memandang semula hidangan yang ada di meja makan.

"Shit! I have prawns allergy. I need to go to the toilet."

Dia angkat daripada duduknya bersama beg tangannya sekali. Langkah diatur cepat mencari arah ke tandas.

"Aduh, gatalnya. Mana tandas ni?" Aduhnya seorang diri.

Mata meliar mencari tandas. Namun, tidak dijumpai olehnya. Rasa gatal semakin menjadi-jadi. Dia perlu makan ubat sebelum mukanya bengkak disebabkan kesan allergy tersebut.

"Excuse me, where is the toilet?" Tanya Heron pada salah seorang pekerja di situ.

"Thank you."

Heron menuju ke arah tempat yang ditunjukkan oleh lelaki itu sebentar tadi. Dia terus masuk ke dalam tandas dan melihat dirinya yang dipantulkan oleh cermin itu. Bahagian lehernya kemerahan begitu juga bahagian mukanya yang mulai membengkak sedikit.

Botol kecil yang mengandungi ubat itu dikeluarkan lalu dua biji ubat tersebut dimasukkan ke dalam mulut. Air mineral yang berada dalam botol bersaiz kecil itu diteguknya sehingga habis. Nasib baik dia sediakan payung sebelum hujan.

ESPIARTE MAMITA...Where stories live. Discover now