"Wehh, kau tahu tak betapa risaunya aku tadi bila aku dapati kau kena tahan polis." Adu Bella pada dia.
Dia hanya mengukirkan senyuman nipis pada Bella. Tak sangka Bella secepat ini rapat dengannya.
"Lepasni, bahagialah kehidupan kau tanpa gangguan daripada minah tak guna tu. All the bullshit is already settled."
Kata-kata daripada Bella membuatkan Heron berfikir sejenak. What does she mean by settled?
"What do you mean?" Tanya Heron pada Bella.
"Yes, settled. Macam kehidupan kau dah aman tanpa kekacauan dari minah tu. Selesai lah kan? Tanpa pergaduhan dan dendam." Terang Bella pada Heron.
Heron menganggukkan kepalanya tanda faham. Mungkin, dia je yang overthinking lebih.
Pandangan dialihkan memandang ke luar tingkap kereta. Fikirannya melayang jauh daripada dunia reliti.
Heron menikmati makanan yang baru sahaja dipesan olehnya sebentar tadi. Makanan yang memang digemari olehnya setiap kali makan tengahari. Chicken Chop.
Garfu di tangan kanannya menahan isi ayam sambil pisau di tangan kirinya pula bekerja memotong isi ayam tersebut. Ayam tersebut dimasukkan ke dalam mulut.
Rasa sedap pada ayam tersebut membuatkan mulutnya menyungah perlahan menikmati rasa yang terlalu sedap itu. Dengan perut yang kosong sudah pasti semuanya akan merasa sedap.
PAPP
"Wei, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!" Teguran Bella mengemblikan Heron pada dunia realiti.
Tiba-tiba, perutnya berkeroncong menandakan dia lapar ketika ini. Bella buat muka pelik ke arahnya.
"Hehe, aku laparlah." Sengihnya tanpa rasa malu.
"Hmm, kau berangan apa sampaikan tak dengar aku bercakap?"
"Aku berangan makan Chicken Chop."
Air liur ditelan mengenangkan lamunannya sebentar tadi. Bella ketawa kecil melihatkan telatah Heron.
"Kau ni berangan lebih sangat. Beritahu je lah yang kau lapar. Apa kata, aku bawa kau balik rumah sewa aku."
Balik dengan Bella? Heron buat keputusan lepas balik dari balai tadi dia nak balik ke rumah. Bukannya nak jalan-jalan ke rumah orang lain.
"Buat apa?"
"Alah, aku masakkan untuk kau Chicken Chop yang kau iiiiidamkan sangat tu."
"Tak boleh kah kita pergi kafe je? Aku tak nak lah susahkan kau."
"Apa yang susahnya? Kau tak pernah menyusahkan aku pun lah. Aku cuma nak kau makan dekat rumah aku je pun. Jimatlah duit belanja kau. Lagipun, aku tau kau tak pandai masak sangat pun."
Ya, memang dia tak pandai masak sangat. Selama ni dia bergantung dengan makanan dalam tin je.
"Kau ni pelik sangat lah."
Bella memandang Heron dengan keningnya yang terjongket sebelah.
"Pelik macam mana?"
"Macam mana kau tahu aku tak pandai memasak?"
Soalan Bella dijawab dengan soalan.
"Mestilah aku tahu. Aku selalu sangat nampak kau breakfast dekat kafe setiap kali sebelum ke kelas. Jadi, aku agak-agaklah kau tak pandai masak."
Tekaan yang Bella buat memang tepat. Heron buat muka 'oh' sahaja. Dari segi layanan Bella padanya ibarat gadis itu sudah menganggap Heron seperti kawan baiknya. Semua benda Bella boleh tahu.
YOU ARE READING
ESPIARTE MAMITA...
RandomDia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan dia semenjak pindah ke London. Kata-kata ibu dan ayah berlegar di fikirannya. 'Ibu dengan ayah bukan tak nak kamu sambung belajar di London. Cuma.. rasa keberatan nak lepaskan kamu belajar d...