14 BAD PAST OF LEO AND CLAIRE

256 16 0
                                    

Tangannya naik memegang dahinya yang ditampal dengan plaster itu. Rasa sakit dan pening masih terasa. Seperti yang Heron tahu dia berada di bilik Leo. Apa yang Heron tahu adalah dia dibawa pulang oleh Leo atas arahan Noven.

"Oh, baju aku pun ditukar. Mungkin, darah mengalir sampai terkena sekali pada baju aku kot." Katanya pada diri sendiri.

Wait! Who's change my clothe?!

Takkanlah Leo?

Jari-jemarinya naik menyentuh bibirnya sendiri. Tindakan Leo yang menciumnya itu kembali menjengah fikirannya.

Darah menyirap naik ke kepala. Dapat Heron rasakan pipinya terasa panas menahan malu.

Tapi..Noven?

Fikirannya menerawang pula memikirkan Noven. Benda terakhir yang dia lihat pada Noven adalah wajah lelaki itu penuh dengan lebam dan bengkak akibat bertumbuk.

Heron keluar daripada bilik tersebut. Takkan sekali lagi dia tinggal seorang diri dalam rumah ni ataupun Leo ada di dapur?

Again? No, way.

Kaki melangkah turun menuruni anak tangga. Kepalanya dijengukkan sedikit memandang ke arah dapur. Kosong. Tiada sesiapa yang berada di dapur.

Tekaknya terasa kering pula. Dia menuju ke arah peti sejuk mahu mengambil air sejuk. Segelas jug besar berisi air sejuk itu dituangkan ke dalam gelas lalu diteguknya sehingga habis. Gelas tersebut dibasuh dan diletakkan semula di tempat asalnya.

Gegendang telinganya menangkap bunyi orang sedang bertumbuk di halaman luar rumah. Langsir yang menutupi tingkat berkaca itu diselak olehnya supaya memudahkan Heron untuk melihat keadaan di luar rumah.

Ada dua orang manusia yang berada di luar halaman rumah. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Dia amat mengenali dua orang manusia itu. Ianya Claire dan Leo. Mereka kelihatan seperti..sedang berlatih melawan antara satu sama lain.

Gerakkan lincah Claire cuba untuk mempertahankan diri dan menumbuk Leo amat laju dan dia kagum melihat Claire yang pandai dalam mempertahankan dirinya sendiri. Leo juga melakukan perkara yang sama. Cuba untuk mempertahankan dirinya daripada dibelasah teruk oleh Claire.

Heron terkejut melihatkan Leo menendang perut Claire kuat membuatkan gadis itu terbaring di atas tanah. Wajah Leo tersengih sinis memandang Claire. Senyuman itu..senyuman yang sama seperti apa yang dilihat olehnya ketika kejadian ngeri itu berlaku. Senyuman yang ingin membunuh orang yang menjadi sasarannya.

"What's going on, right now?" Desisnya seorang diri.

Wajah Claire disepak Leo kuat tanpa belas kasihan. Ketika Leo ingin melepaskan satu lagi tumbukkan pada Claire, gadis itu berjaya mematahkan serangan Leo. Dagu Leo ditendangnya kuat sehingga Leo terdorong ke belakang beberapa langkah menerima serangan daripada Claire.

Wajah Claire kelihatan lain daripada yang lain. Claire berlari mencekik leher Leo. Situasi itu membuatkan degupan jantungnya mengepam lebih laju.

Heron takut kalau mereka berlatih sehingga melampaui batas. Ianya terlalu teruk apabila Leo orang pertama yang bertindak ganas pada Claire.

"Stop!" Jeritnya pada Leo dan Claire.

Pandangan tajam daripada Leo dan Claire tepat merenung ke arah wajahnya. Claire memandangnya dengan pandangan yang menyinga. Begitu, juga dengan Leo. Ianya seakan-akan menjadikan Heron sebagai sasaran kepada mereka berdua.

Tidak lama kemudian, satu tumbukkan dilepaskan mengena pada wajah dan dada Leo. Claire dipeluk erat oleh Val daripada belakang cuba untuk menenangkan gadis tersebut.

Heron pandang ke arah Noven yang tiba-tiba sahaja datang terus menumbuk Leo. Dia tahu hanya itu sahaja caranya untuk membuatkan Leo sedar daripada dirinya yang kecelaruan identiti itu. Apa punca Leo sebegitu pun dia tidak tahu.

"LET ME GO! YOU FUCKING BITCH!" Tengking Claire mengganas.

Claire cuba untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman Val. Bella datang memegang kedua-dua belah pipi Claire menenangkan gadis itu daripada terus menjadi lebih agresif. Claire yang meronta-ronta kembali diam tidak bersuara.

Dapat dia lihat kantung mata Claire digenangi dengan air mata. Gadis itu memeluk Bella. Bella mengusap-usap belakang Claire memberikan ketenangan kepada gadis itu.

Noven datang mendekatinya dan menghadiahkan senyuman yang lebar pada Heron. Dia pelik melihatkan apa yang berlaku pada Leo dan Claire. Leo dia tidak kisah sangat mengenai lelaki itu. Tapi, ianya tentang Claire.

♕◆♕◆♕◆♕

Heron duduk diam di atas sofa yang berada di ruang tamu bersama-sama Noven dan Val. Leo sedang merawat beberapa kesan luka pada dirinya yang baru sahaja dibelasah teruk oleh Claire sebentar tadi.

Claire pula bersama dengan Bella duduk di luar halaman rumah. Bella masih dalam proses cuba menenangkan Claire.

"Wei, kau okey?" Tanya Val padanya.

Dia memandang ke arah Val yang duduk berhadapan dengannya. Noven yang duduk di sebelahnya itu tidak berhenti daripada tersenyum setiap kali Heron memandang ke arahnya.

Gila kah?

"Aku okey."

"Kepala kau sakit lagi?" Kali ini Noven pula yang bertanyakan soalan padanya.

"Sikit." Jawabnya sepatah.

Noven mendekatkan jarak dirinya dengan Heron. Bahu gadis itu disentuh lalu diusapnya lembut.

"Jangan fikirkan sangat apa yang berlaku sebelum ni, okey." Kata Noven padanya.

"Aku..tak ada lah memikirkan sangat pasal benda tu. Cuma, aku pelik dengan diorang berdua tadi."

"Ohhh, it's about Claire and Leo, right?" Teka Val pada percakapannya.

Dia mengangguk tanda 'ya'.

"Diorang memang macam tu. Tak boleh dekat sangat dan tak boleh jumpa selalu. Itu lah yang akan terjadi."

"Maksud kau?"

"Macam ni lah. Claire ada masalah mental. Minah tu selalu appointment dengan doktor psikatri supaya dia dapat pulihkan diri dia yang gila tu. Cuma, bila marah yang terlampau dan terlalu tertekan, Claire akan jadi gila serta kuat marah. Mungkin, disebabkan ada masalah dengan kolej Claire bawa sampai balik sini. Disebabkan nak lepaskan masalah, itulah punca dia bergaduh dengan Leo." Terang Val panjang lebar.

Baru dia tahu Claire mengalami sakit jiwa. Ianya seperti..kejutan bagi dirinya. Selama dia hidup dimuka bumi ini, dia tidak pernah berhadapan dengan orang seperti Leo dan Claire.

"Leo bukannya boleh dibawa sangat rasa marah ataupun bergaduh. Tak mustahil Lucas boleh muncul serta-merta." Sampuk Noven pula.

Siapa pula mamat yang disebut oleh Noven tu? Ishhh, peninglah fikir soal hidup dan mati ni.

"And now...who's Lucas?"

"Well, Lucas boleh dikatakan kawan baik Leo sejak kecil lagi. Dalam erti kata lain, perwatakan lain yang ada dalam diri Leo. Kemunculan Lucas sejak kematian ibu Leo dan ayahnya sendiri lari tinggalkan dia menyebabkan Leo alami depress. Sampailah Lucas bangkitkan dia balik. Sebab itu lah kau tengok si Leo ni waras tak waras je." Jawab Val pada persoalannya itu.

Leo masih berada di dapur mengasingkan dirinya daripada mereka yang lainnya.

Heron berasa kasihan melihat situasi Leo dan Claire. Dua-dua gila. perft..

Tak baiklah Heron, cakap macam tu.



ESPIARTE MAMITA...Where stories live. Discover now